Tuesday, August 20, 2013

Diva in the house..and more drama ..(lah sangattttt...)

Bila Liza dah balik Rusia,sebab dia memang scheduled berada di sini 2 minggu sahaja,datang pulak 3 orang lagi volunteer.Mulanya kata 2 ,tapi entah..jadi 3.Mula-mula datang seorang budak baru,dari New York.Nama Jena.Seorang vegetarian.Entah salah komunikasi ke apa,host family tak tahu dia ni vegan..So the coordinator explain again to the family.Mcm dah ok jer lepas lepas tu..
Dah gitu komplen manjang ajalah dia.Bukan pasal meal aja..tapi pasal air,fruits.Semua benda yang bergerak,yang tak bergerak,dia komplen.Contohnya,air minuman yang di hidang dalam rumah,dia tak mahu minum.OK.Beli jerlah dari luar bottled mineral water.Ada incident,masa balik beli air kat kedai runcit kat luar,bas lalu,dan dia rasa ada penumpang bus spit on her..lagi dia naik anginnn...Yang heran tuh,orang lain,elokkk jer tak de kena apa pon...
Lepas tuh pulak,host family selalu hidang buat,cut melon,fresh figs(tin),peach,watermelon..semuaaa tuh i likeeeeeeeeeeeeee.Dia?Buah tuh kadang family ni hidang gituh jer,basuh dan hidang( peach,figs),pon dia tak nak makan,alasannya...air yang buat basuh buat tuh tak di jamin bersih.Air buat basuh buah tuh ah yg kami togok hehari minum.Lepas tuh asyikkk tanya aku berapa banyak mosquito bite aku dpt sejak duduk situ?Haa?Memula aku layankan..dah banyak kali malas dah lah.Sat kata bed keras, sat kata she can die eating the same food everyday(dah banyak sgt restriction yg dia buat untuk diri dia,so kerja nya gigit roti jerlah).Lepas tuh there is one kid in the house yang batuk,so she said that girl really disturbed her sleep,bantal keras, takde aircond..etc etc etc etccccc......neverr ending complaintnya.Seriously,aku mcm nak cakap jer,kau balik jerlah New York sana..

Dan kemudiannya datang pulak 2 orang ,Aku tak faham coordinasi si Mr Salah tuh ,sbb dah all the way si Berahim travel ke Rabat Ville Station,budak 2 tuh tak muncul pon.Dan esoknya baru muncul masa sessi orientasi bebudak baru nih..Sorang dari Manhattan, sorang dari Canada.si Manhattan ni nama Joana,si Canadian nama Nekka.Jena si minah New York bertemu mereka masa sessi orientasi di Rabat dan Brahim bawak mereka ni pulang pepetang.Joana budak Manhanttan ni pulak talking machine.All the time bercakap,loud,exxagarate,semualah..dan Jena budak New York tu sangat tak berkenan denagn dia.Masa makan,banyak kali incident mereka hampir bertekak.Lepas makan aku bawak diri ke roof top,sejuk jer cuaca..tak lama tuh Jena datang kat aku dan mengompat habis-habisan si Joanna(Nekka tuh jenis mengiayakan aja si Joanna,mcm side kick dia minus the talking).Kelakarrrrrrrrrrrrr gila dengar mat saleh mengumpat nih kooo.Aku ingat orang melayu ngompat udah cukop dasyattt...ghopanya they all ni laaaagi dasattttttttttttttttttttttt.memang biatchhhh habis.....kalah joyah kiah spedarr...siap dgn memek muka segala..HAHHAHaaaaaaa..you guys should see it.....farnie to max !Nasib baik mereka ni tinggal in different floor in this house..
...aku dengar kan jerlah....sbb aku pon peningg dgn mereka nih.
Sambil tuh aku dengar music,tengok bintang,baring-baring....
Malam sikit ,si Abdul Rahim tanya aku,nak pergi beach tak?minum coffee..(aku cecepat kata YES.sbb dalam rumah tuh macam "panas" jer cuaca nya kan!Kkeekekkeke...Dia ni abang Berahim yang duduk France tuh la...bini dia French,anak dia cutee gila ,nama Chaiemae(sebutnya Shaima...reti ckp French jer...English nyer beberapa butir,fav phrase dia .."Berahim/Nora...whats your naaameeeee....tapi arab nyer pon sikit lah dia reti..)dan on her last day sebelom they went back to France, she draw me !Painting it exactly the same color baju etc yg aku pakai on that day...so sweeeett of her...I always bought her chocora!.Aku pon ada buat painting gamabr dia,dia bawak balik France sana buat kenangan..aWwww..mana tahu after 20 tahun hasil seni ku ittteeww seropa Picasso kan??seropa Monalisa ka...terpampang kat museum kat France sana....miyahahahha!!perghh..syiok berangan ni kan?..dreaming is free you..so sila kan berangan secara pukal..kekekekekkekekeke.....
Aku ajak Jena sekali,dia kata tak mahuu,penat.OK....minah banyak songeh ni kan..harus kita iyakan aja kata-katanya...
Tetiba si Joanna meng-invite diri dia sendiri. Dia macam jeles aku nak keluarrr.OK...jommm,aku ckp.Then,sbb dia talking machine,dalam perjalanan 15 min naik kereta ke pantai tuh,AHLI dalam kereta ( SEMUAA...kan dia ckp kuat???beledeq)dah tahu berapa ramai makcik dia,berapa ramai suami makciknya yang dah meninggal,berapa kali dia broke up dgn BF nya..(it was 6 ! times) ,berapa orgg jirannya yg dia dah bergaduh,berapa kali dia kena fired kerja,brp bulan dia nganggur,betapa lah BF dia @asshole, dan of course the favourite topic dia.."I have been to 28 country "(repeat it  20 juta kali )...that kind of stufffffffffffffff..................ok..kisah dia made up dalam flight to Casa pon ada ...pftttttttttttttttttttttttt.."side kick dia kena ikut kan?so bersempit kami di belakang 4 orang..aku...Berahim..Nekka dan Nenek Joanna tuh...
Abg dia ni kalao cuti lama memang drive dari France sana sampailah Morocco...kiranya,dari France,lalu Spain,then naik Ferry,sampai lah Morocco...dalam 15-20 jam drive katanya...

Syiok jalan kat pantai memalam..udara segar...angin sejukkk...aku warning sesiap si Berahim tok sah nak fe-feeling romentik simbah meyimbahhh..sejukkkkkk...........karang kepala dia aku rendamm karang...ekekkekekekeke.....
 
.................Nenek Joanna ni ada aja modal nak menaikkan darah kitorang..samalah ngan Jena nih...
Dah gituh,nak elakkan perang,bila time kerja,aku assigned mereka dua (joana dgn Jena ) tuh task yang berlainan...kira nya aku ni UN la...peace no war gituh.
Kalau di biarkan,boleh tarik tarik rambut tuhhh...
Brahim pulak,sabarrrrr gila melayan.Hohhhh...

kdg aku berWatsApp dgn Liza kat Rusia,telling her how I missed her.....

Monday, August 19, 2013

Culture come first before religion??


Life overall are good ,but I might be lying to you to say that its perfect...
....Everyday,I go to office in the morning,and for the past 2 weeks,afternoon would be normally spent in the beach...I never been to beach as much as I am now.The city I live now are near to beach ( shaatiq-in Arabic) ,near to the river too.So almost everyday,after work,we will go to the beach,for swimming, or sometimes just sitting around and relax.Kadang petang pergi beach,and malam pergi lagi.Tapi yang tak syioknya,muka aku dah gelap itam legam..kalau kat Malaysia,macam buang tebiat aja kau pergi ke pantai tengah panas meladungg gituh.Tidak akan ku buat..Gila aja ..herghh.Tiap kali pergi,aku sewa payung pantai tuhh....nak jugak shade ok...terbakar I karangggg....

Biasanya,sebelum aku habis kelas,si Mohsein dah tunggu.Dengan kereta dia lah kami redah segala ceruk Rabat, Sale dan bandar berhampiran,seperti Temara.Kereta dia lasak.Peugeot Kanggoo.Aku suruh dia beri nama pada kereta dia,dia namakan Ismerelda.
Dia ni bekerja sebagai pemandu taxi dan sudah berkahwin.Kami tak pernah nampak pon isteri dia…okkkkkkkkkkkkkkkkkkk…we will speak more about this laterrrr..

Dia kerja bawak taxi dari pukul 5 pagi sampai 12 tengahari sahaja.Selain dari waktu itu,taxinya di bawa oleh pemandu taxi lain.Ada 3 shift gituk.5pagi-12 tengahari, 12 tengahari -7 malam, dan 7-malam hingga lewat lagi.Speaking about kerajinan lah kannnnnnnnnnnnnn,kalau negara kita ada 2 shift aja..kat sini almost everything,kalau kau boleh pendekkan waktunya,akan di pendekkan!(aku agak jer nih,dari apa yang aku nampak)..termasuk lah bulan puasa.Nak bagi waktu puasa tidak terlalu panjang,masa di cepatkan satu jam!( I think I tald you bout this right?yang sampai Miki terlepas kapal terbang dia tuh kan)…
How convenient is that ?
Seriously ,susah untuk aku faham lahhhhh…hmmm…
OK,now lets talk about serious stuff.
Wlwpun aku cakap life kat sini bagus,tapi banyak benda yang kadang-kadang aku tak akan faham ,atau tercapai dek akal.Walaupun sekilas pandang Morocco adalah African Muslim country yang modern dan sedang membangun ( I hope!),tapi ada satu benda yang masih tebal dan pekat di sisi mereka,iaitu adat ( culture).Dulu,aku tak faham, bila kawan aku si MB ( Mhamed Besar) bagi tau aku,antara aku dan dia ,adat kami terlalu berbeza..keluarga dia,katanya nya sangat  traditional dan conservative..Pasal nikah kawen,calon isteri etc,emak dia,atau keluarga dia yang tentukan.Full stop.Tak ada tapi-tapi.Dan tiada istilah girlfriend boyfriend of course.Kalau suka,terus suruh mak pak pinangkan...(NO.The don't do it because of religion say no.Its culture...Namun begitu,ramai jugak warga Morocco ,terutama lelaki,yang berkahwin dengan orang luar,terutama dari Eropah...errrr..ada org cakap,sbb kat Morocco ni unemployment rate sangat tinggi,jadi mereka berkelana ke luar negara..dan ada jugak yg cakap,hmmmmmmmm..mereka ni suka kan perempuan luar,untuk dapatkan visa.Wallah hu'aklam.)
Masa MB cakap budaya kami sgt berbeza,bagi aku,ketika itu,of course perbezaan budaya wujud bagi setiap individu yang datang dari berlainan negara dan latar belakang.Dan masing-masing kena respect masing-masing punya budaya.How naïve I was lah..at that time …

Now,that I live with a Moroccan family,I am getting first hand experience,of what he really meant exactly with that,because MB has never told me about this,dan dia memang tidak banyak cakap...Maybe its too complicated for outsider like me to understand,atau sememangnya tiada apa-apa perhubungan yang di harapkan antara kami.
Aku beri contoh di sini..AKu, Liza( Rusian girl yang kerja sama aku tuh,yg kuat bangkong,kalau aku tak gegar katil dia ,tak bangunlah ia.Dan selalu jugak datang kerja lewat satu jam,padahal office kat tingkat bawah jer!Dah last-last dia kat sini,nama dia dah bertukar, dari Liza jadik Lazy.Opsss!!Now that she has gone back to Rusia ( semalam),I missed her lah pulak..I missed her so much,my life here are so different without here…..So,aku Liza, Ibrahim dan Muhsein kan setiap hari keluar sama-sama..pergi pantai,pergi medina untuk shopping,atau lepak kat café.Keluarga Ibrahim of course kenal Mohsein,teman baik si Ibrahim lah katakan.Mohsein ni selalunya pick up kitorang around lunch hour.One thing..aku hairan,kenapa Mohsein tidak makan sekali dengan kami,wlwpon selalunya dia datang lepak atau sembang di office kami  sebelom lunch.Bila lunch aja,dia hilangkan diri( iaitu balik rumah),then tak sampai sejam,datang semula,sbb memang dah plan nak keluar..pada aku,apa salah nya sesekali Mohsein makan jer kat sini..katanya bini pon takde di rumah eh?
..Rupa-rupanya,adat disini ni begini…keluarga Ibrahim tahu yang Mohsein ni dah kahwin,jadi ,untuk Mohsein datang masuk ke dalam rumah Ibrahim tanpa isterinya,adalah satu “dosa”.Tak boleh.Tidak boleh diterima.Dan begitu jugak sebaliknya.Ibrahim ni belom kawen,bujang..Untuk Ibrahim bertandang ke rumah Mohsein saja-saja,seorang diri ,juga tidak boleh di terima..Aku mula-mula kerut dahi dengar bebenda nih.Dah gituh,bawak jerlah isteri kau ,hang out dengan kitorang sama..aku dan Liza dying to know his wife ok.Mohsein ni handsome,dan character dia memang di senangi wanita.So,kitorang nak sangat tahu wanita rupa cemana tuh yang dah Berjaya mencuri hati dia.Kitorang takde hal.Dan aku pelik jugak sbb Mohsein ni belajar tinggi(dia kerja mcm2x sebelom kerja bawak taxi,tapi tak suka di arah-arah boss,so dia nak kerja sendiri...kdg dia ambil stock barang dari Marjane dan jual pada peruncit)...Berulang-kali liza cakap,bawak jer wife kau hang out dgn kami..Tapi,again,in their culture,hubungan social di luar dan rumah tangga adalah perkara asing.Lagi satu,lelaki boleh lepak di luar ke café ,melanguk lah berjam-jam pon,its ok.You should see hows th cafe are FULL with men..Tapi tidak untuk wanita.Terutamanya yang bersuami.Aku macam…hmm..bukan ker,kalau kau  dah berkahwin ker,atau tidak berkahwin ker,kau tentu ada kawan-kawan.Mesti nak jumpa-jumpa ..Tapi kat sini banyak sangat benda yang kalau lelaki buat tak apa,tapi perempuan tak boleh.Kalau perempuan tu buat jugak,akan di anggap perempuan itu tidak bermoral,atau rendah akhlak.Liza Tanya,habis tuh,kalau tahun depan kau kawin(contohnya laaa),adakah kami ni masih kawan kau?Kalau kami berada di Morocco,boleh kita keluar minum the?Ibrahim cakap, NO.Tak boleh.Okkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Liza tanya lagi , “Ibrahim, kau kalau carik bini,mesti yang virgin aja?”.Si Ibrahim jawab gini,kalau perempuan yang dia nak kahwin tu orang dari negara luar ( minah saleh laaa,Spanish ka..American kaa),kalau tak virgin takpe,dia okay,sebab benda tak virgin ni normal bagi non-muslim, dan keluarga/komuniti dia boleh accept perkara ini.Tapi kalau perempuan itu Maghribiyah ( Moroccan woman),dia tidak boleh terima.Sebab,komuniti dia akan kecam dan tidak boleh accept benda ini langsung.POINTNYA-APA PANDANGAN MASYARAKAT, Aku berkeras tanya lagi,”you,as a human,can u accept kalau perempuan tu tak virgin,forget about your naitionality,forget,about the girl nationality”.Again,Ibrahim cakap,my answer still the same,now that I am Moroccan,I still have to divide IF the girl is Moroccan or not.
Aku cakap..”ehhh..discriminasi nnya.Sekali dengar,kau macam one confuse man,who do not know what you wants.Cakap-cakap orang keliling lebih penting untuk tentukan what you wants,including your life.”We were in a discussion mode ,so takdelah dia cili mulot aku ketika itu.HAHA.Boleh pulak,kalau orang tuh non-morocco,kau accept dia,kalau Moroccan,tak boleh?
So,kau bayangkan,they all ni alim lah sangat,tak melanggar hukum agama?Iyerlah tuuu….
The more I live with them,the more I could see, things here are going this way, CULTURE come first  before RELIGION.Banyakkkkk benda yang religion (islam)kata tak boleh,dia buattttt jugakkkk,dan banyak jugak benda yang agama suruh,tak pulak dia buat.Tapi ,when comes into culture,gawdddddd….they will strictly follow dan tiada toleransi.SERIOUSLY.
Satu lagi,mereka ni ikut Sunni,macam kita,tapi bab nikah kahwin lain pulak.Kalau lelaki Morocco nak kahwin perempuan luar yang bukan islam ( pompuan dari France ka..US ka..Europe memana kaa),perempuan itu tak perlu convert into Islam.TAPI,kalau perempuan Morocco nak kahwin jejaka luar dari dari negara mereka dan non-muslim,lelaki itu kena masuk Islam.What kind of rule is that??Aku tak tinggi ilmu agama,tapi aku jugak tak faham dengan rule ini.
A convenient rule for man huh???...

What a confuse world.Bagi aku lah.Lain orang lain pendapat.Si Ibrahim,abang-abang dia kan kawen pompuan luar,aku tengok elok jer si Sandri( French woman who married to a Moroccan man, Ibrahim Brother )pakai skirt pendek hari-hari.Hisap roko kemain laagi..Takde bangunan roboh ke apa pon,wlwlpon dia hari hari melepak di rumah Ibrahim ketika ini(mereka bercuti sebulan,minggu depan balik France semula).Dan elok jer dia smoking kat roof top dengan laki dia si Abang Ibrahim tuh..bahagia jer.Cuba kalau perempuan Morocco buat gitu?Cuba kalau adik perempuan Brahim si Maryam tuh yang merokok?mungkin dah roboh lah rumah itu ,dan homeless lah aku ketika ini kan....HAHHA…Ok,aku ni tak merokok,tak minum,dan ramai aja kawan aku yang muslim kat Malaysian nun tuh merokok,minum,tapi aku taklah label mereka as slut ke apa.Aku jugak bukan lah liberal yang halalkan bebenda gitu,tapi ,anyhow,kau dah besar,its your choice,I am still your friend,I am still going out with you,kau respect pilihan aku,dan aku respect pilihan kau.Kubur lain-lain lah senang cakap.So,kalau kau tidak berpura-pura,aku OK jer..whatever suit you kan.

Tapi kat sini,wlwpon,mereka melabelkan perempuan begitu slut dan sebaganinya,ianya dalah sebab culture,bukan sebab ianya di larang agama.Dengan pandangan keras maasyarakat terhadap perkara sebegini,kau ingat dia 100% patuh arahan agama?Aku hampir nak sepak si Mohsein that day ,bila rupanya,dia diam-diam dengan Liza dan Ibrahim merancang nak pergi minum vodka dan makan “plant” keif..DRUGS...Siap nak bermalam di Bandar lainnnn lain sebab takut bini dia tahu,dan aku,without knowing this plan,was in the car with them.Kemain lagi semalam cakap ,Ohhh..I am a good man now..I left all this many years ago,now aku kawen,takde buat bebenda gini..si Ibrahim pulak kemain cakap ,aku dah tinggalkan kif/minum sejak 10 tahun lalu..now no more..dan hari ini,lainnnnnnnnnnnnnnn pulak.I have no qualm,no issue if you wants to do that,but if today you say A dan esok kau buat B,lusa???entah-entah kau bunuh aku tak?seriously,I don’t know what is real in you...And I don’t have to wait few months to know the other side of you.Macam lagu Adelle tuuuuu…


 I never know ,never know the other side of you
Whatever you said they were never true ,never true..


