Tuesday, April 30, 2013

Land with thousands Muhammad - Part 2

Ok,aku dah bercerita,di mana ramai sangat orang bernama Muhammad@Muhammed kan di sana.
Tidak pulak aku menyangka,ianya membawa peristiwa sadis dan lucu.

Di suatu petang,aku takde buat apa,so aku niat nak ke pasar...Santai saja hari ni,takde kemana..
Tengahari ada cooking class,masak Pastilla,makanan popular di Morocco, yang kami makan ber-empat.Besarr gila kau..satu dulang besarrr jadiknya pastilla tuh.Aku tak pasti kenapa auntie Saadiah buat besar sangat.Maybe sbb MB kasik dia 200 Dhs beli bahan.Bayangkan,guna telor pon 20 bijik,almond dekat 2 kilo!!So,dah sudahnya,bila nak bakar nak kena pakai industrial oven nak bake benda alah tu.Dedekat Riad ni ada banyak bakery,so,MB hantar, then 15 mins later,Yusef pergi ambik balik dari bakery.Berapa kena charge tu,tak pulak aku amik tahu.
Bayangkan besarnya macam dulang besar,yang orang jawa guna untuk hidang nasik ambang tu.
Aku,MB,Aziz dan Yusof .pon makanlah pastilla tuh panas-panas.Jenuh MB panggil ddan carik CousCous..tapi CousCous was missing in action.Tak ada.Hmmmmm....
So,makanlah kami ber-4 dengan rakusnya.Haha.Sedapppp.Tapi savoury + sweet gituk.
(Pastilla almond +chicken).

1.Nanti aku buat posting khas untuk resepi dan step dan adegan yang terjadi masak kelas memasak.
  (yang di ingini dan tidak di ingini).

2.Siapakah Aziz,Yusof,CousCous ..MB tuh mhammed besar...Nanti aku cerita,sapakah karakter-karakter yang aku sebutkan di atas..Jejaka-jejaka tempatan....Heheh.They deserve one dedicated posting.Sila nantikan...kihhhhh

So,dah petang lepas asar,aku kebosanan.MB asyiklah sebuk dengan kerja dia,Dan guest ada yang register keluar,ada yang register masuk dan ada yang call suruh ambik kat Bab Bou jeloud sbb takut tak jumpa Riad.So,bila aku ajak ambik angin luar ,si MB cakap.."er..give me few minutes,"yang aku tahu akan makan atleast sejam dua akhirnya.So,aku cakap,,aku nak keluar pergi pasar sorang-sorang.Dia tak berapa setuju,dan nak ak tunggu dia habis buat kerja,which is take forever lah kan.Dah tak kuasa dah aku nak menunggunya sambil melanguk.Buku yg aku baca pon aku dah khatam.So,aku macam ...alah..pegi ajalah sendiri.."I can go by myself ",kata aku,capai selendang, sweater dan bag dan keluar.Cuaca di Kota Fes masih sejuk,dan aku terus jalan.Aku tau dia macam tak galakkan aku jalan sorang-sorang.Tapi,bukan aku tak tahu jalan ke sana,tak jauh pon..
Aku jalan slow slow...
Sambil singgah dan belek-belek bebenda jualan di kiri kanan jalan Talaa Sghira.

 Then lagik 30 meter sampai pasar,aku terasa sesuatu menarik bag ku dgn cepat dan mahu merembatnya....

to be continue..

**aku ni bila nak bercerita,merapek panjang lebar..kalo tulis novel, mahu jadik 3000 muka surat ni.

No comments: