Lena betul aku tidur malam semalam.Keletihan perjalanan dari Casablanca.Cuaca pulak sejuk.Musim sejuk masih belum melewati Kota Fes.Bersweater,berselimut dengan gebar dan toto ,memang nikmat.Tak tahulah aku tidur berdengkur ke tidak.Tapi memang tidur semacam kayu mati dan bangun pagi rasa segar betul.Bila aku regangkan badan ,keluar dari toto,rasa seperti satu perasaan nyaman.Dan terus aku keluar ke terrace.Pemandangan yang kalau tidak masih sama, semakin indah rasanya dari kaca mataku.Mataku menerawang kejauhan..Di hadapanku tetap pemandangan luas yang indah dari atas medina ( Old fes) ,membuatkan aku rasa seperti aku bebas.Bebas dari hiruk pikuk,bebas dari stress, bebas dari rutin harianku.
Bebassssssss…..!!!!!!!!
MB muncul di sebelahku,menyandarkan dirinya
pada palang besi.
“Saba Al Khayer..”, sapanya.
“Saba Al Khayer”,jawabku senyum,tapi mataku
tak lepas dari memandang kejauhan.
“What are you looking at?”,tanyanya.
“Freedom..”,jawabku ringkas.
Nak jer
aku jawab,my freedom,my future,the life…tapi macam overlah pulak
kan bunyi nya???
Yer dak?
Keadaan
masih sunyi.Belum ada kelibat guest yang bangun.Aku turun ke ground floor,dan
menuju ke dapur.
“Saba Al Khayer…”, sapa satu perempuan
cantik,dari ruang dapur.
“Saba
Al Khayer”,jawabku.
“English OK?”,tanyaku padanya.
“NO.Arabic and French,dako!”.Jawabnya sambil
senyum simpul.
Aiseyman..dia ni baik sikit lah dari
Salwa..Salwa u reti cakap arab jer.Dia ni French pon boleh,tapi masalahnya
disini,I speak non of them!
“Ana Nora, wa anti?Ma is muki”,tanyaku dengan
my limited Arabic yang aku tahu lah.
“Ana Fatima Zahra”,katanya memperkenalkan
diri.
Tasharofna...
Senyumannya menawan,tapi tangannya tetap
ligat buat kerja.Potong buagette,potong a few things,letak jam dalam pinggan
kecik,jerang air…that kind of stuff.
Aku di
beritahu semalam,yang Salwa dah tak kerja di sini.Dan Fatima Zahra inilah
pengganti dia.Tapi MB tak cerita kenapa.Dia memanglah,susah nak dengar dia
bergosip dan sebagainya.
Salah
satu sikap orang Morocco ni,adalah..mereka…hmm……..eh!Tentang ini,I will write
it in another posting….
Bila
aku cuba bertanya,MB Cuma cakap,Salwa sekarang kerja di Dar Ar R@bha ( DAR ),satu
lagi guest house milik business partner dia, Aziz,tidak jauh dari sini.Aku pernah ke sana satu waktu
dulu,masa ianya baru nak dibuka.Masa tu, masih dalam proses “restoration”,dapur
pun belum siap,masih dalam keadaan sedikit "huru –hara"
TOK
TOK!
Kedengaran pintu depan di ketuk.Aku cepat-cepat pergi buka pintu tuh...
Si
CousCous rupanya.Tangan dia kiri kanan penuh dengan bag plastik.Penuhhhh dengan buah orange kiri kanan.
Di ketika itu
jugak muncul 2 orang Spanish di ruang tamu dengan bag besar.Nak check out awal.
MB
muncul dan beritahu CousCous untuk pack some breakfast.Benda yang mudah-mudah
jer,macam roti,croissant,baguette..benda-benda macam tu.
“They are leaving early,so I get them bring
some stuff”,kata MB.
Sarapan pagi sepatutnya di hidangkan pukol
8.30AM-11.00AM.Tapi kalau ada guest leave early ( nak catch up early train/bus
untuk ketempat lain ker..atau trip ke desert yang biasanya van atau kereta akan
pick up diorang pukol 7.30AM) ,MB akan bekalkan sesuatu untuk mereka makan
dalam perjalanan.
