Saturday, August 10, 2013

Pukul berapa datok Harimau??? Dan Angin Panas Kota Marrakech...

Nota : 
Terperanjat aku pagi ni bila bangun dan bersiap nak ke stesen keretapi.Aku dan Liza nak ke Casablanca dan Marrakech.Aku dah cakap to Liza dan Brahim,kita mesti keluar at 8AM.So 8AM aku dah tecongok kat ruang tamu.Ti-ba-ti-ba.....

"Now is NOT 8.00 AM,but 9.00 AM ",kata si Brahim.

Aku : hah?????
Liza:?????????????????

"Starting today,Morocco faster 1 hour " kata Brahim,sambil tangan dia capai jam dinding tepi dia,dan pusingkan cepat satu jam.

Ha?????? day light saving kah?kalau day light saving,tentuu ianya make-known to everyone.Tapi tidak yer..sebab,errrr...a few incident depan mata aku..

1. Tour guide kat Masjid Hassan Casablanca confuse dengan waktu kerja dia,dan telah lewat ke tempat kerja..dia cakap "I don't know bout this".

2.HAHAHA..si Miki,telah tertinggal flight dia ,or rather flight telah tinggalkan dia,sebab datang airport salah timing.Can't blame on him,sebab no one knows eh....So,dia masih tersadai kat Sale ni haaaa...gigih jer tadi dia cari flight murah,sbb dia nak ke France.Bengkekkkk jer diaa.

katanya,masa puasa,waktu di cepatkan sejam,sebab nak pendekkan waktu berpuasa ..boleh eh gitu??.Then now ,after bulan puasa ,di kembalikan waktu normal...tapi kenapa on 2nd Syawal eh?not 1st syawal?

Lepas ikut Liza pergi tour ,kami rushing ker Gare Casa Voyager,nak beli ticket ke Marrakech.Merasa lah aku potong queue..I know kejiiii..tapi menggigil aku wehhh,keretapi jalan pukol 2.50 ptg...2.45 aku masih queue dgn orang yg ramai tu,untuk dapatkan ticket.Ticket 1st class habis!!!!Tinggal lah 2nd class,yang takde jaminan seat dpt atau tidak,di mana akhirnya ,perjalanan 5 jam tuh, dalam 2 jam aku terpaksa berdiri.Berbondongan rupanya orang ramai sbb cuti raya kan dan musim panas ni pelancong pon ramai.Alhamdullilah,ada satu perempuan tuh suruh aku duduk,dan dia suruh anak dia duduk dengan nenek dia,pangku.Aku menolak ,tapi dah dia paksa,aku pon duduk jerlah.Errr..aku nampak macam pregnant women kah??errrr......
Coach tuh takde aircond rupanya...makin ke selatan,cuaca makin panas.Merasalah ,bila dah sampai Marrakech,kau dah jadi macam baked chicken...seriously.HAzabb gilaaaaaaa panassss........

Dan...cuaca di Marrakech..

NO JOKE MAN!!

48 darjah celsius !!!!!!!!at 7.00 PM !!!!!no jokeeeeeeeeeee.

Kalau tengahari ,tak mendidih ?

Bila angin lalu jer,macam bahang dari api datang menyapa pipi.Serious panas.
Pengalaman pertama dalam hidop aku OKKkk!
SO the first thing I did when I arrived in Marrakech station was..I head straight to Mac Donald,first, to feel the arcond, secondly ,order coca cola Grande,besarrrr punyaaaa.....yang aku sedut tak sampai 5 minit semuanya dah masuk kat tekak aku..

SRRRrrrrroooottttttttt!!!!

ARRGGhhhhhhh,,,legaaaaaaaaaaaaa...............

Hingga ke titisan terakhir aku sedut.

Then, sampai hotel,dah bayangkan aircond sejuk ni...tapi,(hidop ini,selalu ada aja TAPI nya kan???why??oh whyyy???),si Adil ,mgr hotel tuh kasik aku bilik berkipas.Janji palsu pelesuuuu sangat..aku call dia sbb aku kenal dia,pernah duduk hotel dia tahun lepas,then punya lah " i give you good price bla blalablaaaaaaa,with aircond ,blablablaaaaaa.." nan-hado " aircond nya.Patut rega murahhh.chet
Kalo aku tau,aku amik hotel lain.Dia ckp,hari ni customer ramai ( yg order dari booking.com)  ,yg order dari website,kalo takde aircond akan komplen besarrrrr....

Wahhh..dia tak tahu ker aku ni laaaagi komplem besar??? wahahaha...jaga kooo....

Untuk balik ke Kota Rabat,terusssssssssssss aku beli ticket in advance 1st class youuuu...mulanya dia kata dah habis,tup tup ada coach tambahan masa aku nak berlalu pergi.Alhamdullilah.Kalau tak well done baked chicken lah aku jadinya sekali lagi.Masakkkkk..............


Friday, August 9, 2013

Happy Eid dari Al-Maghrib

Happy Eid Fitr...

Berlalu sudah Ramadan.Bagi aku,pengalaman berpuasa di Al-Maghrib adalah baru (again,bagi yang tidak tahu ..Al-Maghrib = Morocco).Dari segi ibadah,tiada beza.Cuma tuh lah,mereka ada routine "life style" berbeza time bulan Ramadan.Ramai tidur selepas sahur ( suhoor),dan macam yang aku cakap dulu waktu malam selepas berbuka sampai 2-3 pagi "berpesta".Tempat tinggal aku di Sale-Rabat ni tak jauh dari laut,memang kerja nya pergi laut sokmo.
Ops..dah melalut...