Wahhhh…bila masyarakat memandang rendah pada sesuatu,walaupon melibat pilihan hidop,kau patuh.Perintah Allah (yang 99% community nya dalah islam),kau tak oleh patuh.Bila dia senyum-senyum beli Vodka dan merancang nak pi minum ,tak nak balik rumah sebab takut family memasing tahu, ,kau tak rasa nak sepak????
What a confuseeeeeeeeeeeee world.
I know,kat Malaysia pon ramai orang begini,tapi,biasanya,orang yang tak kisah bebenda gini,bab culture pon dia langgar.Haha.Dan dia punya darjah kepura-puraan tuh taklah tahap extreme???entahhh..susah aku nak ckp atau terangkan,tapi culture di sini,cukop tebal.Nak buat apa pon mesti pikir culture duluuuu...

But, I know, kita berada di negara ,dengar ajalah apa mereka cakap.Aku angguk aja,walaupon kdg ianya tiada logic akal.Ada a few guys tanya aku pasal marriage berlainan agama.Jawapan aku senang aja.Kau kahwin sesame agama pon ,akan ada masalah.Life is not all rossie all the time yeah?Ini kan lagi kau laki bini berlainan agama.Then anak kau pulak?Tak confuse nak ikut mana?Contoh paling senang,bila bini kau tetiba nak makan pork for dinner,dan kau pulak islam,tak boleh makan pork.Sehari dua boleh lah kau kata “we must respect each other ,today we go to a resto serve pork, tomorrow she have to follow me,to a halal resto”..yeah right…life is not always rossie..sampai bila kau boleh tolerate..itu baru benda simple..belum benda lain lagi yang kena tentukan/buat ikut akidah ke apa..karang anak lahir,kau nak baptist kan ke?or the baby born muslim?Atau tak perlu decide apa-apa dulu?mentara nak tunggu umur 18,budak tuh confuse dowhhh..boleh makan apa sahaja?or satgi mak dia kata,ohh nooooo kids,don't eat pork,and esoknya,bapak dia pulak bagi makan pork(or any un-halal food)...
Bagi aku,benda-benda confuse gini,tak perlulah in my life…kau cakap jer,alaaa..anak tuh nanti dah umur 18 boleh memilih…ha yerlahhhh,…kau tengok lah nanti..what kind of problem,issue yang akan timbul,sebelom she/he even jejak 10 tahun.. Enough about that..


OK,ada few more things aku nak highlite di sini...sat nooooooooooo...
panggilan makan....wakha!

Btw,I made henna few days back,on my hand.
**si minah rusia ni,siap berangan nak buat kat badan bagai?..ahhaha..tapi tak jadik,sbb ramai plak jejantanzz bertandang.Ko gilaa nak selak bajuu kat sini...???
Bodohhh ah aku,patut buat belakang tangan jer...tapak tangan bagai takyah buat...ni semuaaaaa kami buat.mula mula excited but now....seram aku melihat tangan ku ketika ini.Dah jadi macam aku ada sakit kulit.SERAM..aAwwwww...kowie cakap macam kena radiasi ..pfttttttttttttttttttttttttttttt. 

***mungkin korang tak faham,apa yang aku cuba sampaikan..you have to live with them to understand this really... 

Saturday, August 17, 2013

Life here..I am still alive !


I am Tangier ( or Tanjah, in Arabic) now for a weekend.And when Sunday comes,goshhhh…tomorrow is Monday!?
Erghhhh..I thought I won’t have Monday blues here.Erk.Tapi esok kerja.Dang!
Lets talk about the life over here then..

Oh,before that,I didn't expected the 1st class ticket to Tangier ( Train that is!),was sold out.So end up I am buying a second class ticket ,which means,no seat number ,and NO SEAT actually.The same experience ,when I was going to Marrakech last week..But this time,instead cramped up in between seat/aisle in 2nd class with no aircond ,and between ketibus..,I am a bit clever yeah!I board 1st class coach,and standing at their corridor.(The 1st class coach has cabin,so outside the cabin,there is corridor.Aman hidop.Tapi very de sangat melukut di tepi gantang feeling,dan very de bangla youuuu..org dlm cabin sesedap duduk,kita macam melukut sgtlahh...pelarian???Aku bayangkan aku akan berdiri /duduk/cangkung/melunjur atas lantai selama 5 jam tuh,tapi ada insan baik hati,after few hours,one guy came out from the cabin and he offer me his seat( his family is in that cabin too)..legaaaaaaaaaaaaa...terus aku TERtidor..dan aku ingatkan aku dah kat Spain dahh...bila terjaga,aku tak tahu aku di mana dah..haha.
**Tangier is located in North Morocco,and you can take Ferry to Spain from there.Very very near loh...I will do another posting for Tangier trip,IF i am rajin..IFFFFF....
Its amazing!!!!!!The coast,remind me the coastal view in Possitano,Amalfi etc (Italy) I had when I took a bus ride there...

OK...now..work..

Work
Overall,its good.But to be honest,I don’t really achieve what I wanted to do here.Student come late to class seems normal.Student do no turned up to class looks normal.Student turn up at the last 30 minutes  of the class are normal too.The local teacher would only say “ its Eid”, or “its summer”………..So,kadang-kadang isi kelas tuh Cuma 2 orang.Kadang-kadang 20 orang.Dan kalau hari ini dah ajar about something,esoknya nak sambung lesson seterusnya dah susah.Sebab, ramai tak dating semalam,so kena repeat lagi,which to me sangatlah tak productive.Kadang angin jer aku rasa,but that’s how things are run here.Buat kerja sikit pon sudah “ahhh..we work a LOT today”.Si Ibrahim lah tuh kan!AKu macam..”errr…we only do 2 hours lesson today”.But,that’s life here.Thngs a running very slow,at their own phase, sukatik time bila.Bila planning something,memang aku tak expect anything out of it.Time management?planning?What is thatttt mannnnn?True,I saw some ambitious person in the organizations,who has travelled the world, and come back to Morocco trying to do something good for the nations.But all you can see,she could only dream ( sometimes, or most of the times),because the rest of the people are not with her.They are not in the same page,so whatever planning she made,hmmmmm…macam masuk longkang aja.And during the meeting that day,we discussed about what happen to Moroccan nowadays,especially the MEN .
“What happen to the man here??No job, lazy etc”, to which my colleague from Algeria added “ its not an issue that common in Morocco only,but also in his country ,and to which another  American colleague has added.. “ In the University,you can see, about 70% of student are women,specially in medical school etc..Haaaa….familiar?Aku rasa, di Malaysia pon sama keadaannya.Mereka suruh aku share tentang pendidikan di Malaysia.Panjang aku terangkan termasuklah, selain university ,kerajaan banyak jugak membina technical school.Ianya bagi memberi persediaan kepada mereka yang tidak ke universiti,sebelum masuk ke pasaran kerja dari segi skill etc,atau apa sahaja yang mereka minati.
Dalam kelas yang aku mengajar sekarang ni ,bagi umur 12-17 tahun,perempuan ramai.Student lelaki ada 2,3 orang jer,itu pon memang selalu lah tak datang.Bagi kelas 3-7 tahun pulak, mostly budak lelaki,budak perempuannya cuma 2-3 orang.Kenapa begitu yer?Bila dah besar,orang perempuan lebih ambitious??Tapi kalau kau bergaul dengan orang tempatan,kebanyakkan isteri mereka tidak bekerja.Yang lelaki,wlwpon macam-macam diploma, degree mereka ada,kebananyakkan nya pon tidak mempunyi pekerjaan yang baik..Peluang pekerjaan amat tipis di sini.Adik-beradik lelaki Ibrahim,semua kerja di luar negara.Di France Germany.Adik-beradik Ezdin, semua bekerja di Sepanyol.Muka abang dia yang aku jumpa tu pon dah Sepanyol dah laaaa gayanyaaa.Kelebihan mereka ni semua adalah multi lingual.Paling korok pon,mesti fasih Arabic,French.Dan ramai jugak yang berbahasa Sepanyol,Italy ,English of course.Tapi hakikatnya,jika mereka hanya duduk dan tinggal di Morocco,ianya tidak lah memberi kelebihan apa-apa,melainkan kalau kau kerja dalam bidang pelancongan,atau yang berkaitan dengannya.Yang perempuan pulak,kebanyakkan memang duduk di dapur sahaja.OOOOKKKkkkk…speaking about this……I have much interesting topic that I wanted to write…stay tune.