(pengalaman aku sendiri semasa di Marrakech
lama dulu :Trip ke desert( gurun Sahara) aku bermula pukol 7 pagi.Seseorang
akan jemput aku di loby hotel ~ 7AM.So,aku beritahu pada Adil –the night shift
guy yang jaga hotel tu tentang hal itu.Esoknya,pukol 6 lebih dia dah bangun dan
sediakan sarapan kat aku..tu diaaaaa…bagus betul.Mereka ni bertimbang rasa
dengan customer mereka.Mereka tahu,perjalanan jauh,belum tentu ada tempat nak
beli makanan weh kat celah gunung-ganang tuh dek non!Nak pi kedai runcit pon
pagi sangat.Belum bukak yer cik Kiah!Aku cuma beli beberapa botol mineral wáter
jer untuk di bawa sebagai persediaan pada hari sebelumnya.Tapi,yerlah hal-hal
macam ini mereka dah biasa hadapi.Small matter aja.Cuma,aku kagum lah dengan
hospitality mereka. )
Melihat mereka sibuk dengan tugas
masing-masing,aku offer diri untuk kupas orange,sebelom di perah untuk buat
jus.MB serahkan pisau kecil pada aku.CousCous perah orange yang dah di kupas
secara manual.Takdenya mesin –mesin electrik nok.Tapi bagus lah mesin manual tu
,simple aja,tapi cepat.Cuma perlu sedikit kederat jerlah nak tekan benda alah
tu.Aku pun,cakap..
“Couscous,awak keluar dulu,nanti bila yang di
kupas ni dah banyak,saya panggil awak”,saran aku padanya.Ruang dapur ni kecil.
“Alright Ya Noura “,kata dia.Dia ni boleh
berbahasa Inggeris.Alhamdullilah!!! Malah,seperti MB,dia jugak boleh berbahasa
Perancis, Italy,Sepanyol,selain dari bahasa Arab.Aku pun mulakan kerja aku,bila
mana…
““Wo wo wo my lady…..if you do it that way, we
won’t be able to finish it until tomorow.",MB menegur aku separa gelak, separa
serious.
Dah
kenapa pulak????Apa yang tak kena?Sentap karangggggg……………………
Dia ambil pisau aku dan tunjukkan cara.
OHHHhhhh…cara aku pegang pisau tu la.Orang
kita kan dah biasa,kalau mengupas guna pisau,kita pusing arah luar.Si MB ni
pulak, jenis pusing ke dalam.Sama macam mat saleh tuh laaaa…macam yang dalam TV
tuuu…
“This
is the right way,and faster,” ajar dia.Memang pon, sekejap jer dia buat kerja.
“But,I can’t do it that way.I tried
before,its not work for me..”,terang aku padanya.
Kekok lah!Tak reti..Aku pon cakap,aku nak
buat cara aku jer, dan bila dia tengok kerja aku pun cepat,dia pun tak cakap
apa dah….Well,it was fun.Orange nye pon
segarrrrr..masih ada daun lagi kat tangkai-tangkai nya!!
Simple task.BUT,Little did I know,ada 10 kilo
( !!!!!!) yang menunggu untuk aku
kerjakan.Si CousCous cakap,kalau aku penat,tak perlulah aku buat.Dia boleh
buat.Fatima Zahra dah sibuk dengan plate-ing kan sarapan,buat the,coffee…takkanlah
aku yang buat simpl task macam ni nak mengeluh yer dak?Aku pon habis kan
lah.Dan bila aku kupas orang yang
terakhir, CousCous reward aku dengan satu gelas besar jus orang yang dia baru
perah!!...ARRGHhhhh….sedapnya….Segar !!!!!! Nyaman di tekak ku.Dia ambil satu
lagi gelas untuk diri dia..dan…
“cheers !!!!!, both of us hantukkan each other gelas dan minum….Arghhh..nikmat.
.
Afterwards, lepas guest semua dah siap
sarapan ,dah siap kemas pinggan mangkuk,dapur pon dah clear MB suruh dia buat
special breakfast untuk kami.So,he made us scramble egg ,and then there were
criossant ,laid on the table with some olive,
honey ,butter, milk, and of course orang jus.That was the best breakfast
I if I were to compare them with the quick bite that I always had in the
office,every morning.
Alhamdullilah !!