Raya...yer Raya...
Oleh kerna aku dah beritahu malam sebelumnya yang aku nak ikut sembahyang raya,Umi Fatimah ketuk pintu bilik aku pepagi.
Iaitu 5.30 AM!!! Cecepat aku mandi dan bersiap pakai jyalabah,jubah hok aku beli kat Dubai dulu tuhh..berguna jugak.Dan pukul 6 pagi bergerak ke masjid.Excited gitu kan.kami bergerak 3 orang ,Umi,Wa'il dan aku.Wa'il tuh Anak si Khadijah..alaaa..khadijah yang suka pakai make-up tebal 24 jam tuhh..Kalah Cek Ta!! 24 jam tegak jer maskara dia...Masing2 bawak sejadah.Sampai destinasi aku dok tertanya,mana masjidnya..sebab di hadapan aku adalah padang bola yang sangat luas...iyer...padang bola tanah dan berabuk bagai takde rumput tuuuuuuu......rupanya itulah ¨masjidnya"...Dah ada 3 saf masa kami sampai tu..Tertanya tanya jugak kenapa sembahyang kat situ,sebab kat sana masjid banyak gila..rupanya by 7.30AM,masyallah,ramai nya umat manusia yang datang.Satu pemandangan yang syahdu kalau kau tengok.Pendek kata,yang tua ,muda,kanak-kanak,lelaki,perempuan ramaiiii gila.Baik bahagian perempuan,baik bahagian lelaki,penuhhhhh.Yang capek datang bertongkat,yang berangkut,yang sihat walafiat,yang datang berpimpin papah..semuanya ada..yg lelaki kebanyakkan berjubah putih,yang perempuan pulak masa ni lah mereka melaram dengan jubah /baju baru.Sembahyang pakai baju tuh jugak takde telekung.So,colourfull ya amat lah saf perempuan.Kalau tengok dari atas tentu menarik.Ada "petugas" yang monitor untuk rapatkan saf.Dok cek suruh rapatkan,dan ada "pegawai" tukang bawak air masak kehulur hilir dengan cawan,bagi minum pada yang kehausan.Tak kurang jugak yang bawak bangku kecik,untuk sembahyang duduk sbb masalah kesihatan.Pendek kata,penuh.Sejadah tuh main bentang jer atas tanah.Umi pegang tangan aku kuat-kuat masa jalan ,takut aku hilang.Berlanggaran jugak lah masa jalan tuh.Merasa lah kau membayangkan keadaan di padang mashar kelak :-) di masa itu.Sayu dah syahdu rasanya,melihat betapa bersatu nya mereka ini,tak kisah kotor debu bagai...rasa nak menitik air mata pon ada ( well,partly terbayang hidangan ketupat rendang lodeh bagai nan-hado!)...bergema padang tu.Adalah micropon dan speaker di sediakan.Memang beribu-ribu lah orang ..Sayu aku si Umi ni,dia bentangkan sejadah dia melintang( nak share dengan aku I thought),so aku bagi tahu,saya pon bawak sejadah,so Umi bentang jerlah menegak.Rupanya, dia suruh bentang sejadah aku atas sejadah dia,,sebab takut sejadah aku kotor kena tanah.Nak nangis rasa dgn kebaikkannya.So,aku cakap,takper Umi,saya tak kisah ,kotor pon takper..
**Errr..perbualan di atas berlaku hanya dengan bahasa isyarat sahaja,sebab bahasa ayam itik pon cannot go.*** ngeeeeeeeeeeee.

Habis sembahyang,ada khutbah raya.Semua bangun dari sejadah, dan berkumpul ke depan..bertolak-tolak bagai.Sabor jer lah.si Umi memang pegang erat tangan aku.Honestly,kalau hilang aku dari Umi,memang enggak tahu jalan pulang dong.Nangis lah aku mengongoi kat situh ek.Khutbah dalam bahsa Arab,aku cuma faham 10% jer ...errr...

Sampai rumah,sarapan..
Dengan pelbagai manisan....kuih raya gituk.
Adalah few photo yang kami ambil beramai-ramai....
Banyak akward moment aja masa makan berkumpul.
Abdul Rahim- english sesikit boleh ( dia speak french + arabic)- dia ni duduk France kan..
Wife Abdul Rahim si Sandria(?),a French women,hanya speak French ,tidak byk cakap..mostly diam sahaja.
Ahmad - english sesikit,and he speaks Arabic + French ,and Dutch ( dok German dia nih).
Liza ,another volunteer yang kerja sama aku,orang Rusia,english fasih
Aku ? Aku speak jowo english sajork..
Dan yang lain-lain only Arabic with French..
Banyak kali masa sahur /meal ,memang senyum-senyum ajalah.Terlalu international isi rumah ni....kalau tak ayam bercakap ayam itik, ganti nya senyum-senyum aja...

Ok, lepas sarapan raya,banyaklah pulak tetamu yang datang.Aku rasa mereka ni pon dah sama aja dgn orang Malaysia,ada aja yang tak pergi berziarah,lebih kan tengok TV,gadget..

Petang,keKota Rabat lagi.....swimming......

Wednesday, August 7, 2013

Jet Ski dan Medina dan bitch..opss beach...

Ok,di kelas 12-17 tahun tu,sekarang di ajar oleh si Miki - Japanese American volunteer.Minggu ni minggu last dia kat sini.So,probably kalau lusa raya,esok last dia mengajar,dan aku kena sambung kelas dia.So,nak bagi senang kerja aku, kena check apa yang dia ajar.Aku semak beberapa student punya buku nota,dan roughly aku tahu apa yang mereka dah belajar ,so aku tak perlu lah nak ulang balik.Kalau ulang pon takat revision.Dan sebab sebelah petang Miki ada class French dengan private tutor dia,aku "ambik -alih " sekejap kelas tu.Bidang terjun.Tanpa persediaan.Bagi mereka belajar a few word.Tuh yang sampaikan ibu negara Australia jadi Sydney.Keji sungguh.
Aku cuba ajar pasal " What is my ambition?Or what I want to be?
Jawapan nya ada 3 jenis aja,dari 12 orang murid.Doctor,teacher,policeman.

Pagi ni pulak aku observe class dia.Join class dia sebagai pembantu.Oleh kerna hari ni "hari last" Miki(esok kalau raya),masak masa di habiskan untuk revision dan conversation class.Ada yang fasih,ada yang pemalu,ada yang pendiam.Budak lelaki seorang jer,itu pon datang lambat.
Di akhir class mereka tulis "love letter" untuk Miki.

Petang,kelas 12-17 tahun takde,so plan Miki nak pergi main jet ski...Aku yang patutnya mengajar budak 3-7 tahun ,telah di jemput join activity nya.Aku malas sebenarnya.Bulan puasa,panas terik,apa jads nak berjetski di sungai Rabat????????
Even so,entah macam mana,around 3PM,  there!!!,I was sitting in the cramped car with 4 boys,termasuk Brahim.Tapi,alhamdullilah,doa aku makbul kot,sampai tempat tuh,rupanya jet ski kat situh adalah private club sahaja.So tak jadiik lerr..penat jampi wehhh..Then ada satu lagi tempat,kat Tamara,jauhhh lah jugak dari Rabat.Tak kuasa iiiiiiii !!!!.Jadik bila ada yang tanya apa plan B ,lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu aku bagi cadangan "Rabat Medina".
Cadangan di terima.
Gembiraaaaaaaa aku.So,berbondongan lah kami ke sana.Wlwlpon medina dia tak grand macam di Fes or Marrakech,jadik ler.....
   Tapi Ibrahim park kereta jauh sehhhh.Balik tuh lembik aku nak menapak ke kereta.Tak beli apa sangat ,takat fruits etc...
Miki ajak kitorang semua pergi swimming malam nih...to which,kami tak join.Dia kata jomlah lepak dengan host family dia etc,volunteers are allowed to socialise after work.Of course.Tapi aku tak tahu kenapa Brahim hesitate nak kasi kami join gang Miki.Aku tak jadi join purely sbb tak kuasa nak menapak ke rumah host family dia yang sebatu dari sini(dia hari -hari pergi balik kerja menapak!).Tak mungkin aku nak ask favour pada Brahim untuk hantarkan.Nehi.
Jadinya,aku text Miki ( idea Liza lah nih!that we have plan line up for us by the host family,so sorry tak boleh nak join).