Ehhh..melalut panjang ek,walhal nak cakap pasal kerja aku kat sini jer.Aku kerja dari Isnin-Khamis.Jumaat , Sabtu dan Ahad,serta cuti umum aku cuti.Cuaca amat panas sekarang.Kalau tengahari duduk dalam rumah, macam duduk dalam oven…Pasrahhh youuu..Bilalah musim panas ini akan berlalu..end of September agaknya.Aku kira nasib baik jugaklah duduk di Sale-Rabat.Dekat dengan pantai.So darjah suhu kepanasan masih terkawal.taklah sampai 40 darjah ( I think larr..)..kdang 38 darjah gituk.Kalau kau duduk di Marrakech,Fes yang jauh dari laut,errr..masakkkkkkkkk kauuuu…..almost 50 degree..

Sunday, August 11, 2013

Home Sweet Home..and start working again..

Arrived back in Rabat - Sale around 5.30PM.

Now preparing a lesson for tomorrow.

Susah jugak jadik cikgu ni.Kena creative...

That day,we made a trip to Marjane ( I love Marjane!) ,and we bought some materials for the student...things like water colors, brushes,kertas lukisan etc....

Learning centres lain relax jer ajar student creative work ,pakai macaroni,sambungkan pakai benang,buat necklace.Sukaaa sangat bebudak..dan Brahim dah ckp OK pon...Then color the necklace.TAPI..budak Rusia ni mati-mati taknak,sbb dia ckp we shouldn't play with food.Tak flexible langsung..Bila tanya,ada tak idea nak buat benda lain?Some creative work,art lesson...jawapan dia "I have no idea"..dan kerjanya asyik ber chatting 24 jam dgn BF dia back home in Rusia.Ko geram tak??? Aku seriously menyampah kadang-kadang.Idea oranh semua cantas,tapi kau sendiri tak nak berfikir...WTFFFfff sgt .
Lepas tuh idea bodoh jalan singkat dia..lets just have fun..,ok tak kisah,baguslah...tapi dia ,nak ajar budak tuh menari dan nyanyi lagu Hips don't lie -Shakira...padahal dia sendiri tak reti nak nyanyi,for me, memang lah boleh suruh youtube tuh nyanyi,but takkan ko tak nak buat demo dan phrase kan line by line to the student?dan the video clip tuh kemain lah ala-ala bogel jer..dan budak-budak tuh semua innocent looking jer..
..tak faham aku?Dah tuh pulak,non of us speak Arabic properly,laaagi kau nak ajar student vocab advance?Bila budak tanya "teacher, what is the meaning of Hips don't lie?",boleh ko explain???????!!!.Kaloo dah nak sangat buat,kau print lah ,dan fikir camne nak explain instead  of chattinggg jer.....Dia cakap tak tauu maknanya apa,apatah laagi nak exxplain.....kalau nak FUN pon ko kenalah fikir benda tuh feasible ker tak???badigol.
Like hello...budak budak ni,vocab macam fork,spoon ,plate pon belum lepas.....
Susahlah nak kerja dengan si pemalas?
Aku dok lah google bagai etc,dia takde pon nak contribute idea bernas...
Arghhhh.......
Now,tengah dia dok sedapppppp tidor (kalo aku tak gegar katil,tak bangun dia..hehari bangun lewatt),aku dah bersiap nak pergi kerja,sambil dok buat lesson plan..kalo ko tak nak setuju..suka kau lah...malas aku nak layan..

Saturday, August 10, 2013

Pukul berapa datok Harimau??? Dan Angin Panas Kota Marrakech...

Nota : 
Terperanjat aku pagi ni bila bangun dan bersiap nak ke stesen keretapi.Aku dan Liza nak ke Casablanca dan Marrakech.Aku dah cakap to Liza dan Brahim,kita mesti keluar at 8AM.So 8AM aku dah tecongok kat ruang tamu.Ti-ba-ti-ba.....

"Now is NOT 8.00 AM,but 9.00 AM ",kata si Brahim.

Aku : hah?????
Liza:?????????????????

"Starting today,Morocco faster 1 hour " kata Brahim,sambil tangan dia capai jam dinding tepi dia,dan pusingkan cepat satu jam.

Ha?????? day light saving kah?kalau day light saving,tentuu ianya make-known to everyone.Tapi tidak yer..sebab,errrr...a few incident depan mata aku..

1. Tour guide kat Masjid Hassan Casablanca confuse dengan waktu kerja dia,dan telah lewat ke tempat kerja..dia cakap "I don't know bout this".

2.HAHAHA..si Miki,telah tertinggal flight dia ,or rather flight telah tinggalkan dia,sebab datang airport salah timing.Can't blame on him,sebab no one knows eh....So,dia masih tersadai kat Sale ni haaaa...gigih jer tadi dia cari flight murah,sbb dia nak ke France.Bengkekkkk jer diaa.

katanya,masa puasa,waktu di cepatkan sejam,sebab nak pendekkan waktu berpuasa ..boleh eh gitu??.Then now ,after bulan puasa ,di kembalikan waktu normal...tapi kenapa on 2nd Syawal eh?not 1st syawal?