Petang pun takde plan apa.Hari berehat
sedunia gituk.Tapi aku dah beritahu MB,yang aku nak book Salwa ,untuk bawak aku
pergi Hammam.Aku pernah pakai service dia.Puas hati.Dan dia sajalah “rakan”
perempuan yang aku ada pun.Susah lah nak cari kawan perempuan local.Kebanyakkan
tak pandai cakap english.So,aku dengan Salwa ni macam ayam dengan itil bercakap
jer.Anak dia comel.Selalu aku belikan si Du’a tuh coklat.Mak dia pun baik.Aku
pernah di bawa kerumah dia.Salwa tinggal dengan keluarganya di dalam Medina ni
jugak.Dapatlah kesempatan aku tengok macam mana orang local ni hidup dalam
Medina, macam mana keadaan rumah mereka.Oh..sama saja macam kita..ada peti
sejuk,TV dan sebagainya.Yerlah,kehidupan dalam Medina ( Old fes) ni orang kata macam kau kembali hidup di
zaman lampau.Di katakan Fes El Bali ni adalah Medina yang paling besar dan
“facinating” di seluruh Morocco.Di medina ni penuh dengan lorong-lorong lebih kurang
9000 alley,tiada kereta atau kenderaan bermotor.Barang-barang yang tidak mampu
di angkat oleh kederat manusia, semua di angkut dengan menggunakan keldai dan
kuda.Cuma bezanya, kalau zaman dahulu kala,keldai dan kuda ni agaknya hari hari
kena angkut sayur,buah,rempah ratus,kayu kayan untuk kedai pertukangan dan
sebagainya,Tapi di zaman sekarang,selain yang di sebutkan tadi,mereka ni
kadang-kadang angkut tilam bantal, mini-fridge,flat screen TV,barang-barang
make up,accessories untuk peniaga-peniaga di Souk.Jauh lebih besar dari Medina
di Marrakech atau anywhere else, Fes El Bali ini...
Tepat
pukul 3 petang,Salwa muncul.Di Waktu dia dah habis kerja lah kan.Perantara aku
dah tentu-tentu si MB.Dia kata si Salwa ni now dah popular,ramai nak pakai
khidmat dia.So,kalau nak pakai khidmat dia,kena beratur.Tapi ,demi aku,”she
will always make herself available” kata MB sambil ketawa.
Iyer lah tuuuu……….
Kami berpelukkan dan mencium pipi kiri kanan
.Dah berbulan tak jumpa dia.
Jom!kata dia.Aku pun masuk bilik,pergi ambil
tuala,dan pakaian persalinan,letak dalam bag sandang.Excited aku nak pergi
menyental daki bagai ni.Heheh.Salwa jalan lajuuu..sambil berkata sesuatu pada
aku dalam bahasa Arab.Aku geleng-geleng tanda tak faham.Kami singgah beli
sabun( sabun ni traditional sungguh bentuknya.Color hijau ke hitaman ,yang
kalau salah tengok, macam….hmm…hmmmmm….tahi lembu.),then beli kain kasa,yang di
jual dalam bentuk macam glove 4 segi
,senang untuk guna(yer,kain kasa ni yang akan di gunakan untuk menyental
badan..),dan shampoo paket kecik-kecik tuh.To be honest,aku memang susah nak
ingat jalan.OK,aku ni memang begitu.Dalam bahasa jepun,orang macam aku ni di
gelar ‘Houko onchi”, dalam bahasa melayunya, “juara sesat jalan”,atau “juara
otak tak boleh ingat jalan”.So,bila si Salwa ni bawa aku dari satu lorong ke
lorong,pergi kedai runcit beli barang ,dan sempatlah jugak kami beli cake dan
makan kat situ(cake quick bite?),aku sepatah haram memang tak ingat jalan atau
lorong mana yang telah di tempuh.Berbelit-beli,berputar-putar.Yerlah,jalan raya
kat KL, Singapore ,JB pon aku ingat,ini yang
dengan hampir sepuluh ribu lorong dalam tuh?Pendek kata kalau Salwa
tinggal aku dalam lorong-lorong tu ,mengongoi
melolong menangis remuk redam lah aku kat lorong tuh tak jumpa jalan
pulang.Hiks.