Malam lepas iftar,gigih mengadap TV,nak tengok pengumumam raya.Laaaaa............tak raya rupanya...lusa baru raya.
Al-kisahhhhh.......bulan tak nampak youuuu...
Tapi ,sudah berduyun watsapps dari teman-teman dah family di Malaysia hantor gambar ketupat rendang ayam masak merah,lodeh  laksa,pasemborrrr,lemang,ayam kari.Keji u ols..buat I telan liur 80 juta kali.Pasrah.

  Gambar korang tengah bersembahyang raya,tak nak pulak ko hantarrr????
 
  Lepas isyak,Ibrahim ajak kami keluar.Plannya nak pergi swimming,tapi last-last,lepas Khadijah ( kakak dia ) drop kan kitorang kat tram station,ke Kota Rabatlah kami.Menikmati pemandangan malam Kota Rabat.Perghh..meriah!! Dan kat depan satu hotel tuh ada riot.Tak tahu hujung pangkal kenapa.

       After couple hours ,dan menapak ke pantai...perghhh..ramainya orang!!!Cool jer kami lepak pantai ,main air dan mendengar deru ombak ( by today, Sungai Rabat,lautan Atlantic di pantai Rabat,dan Tasik Suhul di Rabat dah diorang nih bawak aku jejak kaki.)...
Dah few hours lepak,kami nak pulang.Dan yang HORROR nya,sampai gigi pantai,what a small world lah kan? ..Miki was there,bersama the other 2 boys,dan tanya aku..

    "Whats going on man?".

Tuesday, August 6, 2013

Awak makan apa si comel?????

First day at work

So much talking about my "office " is just downstairs,I was late to work on my FIRST DAY!!Can you imagine??Malu tidak terhinggaaa bila Izha ketuk bilik aku.Dah pukul 10 pagi.You know kan I told you,sahur kami pukol 2 pagi dengan buffet segala, so bila tidur adalah seperti ular sawa mungkin.Dahlah malam sebelum tuh sampai rumah pun dah almost 2AM.Memang aaaaa...
Sepantas kilat aku sarung apa patut.Memang tak mandi.2 mins after that ,there I was.In the "office".
Association ni ada 2 kelas.Later of the day,aku tau yang belah luar ,untuk kelas Bahasa Inggeris umur 12-17 tahun ( around there ),the other class,untuk umur 3-6 tahun ( around that age lah..).Ada 3 staff kat situ.Maryam,Hintz dan Khadijah.Of course kesemuanya enggak bisa bahasa Inggeris.Dengan bahasa arab aku yang sungguhlah limited tuh,aku cuba berkomunikasi.Alah,lebih kurang ayam itik jugak.Mereka sungguh gembira bila tahu aku dari Malaysia dan beragama Islam.Tugas aku adalah untuk assist mereka masa giliran mereka mengajar,dan bila turn aku mengajar pulak,mereka jadi assistant aku.Benda yang diajar adalah Arabic,French dan English.Tapi,bagi aku budak-budak ni kecik sangat kau nak ajar pelbagai bahasa wehhh.So,masa turn aku,aku lebih nak buat art ,creative works,drawing,painting etc atau pon main game di samping belajar tulis ABC atau 123..
Tu diaaaaaaaa,Cikgu Bedah mai mengajaqq..
  Anak murid aku,masyallah....cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangat-sangat,Aku belum ambil gambar sangat.Baru lagi ,so tak nak lah galok amik gambo bagaii.Tapi ccairrrrr nya tengok depa senyum-senyum kat aku.Eiii..geram rasa nak picit nak colek bawak balik jer rasa.
Errr...baru sehari kerja dah fikir nak culik anak orang nehhhhhhh.
  Tengah sedap "mengajar" buat colouring ,tiba-tiba aku tengok si Alaq (budak ni umoq 3 tahun..cute gilaaaaaaa...masa nak balik dia selalu bagi aku sloppy kisss..Awwww...) ni macam tengah makan.Mengunyah sesuatu gitu.Eh!Makan apa pulak dia ni?Mana dia dapat makanan.Kami takde pun bagi student ni makan.Dengan bahasa arab aku yang sangatlah tak memberangsangkan, aku bgtau satu staff(depa ni cikgu,tapi muda-muda) ..

Me: Ya Khadijah, si Alaq ni makan....

Khadijah : Ala, dia 3 tahun,memang tak puasa lagi..

Me : ??? ehhh....of course la..tapi..cuba tgk dalam mulot dia **bercakap pakai sign language aku nih..
         **aku bukan maksudkan kenapa dia tak puasa,aku bimbang kalau dia tah pungut apa benda kat
             lantai,entah haper ke kan dia masuk mulot dia..memang kesedapan aku tengok dia menguyah.

Khadijah : Bukak mulot Alaq!
                  **sambil tangan dia pegang mulot budak tuu

Nak tau apa yang keluar dari mulot dia?

Getah pemadam pensil dan cover dia.Kan kalau pencil yang hujung atas tu ada pemadam,ada satu macam benda yg hold pemadam tuh !

Yarobbiiii...

Boleh ke ,dia makan pencil dia?

Aku sengih sambil tahan ketawa.Si Hintz suruh dia nganga bebesar dan keluarkan semua benda kunyahan dia  dan heret budak kecik tu kebilik air ,basuh mulut...

Monday, August 5, 2013

Long Monday..But I am Happy !

Note: 
Oh yeah,masa aku rasa seperti menyesal datang sini tuh,sebab placement aku macam jauh dan entah di mana celah tah,tiba-tiba aku nampak laptop kat atas sofa tepi dapur.Then aku saja berbahasa basi dgn Izha "eh!laaaptop!"..
Izha ckp.."nak pakai ker?pakailah..sini ada wifi"..

di saat ittewwww,aku menjerit .."HA??!!!!ada wifi???!!!" ...terus semangat aku untuk hidup telah pulih kembali.wakakakakaka.