Lepas ikut Liza pergi tour ,kami rushing ker Gare Casa Voyager,nak beli ticket ke Marrakech.Merasa lah aku potong queue..I know kejiiii..tapi menggigil aku wehhh,keretapi jalan pukol 2.50 ptg...2.45 aku masih queue dgn orang yg ramai tu,untuk dapatkan ticket.Ticket 1st class habis!!!!Tinggal lah 2nd class,yang takde jaminan seat dpt atau tidak,di mana akhirnya ,perjalanan 5 jam tuh, dalam 2 jam aku terpaksa berdiri.Berbondongan rupanya orang ramai sbb cuti raya kan dan musim panas ni pelancong pon ramai.Alhamdullilah,ada satu perempuan tuh suruh aku duduk,dan dia suruh anak dia duduk dengan nenek dia,pangku.Aku menolak ,tapi dah dia paksa,aku pon duduk jerlah.Errr..aku nampak macam pregnant women kah??errrr......
Coach tuh takde aircond rupanya...makin ke selatan,cuaca makin panas.Merasalah ,bila dah sampai Marrakech,kau dah jadi macam baked chicken...seriously.HAzabb gilaaaaaaa panassss........

Dan...cuaca di Marrakech..

NO JOKE MAN!!

48 darjah celsius !!!!!!!!at 7.00 PM !!!!!no jokeeeeeeeeeee.

Kalau tengahari ,tak mendidih ?

Bila angin lalu jer,macam bahang dari api datang menyapa pipi.Serious panas.
Pengalaman pertama dalam hidop aku OKKkk!
SO the first thing I did when I arrived in Marrakech station was..I head straight to Mac Donald,first, to feel the arcond, secondly ,order coca cola Grande,besarrrr punyaaaa.....yang aku sedut tak sampai 5 minit semuanya dah masuk kat tekak aku..

SRRRrrrrroooottttttttt!!!!

ARRGGhhhhhhh,,,legaaaaaaaaaaaaa...............

Hingga ke titisan terakhir aku sedut.

Then, sampai hotel,dah bayangkan aircond sejuk ni...tapi,(hidop ini,selalu ada aja TAPI nya kan???why??oh whyyy???),si Adil ,mgr hotel tuh kasik aku bilik berkipas.Janji palsu pelesuuuu sangat..aku call dia sbb aku kenal dia,pernah duduk hotel dia tahun lepas,then punya lah " i give you good price bla blalablaaaaaaa,with aircond ,blablablaaaaaa.." nan-hado " aircond nya.Patut rega murahhh.chet
Kalo aku tau,aku amik hotel lain.Dia ckp,hari ni customer ramai ( yg order dari booking.com)  ,yg order dari website,kalo takde aircond akan komplen besarrrrr....

Wahhh..dia tak tahu ker aku ni laaaagi komplem besar??? wahahaha...jaga kooo....

Untuk balik ke Kota Rabat,terusssssssssssss aku beli ticket in advance 1st class youuuu...mulanya dia kata dah habis,tup tup ada coach tambahan masa aku nak berlalu pergi.Alhamdullilah.Kalau tak well done baked chicken lah aku jadinya sekali lagi.Masakkkkk..............


Friday, August 9, 2013

Happy Eid dari Al-Maghrib

Happy Eid Fitr...

Berlalu sudah Ramadan.Bagi aku,pengalaman berpuasa di Al-Maghrib adalah baru (again,bagi yang tidak tahu ..Al-Maghrib = Morocco).Dari segi ibadah,tiada beza.Cuma tuh lah,mereka ada routine "life style" berbeza time bulan Ramadan.Ramai tidur selepas sahur ( suhoor),dan macam yang aku cakap dulu waktu malam selepas berbuka sampai 2-3 pagi "berpesta".Tempat tinggal aku di Sale-Rabat ni tak jauh dari laut,memang kerja nya pergi laut sokmo.
Ops..dah melalut...

Raya...yer Raya...
Oleh kerna aku dah beritahu malam sebelumnya yang aku nak ikut sembahyang raya,Umi Fatimah ketuk pintu bilik aku pepagi.
Iaitu 5.30 AM!!! Cecepat aku mandi dan bersiap pakai jyalabah,jubah hok aku beli kat Dubai dulu tuhh..berguna jugak.Dan pukul 6 pagi bergerak ke masjid.Excited gitu kan.kami bergerak 3 orang ,Umi,Wa'il dan aku.Wa'il tuh Anak si Khadijah..alaaa..khadijah yang suka pakai make-up tebal 24 jam tuhh..Kalah Cek Ta!! 24 jam tegak jer maskara dia...Masing2 bawak sejadah.Sampai destinasi aku dok tertanya,mana masjidnya..sebab di hadapan aku adalah padang bola yang sangat luas...iyer...padang bola tanah dan berabuk bagai takde rumput tuuuuuuu......rupanya itulah ¨masjidnya"...Dah ada 3 saf masa kami sampai tu..Tertanya tanya jugak kenapa sembahyang kat situ,sebab kat sana masjid banyak gila..rupanya by 7.30AM,masyallah,ramai nya umat manusia yang datang.Satu pemandangan yang syahdu kalau kau tengok.Pendek kata,yang tua ,muda,kanak-kanak,lelaki,perempuan ramaiiii gila.Baik bahagian perempuan,baik bahagian lelaki,penuhhhhh.Yang capek datang bertongkat,yang berangkut,yang sihat walafiat,yang datang berpimpin papah..semuanya ada..yg lelaki kebanyakkan berjubah putih,yang perempuan pulak masa ni lah mereka melaram dengan jubah /baju baru.Sembahyang pakai baju tuh jugak takde telekung.So,colourfull ya amat lah saf perempuan.Kalau tengok dari atas tentu menarik.Ada "petugas" yang monitor untuk rapatkan saf.Dok cek suruh rapatkan,dan ada "pegawai" tukang bawak air masak kehulur hilir dengan cawan,bagi minum pada yang kehausan.Tak kurang jugak yang bawak bangku kecik,untuk sembahyang duduk sbb masalah kesihatan.Pendek kata,penuh.Sejadah tuh main bentang jer atas tanah.Umi pegang tangan aku kuat-kuat masa jalan ,takut aku hilang.Berlanggaran jugak lah masa jalan tuh.Merasa lah kau membayangkan keadaan di padang mashar kelak :-) di masa itu.Sayu dah syahdu rasanya,melihat betapa bersatu nya mereka ini,tak kisah kotor debu bagai...rasa nak menitik air mata pon ada ( well,partly terbayang hidangan ketupat rendang lodeh bagai nan-hado!)...bergema padang tu.Adalah micropon dan speaker di sediakan.Memang beribu-ribu lah orang ..Sayu aku si Umi ni,dia bentangkan sejadah dia melintang( nak share dengan aku I thought),so aku bagi tahu,saya pon bawak sejadah,so Umi bentang jerlah menegak.Rupanya, dia suruh bentang sejadah aku atas sejadah dia,,sebab takut sejadah aku kotor kena tanah.Nak nangis rasa dgn kebaikkannya.So,aku cakap,takper Umi,saya tak kisah ,kotor pon takper..
**Errr..perbualan di atas berlaku hanya dengan bahasa isyarat sahaja,sebab bahasa ayam itik pon cannot go.*** ngeeeeeeeeeeee.