Kami
pergi ke publik Hammam.Ada dua jenis yang kita boleh pergi.Public Hammam atau
pun private Hammam.Kalau dalam translation Bahasa Arab, Hammam ni adalah
“bathroom”,Turkish bath.Masuk dalam tu,bayar entrance fee, tukar baju(bukak
semua,kecuali seluar dalam) simpan baju kasut bag, ambil baldi,masuk dalam.Kat
public Hammam ni, bila anda masuk,lepas bayar entrance fee, anda akan di beri
baldi besar 2 bijik dan gayung,dan barang-barang anda boleh jer serahkan pada
tukang jaga.Bilik Hammam ni terbahagi pada 3 bahagian.Sejuk, sederhana panas
dan PANAS.Biasanya Salwa bawak aku kat bahagian sederhana panas jer.Ala-ala
sauna gitu.Dan biasanya,kalau public Hammam ni dia terbahagi kepada 2 waktu
penggunaan.Siang untuk kaum perempuan dan waktu malam pulak untuk kaum lelaki.Macam
mana bilik tuh boleh panas?Dia ada system pemanasan ,ok,ini aku nak cerita pon
tak pandai,tapi ianya melibatkan kayu kayan di bakar untuk memanaskan air dan
stim tuh di alirkan melalui paip ke Hammam.Dan di katakan juga ,biasanya
dedekat Hammam ada bakery.sebab menggunakan facility system pemanasan yang sama
gituh la…..
OK,now
kita dah ada baldi,dah duduk kat bilik sederhana panaskan?Salwa pergi ambil air
di bilik sejuk,isi dalam kedua-dua baldi tuh setengah jer.Lepas tuh dia pegi ke
bilik paling panas,ambil air dari sana, then tuang ke dalam baldi air yg berisi
air sejuk tadi.Nak cipta air suam lah..Kenapa aku tak pergi ambil
sendirik?Eh?Mak dah bayar dia jadi assistant I youuuuu….dan aku kenalah duduk
jaga baldi-baldi kitorangkan.Takut orang songlap tauuuu…Dalam public hammam,
RAMAI orang tauuu..Berpuluh-puluh orang dalam tuh,ada budak kecik, orang
muda,ada orang tua.kadang-kadang baby pun ada.Dan kadang-kadang ada jugak kaum
ibu yang bawak anak lelaki yang kecil, bawah 3 tahun gitu,di
benarkan.Hmmm…ok..tapi kalau dia letak budak tu dalam baldi ,kat depan aku,dan
budak tuh tenungggggg jer aku,aku pun suspen kan?Nak jeling budak tuh aku tak
berani,mak dia dok situ maaaa….
Suhu
air “suam aku” dan “suam Salwa” rupanya
berbeza.Suam dia..PANAS hokey!Baru dia nak siram aku,terus aku buat sign
“NO NO NO ¡!!!”.Aku cakap, HOT HOT HOT ¡!!!!pada dia.Nasib baik lah jugak dia
faham.Remember,she don’t understand english.Kalau tak jadiklah aku ubi separa
masak kan?Aku pernah lah dulu belikan dia buku untuk belajar english.Tapi,
sampai la nih, sama jer ,takde improvement langsung.Sayanglah gitu kan……………
Then bermulalah sesi sental
menyental.Prosesnya:-
1.
Sabun,sental,stretching badan,baring pandang
atas, berbaring ke bawah
2.
Bilas
3.
Ulang step #1
4.
Bilas
5.
Shampoo rambut
6.
Massage badan
7.
Stretching +massage
8.
Bilas badan
Step 1 dan 3 tu lama .Si Salwa asyik cakap
..”spaghety!!” bila dia nampak daki daki hitam keluar dari kulit aku…Dia ni
tangan dia kuat gila,kalau belasah orang sure pengsan.Berbaloi aku hire dia
kan.
Untuk massage
pulak ,habis dia lipat bagai badan aku.Dah macam aksi akrobatik dah
pulak.But overall,it was good…semua tu amik masa lebih 2 jam.
SO, keluar dari Hammam tuh aku rasa diri aku
glowinggggg sangat tauuu!!!
I am one happy customer !!!!!
Fakta
penting:
Rupa-rupanya,
si Salwa ni ada brother ,yang handsome.Irasnya macam pelakon Philipine dalam
cerita telenovela Pangako Sayo,yang bisa
membuatkan hati saya dup dap dup dap.
Kami
berkenalan masa wedding cousin Salwa tempoh hari.heeeeeeeeeeeeeeeee…….
Aku
sempat menghadiri Moroccan wedding tempoh hari.banyak aku terbaca tentang
wedding diorang ni happening.Tak pulak aku terfikir aku dapat
menghadirinya.Terima Kasih Salwa ,untuk pegalaman yang tidak dapat saya
lupakan.Terima Kasih…..
I will
do another posting for the wedding…
No comments:
Post a Comment