Malam sebelum tuh,aku dah tanya pada Ibrahim,pukul berapa nak bangun pagi esoknya.Masa tuh dah dalam pukul 11-12 malam gitu,lepas si Liza sampai dari Rusia.Aku ingat perjalanan aku dah jauh,rupanya,dia lagi jauh.Dia cakap,nak dapat tiket murah punya pasal,dari St Petersberg berkereta 5 jam ke Estonia airport,then terbang ke  Riga (Latvia),then terbang ker Paris,dan finally dari situ terbang ke Rabat.Tudiaaaa..Si Brahim ni cakap, pukul 9.30 nak kena ada kat headquaters,so pukul 8.30 nak kena keluar rumah.Ok,ana fahimtu.So,knowing nak kena bangun pagi,sebab nak pergi orientation,dan jugak bangun sahur,aku cuba tidur.Tapi tak boleh lelap.Adehh..rasa panas sangat.Ada kipas pon doesn't help.Kejap aku keluar kat living room,kejap aku masuk bilik.Adesssss......
Bila dah macam ok,lepas macam kucing nak beranak tuh,cuaca mcm dah sejuk ,aku masuk bilik.Baruuu nak lelap,tetiba kena panggil..
  "Nora ! Liza....come here..", si Khadijah panggil.
Aku tengok jam..pukul 2 pagi.So,kenapa yer ?
Keluar jer dari bilik,aku tengok makanan sudah terhidang atas meja,banyak gilaaaa...macam mak kau panggil suruh makan lunch.Tapi ini 2 pagi?Nak kata sahur,awal sangat.Takkan lah kan?
Tapi memang sahur.Macam pesta makanan.Aku fahamlah sahur tu apa,wlwpon masih dalam persoalan,ini lunch buffet ke sahur?Tapi si Liza ,yerlah,dia pon orang Rusia,wlwpon dia faham pasal puasa,dia laaaagi blurrr nak kena makan at that hours.Tradisi orang Morocco,hospitality dia memang tahap tertinggi lah.Kalau orang jawa(aku orang jawa) selalu jenis suka kasik orang makan etc,ini laaagiii tahap tinggi.So,everyday begini keadaan.Mereka takkan biarkan orang lapar,seboleh mungkin nak bagi selesa,tak nak orang keluar dari rumah mereka/tetamu hungry.Aku sampai tak tahu macam mana nak bagitahu,yang aku ni tak lah makan nyer banyak.Meletop perot.Asyikkk kena suruh makannnnnn jer kauuuu.Memang tak terhabisssssss...Alhamdullilah.
  Then dalam kekenyangan,tidur.Bangun macam biasa,dan keluar rumah pukuk 8.30AM,dan waktu itu singgah"sekolah" yang aku nak kena mengajar.Laaaa....kat tingkat bawah jer..so,"office" aku kat 2 floor bawah ni jer.Dan masa tu baru aku tahu,sekolah ni di punyai oleh Ibrahim sendiri,yang ditubuhkan setengah tahun lalu,di bantu dari segi kewangan oleh abang-abangnya.
Masyallah,mulianya hati mereka ini,cuab membenteras buta huruf,dan menjadikan pendidikan accesible di kejiranannya.
   Kami nak taxi ke station tram.Laaaa....kat Sale ni ada Tram rupanya.Kelezzz kauuuu.Tapi memang kena ambil cab nak kesana.Lebih dari 20 stesen nak ke Rabat City center.Journey cab+tram sejam lebih..Then orientation + meeting dgn badan sukarela tuh,dalam 3 jam.Insight about the program etc,meeting others volunteers from other placement,discussion about certain cases and of course meeting some key people,important people,the bosses etc.Masa tuh ,dapatlah tahu masing-masing punya placement bagai..ada sorang tu med student,so dia dpt placement kat hospital etc...gituhlah..ikut kesesswaian.

Pointnya semua orang tinggal dekat sesama mereka berdekatan.Aku dengan Liza telan air liur jerlah menengokkan " ke-best-an " life mereka.
**Tapi now,aku tidak lagi mencemburui.Life I di Sale ( sebutnya SA-LE) lagi happening yeah.Hahah.

Then we were divided in to 2 groups,to venture into Rabat cities.Group aku,dengan Mr Salah,dan later Ibrahim join.Katanya nak ke Medina,tapi naik tram turun di suatu stesen,yang rupanya,sesi melawat monument ,historical site dalam bandar Rabat.Ha??Tengahari buta.Summer.Puasa.A lot of walking.Aku dah lah kureng bab-bab monument ni,tapi layan kan aja.AKu bayangkan pergi medina,dan aku nak shopping sakan.Ngeeeee....jadik lain pulak.Beria si Salah menerang segala,aku dah kehausan.Bebudak lain mana puasa,syok aja depa teguk mineral water.Dah dalam 2 jam berjalan kaki tengah panas ke sana sini,Ibrahim ajak aku dan Liza pergi tempat lain,dan Salah bawak lagi 2 orang ke tempat lain( I know they ols pergi medina lah kan,they live there....)
  Then Ibrahim ajak kami ke pantai( ini part of the lawatan which aku enggak faham dong,esok lusa tak bleh ker,aku haus gilaa...dalam kepala asyik terbayang juice oren dgn ice ketulan timbul-timbul),dengan aku dahlah menggonggong baga laptop yg berat gila...well..we see many beautiful site in the city,beach... ,which later we took a boat tu Sale side ( 2 dirham per-person!Gila murah,penat abang boat tuh mengayuh agaknya)..then walk for hours..We talk a lot,about many things,singgah money changer,spend time in the park lepaskan penat.Then sbb aku nak kenaa beli a few stuff like sabun etc,kami naik tram ke Marjane ( hypermart besar ,ala-ala careforu gituh).Aku nak beli ke kedai runcit jer,tapi dah dia insist nak bawak ke hypermarket besar,layan ajalah.
  Sampai rumah dah almost 6pm.Aku dah penat gila,dah macam kain buruk dah rupanya aku.To which, after mins rest,aku pergi mandi cold shower,legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila.
Afte rthe iftar feast etc, dalam pukol 9,aku tertidor.Tapi tetiba terdengar pintu bilik di ketuk.

"Nora!Liza...! "kedengaran suara memanggil.Aku terjaga.

Aku bangun,si Ibrahim kat luar pintu.Aku tengok jam..9.30PM .

"Yes?".

"Lets go to the beach ".

"Ha?"

"I told you earlier,we go after iftar,we go by car ,my brother will bring us ".

"OK !".

To be honest,I am dying to sleep ,sbb kepenatan,tapi sbb tak tahu nak menolak macam mana,kami ikut jerlah...to which,later,I never regret dapat pergi beach tu....

Then Liza dgn aku bersiap.Then berlima kami ke pantai dalam 20 min drive jugaklah..
Aku,Liza,abang Ibrahim 2 orang dan Ibrahim.
Then young ones ,3 of us ,main air kat pantai.Cuaca agak sejuk..BEST gilaaaaaaaaaaaaa....
Tak menyesal aku ikut.Ahhh..heaven....angin sejuk menderu...aku sukaaaaaaaaaaaaaaa.
Then Ibrahim fe-feeling romentik kah???simbah aku air laut.
Boleh???
Malam buta wehhh..kalau aku basah kuyup,dengan kau kau aku rendam dalam air ni karangg....
Burrrrrr...sejukkk....

Then we all have tea/coffee kat pantai tu....for an hour..
Ramai gila orang kat pantai time tu,ada yang picnic BBQ bagai....memang meriahhhhhhhhhh.

Then we left,and go to ANOTHER cafe which was so happening sbb ada music arab bagai.Penuh gilaaa ramai orangg....after having tea bagai....mata aku dah sayup mengantuk...

Then we left ,balik rumah..dah almost 2 AM.
Tak sedar diri nak kena kerja ni esoknya..tapi office I kat kat tingkat bawah aja?heaven kan????start pukol 10 pulak terrhh....

Then dalam aku nak terlelap..

"Nora!Liza..Come!..Sahurrr".....it was 2.30AM.

BIG FEAST !!

Eat for an hour..(they like to take time to eat )..then aku cuba tidor..

See?Good life tak?



Sunday, August 4, 2013

The Adventure ..

OK,aku memang kena tulislah,kalau tak lupa dah,dok ke-busy-an.Miyahahaha.
 Kat luar hotel aku duduk kat Casablanca nih,ada satu tanah lapang.Dan dari petang,ketika aku balik dari Hassan Mosque, sudah kedengaran bunyi music yang kuat dan kelihatan orang dah susun-susun kerusi etc.Aku kehairanan sebenarnya,sebab dari bilik hotel memang kuat.Ada party buka puasa ke?Bila aku tanya orang hotel, dia cuma cakap,"enjoy the music".Biar benar,kata hati aku lah.Sebelah tuh masjid terh.Lepas buka puasa bagai etc,aku plan nak rest awal lah malam ,sebab kepenatan sebenarnya.Dan aku rasa aku terlelaplah dalam pukul 9 malam.Sekalinya,aku terjaga,dek kerna music yang maha kuat tuh.Aku macam.."apa jadss ni?orang tak komplen ker?guest hotel ni tak komplen ker?".kuat gila,disertai bunyi bising suara orang ramai dan kanak-kanak,dan bila aku jenguk beranda aku,budak-budak main bola sepak lah,game lah,ada makan-makan etc.Tengok jam, 2.30 pagi! Ha?Aktifnya orang diorang ni at this hour??Ala-ala pesta funfair pun ada.Nasib baiklah,akhirnya benda tuh berakhir pukul 3 pagi gituh.Rupanya, memang budaya depa,siang hari berpuasa,you see nothing on the street,tapi lepas buka puasa sampai lewat pagi,mereka "berpesta".Amboiiihhhh.Kat Malaysia bazar ramadan sana sini,tapi sini lagi hebat youuuu.Dan oleh kerna berpesta bagai,ramai jugak yang tidak terikat pada jadual kerja,akan tidur sepanjang hari,kerna katanya,tidur di bulan puasa itu ibadah,bukan sesuatu yang asing gitu bagi mereka.Gitu ek?Perghh..Aku pun nak join ibadah tidurrrr itu jika boleh..hahah.

 Petang aku bertolak ke Rabat,menolak lah aku punya suitcase ke station Casa Port, 5 miniute jer dari hotel.Aku nak naik cab,tapi si Malik manager hotel cakap.."jalannn jer, 200% selamat",bila aku mcm skeptical dgn luggage bagai ni.Orang sini kan bawak kereta macam orang gila,terutama driver di Casa ,Marrakech.Kalo kena langgar macam mana?Touch wood sangat.Then dapat ticket ker Rabat Ville,perjalanan dalam sejam gituh.Hampir terturun salah station ko.Rabat Agdal dan Rabat Ville ,dalam announcement tuh kedengaran sama.Dahlah bila keretapi berhenti,tak nampak signboard nya.Tak jelas.Certain gerabak jer yang boleh nampak papan signboard nama station.Halussss jer..panic sekejap.Bila sampai Rabat,kemasnya bandar ni.Kalau Casablanca tuh ,berabukk dan berdebu jer aku rasa.Rabat ni nampak bersih dan tersusun?
  Kat pick up point tuh,dah ada a few volunteers yang menunggu di pick up point tuh.Sorang dari Australia,sorang dari Paraguay.Si L1ndsay dan Al3xis.Depa dah tercongok dari pukul 11 pagi kat situh.Tak baca e-mail punya hal.Ingat aku sorang jer blurrr.Dan mereka tak dpt contact si Salah( the guy incharge).Dah pukol 6 lebih sikit, muncul Mrs Saadiah yang bekerja dgn badan sukarela tempatan,local partner kepada satu international volunteer association.Dia yang aturkan pick up etc untuk kami semua.Yang sampai overland,termasuk aku ada 6 orang.Aku,Niki ( dari Texas USA),Lindsay( Paraguay),Alexis yang tinggi macam model(Aussie),2 orang lelaki dari Aussie ..
Satu-satu host family datang nak pick up kitorang.kebanyakkannya si emak dan anak perempuannya yang datang.Bagi host family lelaki 2 orang dari Aussie tu,si emak dan anak lelakinya yang datang.Semua dah muncul kecuali host family aku.Semua orang dah salam keluarga memasing..Aku?Mana nih?Jadi sedih aku.Hahah.Macam takde orang nak kat aku jer...kekekkee.terbuang rasa youuu.kkekkekkee.
  Tiba-tiba muncul satu lelaki handsome(ewah!mcm dlm drama aja.hero watak kena handsome loh! ) tinggi.Puan Saadiah(dia ni cikgu sukan di salah sebuah sekolah di Morocco,rupa memang cikgu sukan la..rambut pendek bagai) cakap....

"Ha Nora..ini Ibrahim.Awak akan tinggal dengan dia..",ceria dia bagtau aku.

"Ha? really?".See bodohnya respond aku kan.Ala-ala  terperanjat lah pulak.

"Of course with his family too", Pn Saadiah macam tau apa yang aku fikir.Haha.
Yerlah,takkan aku akan tinggal berdua dgn mamat ni.Kan?

Haram!

So,lepas bersalam etc,dia ajak aku ambil taxi nak balik rumah dia lah kan.Masa tu dah hampir pukul 6.45 petang.Sini buka puasa pukul 7.30 petang.

Rupanya,semua orang di tempatkan di dalam Medina di Rabat city centre,atau kawasan berhampiran ( banyak jugak orang yang dah start kerja volunteer diorang stay dgn host family stay situ jugak ).KECUALI AKU.Aku rupanya di tempatkan di Sale, bandar bersebelahan Rabat.

Hmmmm!

Takperlah.Nasib baik aku bukan di tempatkan kat celah gunung-ganang atau hutan rimba yer dak.Sila bersyukur.