Habis sembahyang,ada khutbah raya.Semua bangun dari sejadah, dan berkumpul ke depan..bertolak-tolak bagai.Sabor jer lah.si Umi memang pegang erat tangan aku.Honestly,kalau hilang aku dari Umi,memang enggak tahu jalan pulang dong.Nangis lah aku mengongoi kat situh ek.Khutbah dalam bahsa Arab,aku cuma faham 10% jer ...errr...

Sampai rumah,sarapan..
Dengan pelbagai manisan....kuih raya gituk.
Adalah few photo yang kami ambil beramai-ramai....
Banyak akward moment aja masa makan berkumpul.
Abdul Rahim- english sesikit boleh ( dia speak french + arabic)- dia ni duduk France kan..
Wife Abdul Rahim si Sandria(?),a French women,hanya speak French ,tidak byk cakap..mostly diam sahaja.
Ahmad - english sesikit,and he speaks Arabic + French ,and Dutch ( dok German dia nih).
Liza ,another volunteer yang kerja sama aku,orang Rusia,english fasih
Aku ? Aku speak jowo english sajork..
Dan yang lain-lain only Arabic with French..
Banyak kali masa sahur /meal ,memang senyum-senyum ajalah.Terlalu international isi rumah ni....kalau tak ayam bercakap ayam itik, ganti nya senyum-senyum aja...

Ok, lepas sarapan raya,banyaklah pulak tetamu yang datang.Aku rasa mereka ni pon dah sama aja dgn orang Malaysia,ada aja yang tak pergi berziarah,lebih kan tengok TV,gadget..

Petang,keKota Rabat lagi.....swimming......

Wednesday, August 7, 2013

Jet Ski dan Medina dan bitch..opss beach...

Ok,di kelas 12-17 tahun tu,sekarang di ajar oleh si Miki - Japanese American volunteer.Minggu ni minggu last dia kat sini.So,probably kalau lusa raya,esok last dia mengajar,dan aku kena sambung kelas dia.So,nak bagi senang kerja aku, kena check apa yang dia ajar.Aku semak beberapa student punya buku nota,dan roughly aku tahu apa yang mereka dah belajar ,so aku tak perlu lah nak ulang balik.Kalau ulang pon takat revision.Dan sebab sebelah petang Miki ada class French dengan private tutor dia,aku "ambik -alih " sekejap kelas tu.Bidang terjun.Tanpa persediaan.Bagi mereka belajar a few word.Tuh yang sampaikan ibu negara Australia jadi Sydney.Keji sungguh.
Aku cuba ajar pasal " What is my ambition?Or what I want to be?
Jawapan nya ada 3 jenis aja,dari 12 orang murid.Doctor,teacher,policeman.

Pagi ni pulak aku observe class dia.Join class dia sebagai pembantu.Oleh kerna hari ni "hari last" Miki(esok kalau raya),masak masa di habiskan untuk revision dan conversation class.Ada yang fasih,ada yang pemalu,ada yang pendiam.Budak lelaki seorang jer,itu pon datang lambat.
Di akhir class mereka tulis "love letter" untuk Miki.

Petang,kelas 12-17 tahun takde,so plan Miki nak pergi main jet ski...Aku yang patutnya mengajar budak 3-7 tahun ,telah di jemput join activity nya.Aku malas sebenarnya.Bulan puasa,panas terik,apa jads nak berjetski di sungai Rabat????????
Even so,entah macam mana,around 3PM,  there!!!,I was sitting in the cramped car with 4 boys,termasuk Brahim.Tapi,alhamdullilah,doa aku makbul kot,sampai tempat tuh,rupanya jet ski kat situh adalah private club sahaja.So tak jadiik lerr..penat jampi wehhh..Then ada satu lagi tempat,kat Tamara,jauhhh lah jugak dari Rabat.Tak kuasa iiiiiiii !!!!.Jadik bila ada yang tanya apa plan B ,lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu aku bagi cadangan "Rabat Medina".
Cadangan di terima.
Gembiraaaaaaaa aku.So,berbondongan lah kami ke sana.Wlwlpon medina dia tak grand macam di Fes or Marrakech,jadik ler.....
   Tapi Ibrahim park kereta jauh sehhhh.Balik tuh lembik aku nak menapak ke kereta.Tak beli apa sangat ,takat fruits etc...
Miki ajak kitorang semua pergi swimming malam nih...to which,kami tak join.Dia kata jomlah lepak dengan host family dia etc,volunteers are allowed to socialise after work.Of course.Tapi aku tak tahu kenapa Brahim hesitate nak kasi kami join gang Miki.Aku tak jadi join purely sbb tak kuasa nak menapak ke rumah host family dia yang sebatu dari sini(dia hari -hari pergi balik kerja menapak!).Tak mungkin aku nak ask favour pada Brahim untuk hantarkan.Nehi.
Jadinya,aku text Miki ( idea Liza lah nih!that we have plan line up for us by the host family,so sorry tak boleh nak join).

Malam lepas iftar,gigih mengadap TV,nak tengok pengumumam raya.Laaaaa............tak raya rupanya...lusa baru raya.
Al-kisahhhhh.......bulan tak nampak youuuu...
Tapi ,sudah berduyun watsapps dari teman-teman dah family di Malaysia hantor gambar ketupat rendang ayam masak merah,lodeh  laksa,pasemborrrr,lemang,ayam kari.Keji u ols..buat I telan liur 80 juta kali.Pasrah.

  Gambar korang tengah bersembahyang raya,tak nak pulak ko hantarrr????
 
  Lepas isyak,Ibrahim ajak kami keluar.Plannya nak pergi swimming,tapi last-last,lepas Khadijah ( kakak dia ) drop kan kitorang kat tram station,ke Kota Rabatlah kami.Menikmati pemandangan malam Kota Rabat.Perghh..meriah!! Dan kat depan satu hotel tuh ada riot.Tak tahu hujung pangkal kenapa.

       After couple hours ,dan menapak ke pantai...perghhh..ramainya orang!!!Cool jer kami lepak pantai ,main air dan mendengar deru ombak ( by today, Sungai Rabat,lautan Atlantic di pantai Rabat,dan Tasik Suhul di Rabat dah diorang nih bawak aku jejak kaki.)...
Dah few hours lepak,kami nak pulang.Dan yang HORROR nya,sampai gigi pantai,what a small world lah kan? ..Miki was there,bersama the other 2 boys,dan tanya aku..