Ibrahim bawak aku naik petit taxi-yang dalammnya dah ada satu penumpang(sini taxi main share-share gituk),untuk ke satu tempat,di mana kami kena ambil pulak Grand Taxi ,untuk sampai ke area rumah dia.Petit txi dalam bandar jer,Grand Taxi untuk destinasi jauh-jauh.Sampai jer petit taxi kami  ke area tuh,kami menyaksikan pergaduhan beberapa orang lelaki.Aku nak melangkah keluar kereta macam trauma pulak.Tapi Ibrahim dah heret luggage aku,so aku ikut jer.Rupanya, bukan kami saja yang nak nak grand taxi ,malah puluhan yang lain,di mana bila GT ( grand taxi) sampai jer, semua berlari mengejar taxi tuh dan sambil menyiku ,berebut bagai,mereka masuk dalam cab tuh.Tidak kurang berlaku aksi perebutan dan again,aksi pergaduhan dan maki-maki,siku menyiku,taxi belom berenti semua dah berkejaran sambil bercakap dengan kasar dan lantang,semua nada marah-marah,tak kiralah lelaki ,perempuan etc....Like it was surreal!Like...ha?????this is new to me...
.Heeeeee.....Macam aksi keganasan gila wehhhhhhhhhh.Dan semua taxi adalah di maksimakan penggunaan nya.Depan isi atleast 3 orang,belakang 4-5 orang.Ini memang aku tak pernah tengok.

Dah dekat 10 min Ibrahim cuba dapatkan taxi,tak berjaya.lagi pon,dia ada aku nak kena jaga,dan aku datang dengan satu luggage besar beroda,so nak main rempuh berebut adalah susah.Aku macam mati akal.Dah lah nak waktu berbuka dah.Ibrahim ni innocent look,cakap pon tak kasar(orang Arab kebanyakkan cakap kasar),bulu mata lentik( perlu kah aku sebutnya di sini?Haha!)..so aku cakap pada dia..

"Ibrahim, there is no way we could win this", aku cakap pada dia sambil tersengih.

"Don't worry,Inshallah ",kata dia .. which is aku worry ok.With this rate ,there is no way we can reach his home, before iftar,which is aku tak kisah,depan tu ada cafe,dan dia cakap,kalao tak sempat,kita makan kat sini aja.Tapi  bukan itu yang aku kisahkan.AKu kisah sebab hari makin gelap...rumah jauh lagi wehh...dan menyaksikan perebutan taxi yang maha azab,aku takut tak sampai rumah aja...

To cut the story short,after much menyaksikan perebutan taxi yang masih berterusan,lalu pulak ala-ala van yang besar.Ibrahim tanya aku.. "naik ini ok ker?".
Eh oklahhhh..apa yang tak ok nya..besarrrr van nih,suka I...sure comfortable,dari naik taxi share dengan 5-6 orang yang lain.Kan!or so I thought lah masa tuh.

"Ok tak?" tanya dia lagi.

"Ah ok!No problemo,lets go!",kata aku bersemangat gitu.

Sekali, bukak jer sliding door van tuh( yang tidak bertingkap  lansung),aku nampak,ianya sudah di modified.Memang bukan kerusi empok,tapi adalah bench kayu,mengelilingi ruang 4 segi dalam tuh.
Dan bila Ibrahim humban bag aku dalam tu, kami berdua naik.Dannnnnnnnnnnnnnnn..di ikuti oleh hampir 20 orang yang lain!Walhal,ruang tuh aku rasa boleh muat dalam 10-12 orang jer.Dah lah pulak,ada yang cacat bertongkat ,ada yang bawak masuk hasil belian pasar,ikan,makanan,kebanyakkan nya baju kotor,rupa comot,berpeluh,bercakap kasar,macam gaduhhhhhh ajaaaa.So,last-last aku kira dalam tuh,ada 25 orang!!duduk keliling dan berdiri,dan duduk atas lantai,dengan suit case lime green aku kat tengah-tengah,dannnnnn yang "paling best",bau ikan,ketiak busuk,peluh, bau makanan,bau baju pekung yahg koyak rabak etc..dan sebagainya,buat aku dizzy..pening,pusing.Sila bayangkan,takde tingkap,takde air ventilation.Cukop segala.
Paling hazabnya,bila berrhenti turunkan satu orang,2 orang penumpang baru pulak naik.I is mau pitam.Dan aku duduk memeluk suitcase aku dan bag sandang aku.Si Ibrahim ,mula-mula duduk sebelah aku,tapi oleh kerna dia berhati nan molia, dia dah bagi seat dia pada satu perempuan tua yang garang gila dan marah-marah dan bercakap dgn suara 2000 desible.Aku pulak dah terselit di antara seat..luggage ,dan penumpang yang berdiri.Tak boleh nak gerak dah.Dan bau ikan fishy tuh makin kuattttttttttttttttttttttttttt...................

To cut the story short,akhirnya kami sampai destinasi dalam 30 min kemudian or more?bila mana driver bawak macam orang gila(of course kat depan sana siap ada 3 orang duduk sekali).

Then aku tolak luggage aku (orang yang invent luggage bag beroda 4 memang genius!senang nak tolak!Tak perlu berpenatan),berjalan kearah rumah Ibrahim.Dia selamba jalan depan,aku kepenatan ( sbb sedikit pening tadi) sambil tunjukkan arah.Serious,aku tak tahu aku di mana..ibaratnya, masa tuh aku tanya diri aku.."what have I signed for?"..lalu jalan yang kotor berdebu,banyak sampah sarap...dan aklau aku ni anak dara yang nak lari dari rumah,sure tak tahu jalan langsung,sesat jln pulang..semua bangunann nampak sama,lalu alley,etc...Dah sampai area tak rata,dan nyawa nyawa ikan aku nak angkat luggage aku tuh,baru dia tolong angkat..Then sampai lah kami di kawasan rumah flat ,dan panjat tangga sampai tingkat 3?or 4 ?(takde number tingkat,sampai la nih aku masih confuse, floor aku ni tingkat berapa?HAHA),which later I got to know ,semua floor tuh milik keluarga dia,dah oleh kerna famili dia ramai,ada yang duduk tingkat atas,bawah etc.Atas sekali kat roof top tuh tempat jemur baju.Malam bolehlah tengok bintang kat situ kalau kau nakkkk.
Aku di tempatkan di tingkat 4 (tingkat sebelom roof top),sama tingkat dengan kitchen mereka.
Setiap tingkat ada toilet dan shower,ada style lama jamban duduk,ada yang style modern,semua adaaaa...bilik aku besar,ada 2 katil,dan sofa panjang.Rupanya,aku akan ada roomate..which is dia sampai di tengah malam buta,dari Rusia.Elisabeth nama dia,tapi panggil Liza jer.

Than,masuk jer aku dalam rumah tu,ada 4 lelaki Arab tengah menghadap hidangan berbuka dengan penuh sopan.Perempuan tak namapak bayang langsung!Aku akan duduk dengan 5 lelaki ker?Fikir aku.

Then Ibrahim suruh aku duduk,sementara dia humban luggage aku le bilik.Lepas tu dia tanya,

"You want to eat with lady or man?".

" Ahh?I ok with anything..", errr..jawap aku begitu.Yerlah,tak nak offend sapa-sapa.

"Ok..lets go there,dia tunjuk arah dapor".masuk jer,ada 2 budak (seorang lelaki,dan sorang perempuan),dan 4 perempaun dewasa tengah menghadap juadah, dan merenung aku.
Semua nya tak pandai berbahasa Inggeris ( ada sorang lah yang basic dia ok sikit...boleh laa dari takde..),so bermula lah sessi ayam bercakap dengan itik............
Rupanya, itu kakak-kakak si Ibrahim dan anak saudara dia dan seorang kawan kakak dia.
Khadijah( dia ni suka melawa..tengah malam buta sahur pukol 2-3 pagi pon,lengkap bermake up bagai,siap dengan maskara segala,eye shadow,pemerah pipi segala..ko mampu???), Izha ( dia ni lah yang pandai sikit english),then Maryam ,then Zainab, then budak perempuan tu nama Wi'am,budak lelaki tuh nama Wa'il.Emaknya Umi Fatimah muncul kemudiannya..
Dan lelaki-lelaki tadi tuh,adalah Ayah Ibrahim bernama Muhamad, abang dia yang tinggal di German, seorang lagi Abang dia yg tinggal di Bordeux ,France dan sedang bercuti sempena Ramadhan dan Raya..sebulan kooo depa tuh bercuti...

Bilik aku depan ruang makan lelaki-lelaki tadi.Segan akuuu....

Rindu Bertamu di Abu Dhabi....kahhhhhhhhhh...

  Meriahnya ruang menunggu untuk connection flight  dan ruang berlepas di lapangan terbang Abu Dhabi,walaupun sudah pukul satu pagi.Maklumlah,memang banyak penerbangan seterusnya berlepas dari sana.Etihad ,katanya adalaha syarikat penerbangan yang sangat berkembang pesat,wlwpun umurnya muda ~dalam 10 tahun gitu?jika di bandingkan dengan syarikat penerbangan gergasi lain.Kata salah seorang pramugaranya yang berbangsa Turki,walaupun Etihad dapat anugerah dari segi customer service ,layanan dan sebangainya,ianya masih belum dapat " The Best Leading Airline",sebab ada kriteria yang masih belum di penuhi,seperti mempunya 140 kapal terbang dan etc.
   Aku malaslah nak berebut-rebut board ke dlam kapal bila di arahkan berbuat demikian.Barisan penumpang yang beratur,panjang sungguh.Jadi aku tunggu saat terakhir.Apa yang nak direbutkan pun kan.Sampai ke tempat duduk aku,38A (kerusia tuh double seat),disebelahnya duduk seorang perempuan berbangsa Arab( aku agak saja dari segi rupa parasnya) yang sibuk memunggah atau mencari sesuatu dari dalam bag tangannya.Menyedari aku berdiri di situ,dia meminta maaf dan segera bangun untuk memberi laluan.Malah dia turut membantu aku yang rendah ni,untuk meletakkan bag aku ke atas compartment di atas kepala.Terima kasih banyak aku ucapkan padanya.Lepas itu,aku duduk maccam biasa.Tapi perempuan itu sibuk mengambil gambarnya sendiri,bukan main laaaagi dia berposing bagai.Haha.Aku rasa sedikit kelakar jugaklah sebab,ada jugak perempuan Arab yang vain,kekkeekkeke.Macam orang kat Malaysia tuh jugak..ekekeke...Sebukkk ambik gambar muka sendiri.Kebetulan kerusi kami ni adalah row last dalam kapal tu.Nak jer aku offer, "meh awak tak payah susah payah nak ambil gambar,mari saya tolong ambil kan, " gituh,tapi idak ler aku buat begitu.Memang style orang sekarang suka ambik gambar sendiri kan?Kan....Ekekekeke.Lepas tuh aku tak ingat apa dah.Kat Malaysia dah lewat pagi,so memang aku ni jenis lelap kong kali kong jer mata aku.Krohhhhhh krohhhhhhh krohhhh...Automatic aja youu...
   Beberapa jam kemudiannya,aku terbangun, dan rasa segar.Lepas makanan di hidang( aku pun tahu kenapa yer,kalau kita duduk dalam kapal terbang,kadang memang kita tahu,waktu itu dah malam buta ,lewat malam, lewat pagi etc, kita masih jugak makan apa yang di hidang).Macam satu tanggungjawab pulak.Kekekek.Tapi yerlah,kalo tak makan,dan rasa lapor,mana nak cekau makanan kat atas awan tuh.Makan jerlah.Laju sungguh jiran aku makan.Lapor agaknya.Aku slow aja,yerlah..kan ke sebelum tuh aku dah balun nasik lemak, mee curry dan cendol?Dan jugak di tambah dgn 2 meal dalam kapal menghala ke Abu Dhabi.Miyahahhaa.Tiba-tiba pramugari yang kehulu kehilir terlanggar tray jiran aku (sbb dia duduk belah aisle ),dan a few things yang terpelanting ka arah aku.Boleh?Lajuuu dia mintak maaf kat aku.Sebab masa aku rasa segar,kami pun mula berbual.Cantik orangnya.Rupanya dia perempuan Maghribi yang sudah beberapa tahun menetap di Dubai dan Abu Dhabi.But she likes Abu Dhabi better ,katanya.Seronok pulak aku berborak dengan dia,dapat berbual dengan perempuan Maghribi yang pandai berbahasa Inggeris dengan fasih.Rupanya,lamaaa dia bekerja di Tangier ( bandar di utara Morocco - you can go to Spain from that town by taking ferry) dalam industri pembuatan.Lama katanya dia bekerja dengan company yang ada kaitan dengan Zara,Topman , Manggo bagai,dan from humble start,dia di naikkan pangkat dan menjawat jawatan yang bagus.Tapi sekarang dia bekerja dalam bidang berbeza ,dalam bidang consultasi /training di Abu Dhabi.Dia menekan kan, bahawa,rezeki kita datang dari Allah dan kita tidak tahu apa kita akan dapat di hari esok.Dia sendiri tidak menyangka,akan bekerja di luar dari negaranya.Dia tahu siapa Dr M , pasal Muslim di Malaysia (ramai orang Maghribi yang aku jumpa ,memuji Muslim dari Malaysia,katanya " I heard Muslim dari Malaysia bagus-bagus dan baik-baik.)
Banyakk kali dan bukan seorang berkata demikian.Aku sebenarnya tak faham kata-kata tuh.Yerlah,ianya datang dari orang Arab,yang beragama islam, dan tinggal di negara yang 99% penduduknya adalah muslim,dan kemana aku pergi pon,aku tengok,orang-orangnya tak kekok bersembahyang dalam keretapi etc..selamba jer..( Sembahyang dgn cara duduk ) ,dan lagi pula banyak tempat yang aku pergi sentiasa kedengaran alunan ayat suci Al-Quran.Dan dari pengamatan aku jugak,ramai yang baca mini quran yang kecik tuh dalam flight,keretapi.jadi bila dia ckp "orang Malaysia adalah Good Muslim",aku don't get it.Sekali tengok,mereka lebih "alim" dari kita.Tapi...dah lama-lama, aku rasa,memang betul jugak apa yang mereka cakap.Well,of course mana ada umat yang sempurna..tapi sekarang ni..dalam certain point,aku aggree jugak dgn kata-kata mereka.Kita dan mereka masing-masing mengikut sunni,tapi dari pengamatan aku,ada benda yang di lakukan berbeza.Contoh,sepetangan semalam aku habiskan masa di Masjid Hassan II ( Grande Hassan Mosque) di Sour Jdid ,Casablanca,Masjid yang terbesar dalam negara dan ke-7 terbesar di dunia..Dalam masjid ni siap ada escalator kooo.Di bina dengan cost $750 million,pakai duit rakyat...di katakan antara grand mosque paling hi-tech.Ada minaret tinggi yang ber-laser point,dan menunjuk ke arah Makkah Al Muqarromah setiap malam..
Orang sini tak sembahyang pakai telekung bagai mcm kita,mereka pakai jubah.Ok jer kan,memudahkan,asalkan tutup aurat.Tapi mostly takde pakai stokin pon,dan kaki depa semua terjulurr jer macam biasa..hmm..kalau kita kaki terjulur surenya dah batal dan kalo tak sengaja,kdg org tolong tutupkan lagi..but again,ilmu agama aku cetek,so aku taklah reti nak bahas lanjut....Kalau aku ada masa aku akan cerita benda lain jugak sedikit sebanyak.Tapi,perasan tak,banyak benda jugak samada di Malaysia atau di negara lain,yang lebih dibuat mengikut adat dari ikut agama..kalau tak buat karang,apa orang akan cakap?Gituh lahhh..
  Kalau you ols nak visit masjid ni,ada tour bagai,itu yang pelancong buatlah.Tapi pukol 10-11 pagi.Pusing keliling nya gituh jer,makan sejam katanya tour tuh.Entahlah,tak pernah aku join pulak.Kita muslim,datang jer waktu solat,ianya di buka dan boleh lah bersolat disana.Aku ingat nak buka puasa kat sana,tapi dah kerna kat tempat aku stay tuh insist suruh aku buka dengan mereka,aku iya kan ajalah.Darinya yang tadi  aku rasa macam,apa nak buka (iftar) yer karang,beli jerlah roti dan air dan mkn di masjid-aku tak cerewet pon(waktu siang mcm padang tekukur jer..tak nampak kedai bukak,so no idea sgt apa nak beli),kepada penuhh satu meja aku mereka kasik aku makan.Ada ikan di goreng tepung 2 ekor,udangg goreng, sotong ring(!!!yum!),roti ,tajin (ala-ala rendang lembu),then kemudiannya di tambah dengan another type of bread,dan of course Harira( bean soup!!I memang suka dish ini,sedappppppppppp ok),siap dgn hidangan teh bagai.Sempot nak habiskan.Itulah,kita jgn mengeluh dgn rezeki Allah,mungkin sekarang perut kita kosong,the next hour rezeki datang berkunjung tiba tidak putus.Segan tak habiskan sbb orang dah kasik.Alhamdullilahhhhh............
.
   Dan oleh kerana kami mempunya minat yang sama,iaitu melancong,maka rancaklah kami berborak.yerlah,perjalanan kan hampir 8 jam.Banyak yang kami saling bercerita dan berbincang.Dia minat sejarah,dan kalau ckp apa-apa,lengkap dgn tahun  bagai ..(ngeeee..gigit jari iiiiiii...ii sejarah fail lohhh).Dia cakap ,"saya suka orang Malaysia,ramai berpelajaran dan faham sejarah ",tersedak aku masa minum ayaq.Hampir tumpah.hehhehe.Taklah aku blur sgt,tapi definetely ,aku tak termasuk golongan itu.Dia even membandingkan era pemerintahan Dr M vs Mobarak di Mesir.Mereka mula memerintah negara masing-masing di tahun yang sama,dan lihatlah di mana Malaysia dan Mesir sekarang.Sungguh berbeza kan?katanya pada aku.Satu aku kagum,ialah,dia ni di lahirkan di satu tempat 700KM away dari Casablanca !!!Jauuhhhh gilaaaaaa.Ni nak balik rumah pon perjalanan di jauh sungguhh lah.Dan kat sempadan Algeria( 14km jer dari Algeria katanya),Wushdah nama tempat tuh(tak pasti ejaan) ,dan the fact dia keluar dari kampung dia,berpendidikan tinggi etc,kagum iiiiii..Sebab,kalau lelaki,ramai lah macam tuh.Tapi sebab dia perempuan,aku jadi sedikit kagum lah.
Aku di jemput ke rumah abang dia lagi 2 minggu(dia akan duduk di sana beberapa hari sebelum pulang semula ke Abu Dhabi ),beria dia mengajak.Kebetulan,aku tak pernah ke Tangier-4 jam naik bus dari Casablanca..kalo nak ke rumah parent dia,memang jauh gilaa..dari Tangier 12 jam naik bus..now tgh musim cuti,flight memang mahal sangat-sangat
.So,since aku pon tak tahu jadual kerja aku macam mana,aku tidaklah boleh berjanji.Insyallah,saya akan tengok schedule saya hari Isnin nanti when I found more about my work in Rabat,kata aku padanya.Malu jugak aku,dia siap top up kan credit phone aku ,hadiah dia kata.Bila aku nak bayarkan tambang taxi dia kemudiannya ( kami sama-sama ambil taxi dari Casa Vouyager ),mati -mati dia tak mahu..Berpeluk erat aku dan dia ,sebelum kami berpisah ke destinasi masing-masing...
Petang ,selepas waktu berbuka, dia ada hubungi aku di telephone..untuk pastikan aku ok,dan bertanya,bagaimana keadaan aku ,pasal iftar etc.Alhamdullilah,Allah pertemukan aku dengan orang yang baik-baik.

Oh yer..masa dalam kapal terbang,si Fatima Zahra ( cantik kan nama dia!Dalam keluarga orang Maghribi,mesti ada satu anak yang bernama Muhamad,bagi lelaki ,dan Fatima Zahra bagi perempuan),concern pasal bila waktu Sahur akan berakhir.Confuse,masih nak ikut masa sahur  Abu Dhabi ker?Kita ni musafir,tapi tak bolehlah jugak kalau nak amik mudah,kata dia..Tapi penerbangan dan hampir 5,6 jam berlalu.Kita bukan di Abu Dhabi lagi.So dia pun sibuk bertanya kan pramugara berbangsa Arab yang ada dalam tuh macam mana.Oleh kerna peramagura kata,kita sedang "berada di Egypt" sekarang,so ikut lah waktu Egypt.Dan di buat pengumuman selepas itu ( of course di dalam bahasa Arab,dan aku tak faham.Tapi dia terangkan pada aku ler..) masih ada lagi 40 min katanya,so lajuuu kami makan dates ,minum etc dan niat puasa...
Alhamdullilahh...Dan aku pon join dia sembahyang subuh dalam tu....

Alhamdullilah...