    "Whats going on man?".

Tuesday, August 6, 2013

Awak makan apa si comel?????

First day at work

So much talking about my "office " is just downstairs,I was late to work on my FIRST DAY!!Can you imagine??Malu tidak terhinggaaa bila Izha ketuk bilik aku.Dah pukul 10 pagi.You know kan I told you,sahur kami pukol 2 pagi dengan buffet segala, so bila tidur adalah seperti ular sawa mungkin.Dahlah malam sebelum tuh sampai rumah pun dah almost 2AM.Memang aaaaa...
Sepantas kilat aku sarung apa patut.Memang tak mandi.2 mins after that ,there I was.In the "office".
Association ni ada 2 kelas.Later of the day,aku tau yang belah luar ,untuk kelas Bahasa Inggeris umur 12-17 tahun ( around there ),the other class,untuk umur 3-6 tahun ( around that age lah..).Ada 3 staff kat situ.Maryam,Hintz dan Khadijah.Of course kesemuanya enggak bisa bahasa Inggeris.Dengan bahasa arab aku yang sungguhlah limited tuh,aku cuba berkomunikasi.Alah,lebih kurang ayam itik jugak.Mereka sungguh gembira bila tahu aku dari Malaysia dan beragama Islam.Tugas aku adalah untuk assist mereka masa giliran mereka mengajar,dan bila turn aku mengajar pulak,mereka jadi assistant aku.Benda yang diajar adalah Arabic,French dan English.Tapi,bagi aku budak-budak ni kecik sangat kau nak ajar pelbagai bahasa wehhh.So,masa turn aku,aku lebih nak buat art ,creative works,drawing,painting etc atau pon main game di samping belajar tulis ABC atau 123..
Tu diaaaaaaaa,Cikgu Bedah mai mengajaqq..
  Anak murid aku,masyallah....cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangat-sangat,Aku belum ambil gambar sangat.Baru lagi ,so tak nak lah galok amik gambo bagaii.Tapi ccairrrrr nya tengok depa senyum-senyum kat aku.Eiii..geram rasa nak picit nak colek bawak balik jer rasa.
Errr...baru sehari kerja dah fikir nak culik anak orang nehhhhhhh.
  Tengah sedap "mengajar" buat colouring ,tiba-tiba aku tengok si Alaq (budak ni umoq 3 tahun..cute gilaaaaaaa...masa nak balik dia selalu bagi aku sloppy kisss..Awwww...) ni macam tengah makan.Mengunyah sesuatu gitu.Eh!Makan apa pulak dia ni?Mana dia dapat makanan.Kami takde pun bagi student ni makan.Dengan bahasa arab aku yang sangatlah tak memberangsangkan, aku bgtau satu staff(depa ni cikgu,tapi muda-muda) ..

Me: Ya Khadijah, si Alaq ni makan....

Khadijah : Ala, dia 3 tahun,memang tak puasa lagi..

Me : ??? ehhh....of course la..tapi..cuba tgk dalam mulot dia **bercakap pakai sign language aku nih..
         **aku bukan maksudkan kenapa dia tak puasa,aku bimbang kalau dia tah pungut apa benda kat
             lantai,entah haper ke kan dia masuk mulot dia..memang kesedapan aku tengok dia menguyah.

Khadijah : Bukak mulot Alaq!
                  **sambil tangan dia pegang mulot budak tuu

Nak tau apa yang keluar dari mulot dia?

Getah pemadam pensil dan cover dia.Kan kalau pencil yang hujung atas tu ada pemadam,ada satu macam benda yg hold pemadam tuh !

Yarobbiiii...

Boleh ke ,dia makan pencil dia?

Aku sengih sambil tahan ketawa.Si Hintz suruh dia nganga bebesar dan keluarkan semua benda kunyahan dia  dan heret budak kecik tu kebilik air ,basuh mulut...

Monday, August 5, 2013

Long Monday..But I am Happy !

Note: 
Oh yeah,masa aku rasa seperti menyesal datang sini tuh,sebab placement aku macam jauh dan entah di mana celah tah,tiba-tiba aku nampak laptop kat atas sofa tepi dapur.Then aku saja berbahasa basi dgn Izha "eh!laaaptop!"..
Izha ckp.."nak pakai ker?pakailah..sini ada wifi"..

di saat ittewwww,aku menjerit .."HA??!!!!ada wifi???!!!" ...terus semangat aku untuk hidup telah pulih kembali.wakakakakaka.

Malam sebelum tuh,aku dah tanya pada Ibrahim,pukul berapa nak bangun pagi esoknya.Masa tuh dah dalam pukul 11-12 malam gitu,lepas si Liza sampai dari Rusia.Aku ingat perjalanan aku dah jauh,rupanya,dia lagi jauh.Dia cakap,nak dapat tiket murah punya pasal,dari St Petersberg berkereta 5 jam ke Estonia airport,then terbang ke  Riga (Latvia),then terbang ker Paris,dan finally dari situ terbang ke Rabat.Tudiaaaa..Si Brahim ni cakap, pukul 9.30 nak kena ada kat headquaters,so pukul 8.30 nak kena keluar rumah.Ok,ana fahimtu.So,knowing nak kena bangun pagi,sebab nak pergi orientation,dan jugak bangun sahur,aku cuba tidur.Tapi tak boleh lelap.Adehh..rasa panas sangat.Ada kipas pon doesn't help.Kejap aku keluar kat living room,kejap aku masuk bilik.Adesssss......
Bila dah macam ok,lepas macam kucing nak beranak tuh,cuaca mcm dah sejuk ,aku masuk bilik.Baruuu nak lelap,tetiba kena panggil..
  "Nora ! Liza....come here..", si Khadijah panggil.
Aku tengok jam..pukul 2 pagi.So,kenapa yer ?
Keluar jer dari bilik,aku tengok makanan sudah terhidang atas meja,banyak gilaaaa...macam mak kau panggil suruh makan lunch.Tapi ini 2 pagi?Nak kata sahur,awal sangat.Takkan lah kan?
Tapi memang sahur.Macam pesta makanan.Aku fahamlah sahur tu apa,wlwpon masih dalam persoalan,ini lunch buffet ke sahur?Tapi si Liza ,yerlah,dia pon orang Rusia,wlwpon dia faham pasal puasa,dia laaaagi blurrr nak kena makan at that hours.Tradisi orang Morocco,hospitality dia memang tahap tertinggi lah.Kalau orang jawa(aku orang jawa) selalu jenis suka kasik orang makan etc,ini laaagiii tahap tinggi.So,everyday begini keadaan.Mereka takkan biarkan orang lapar,seboleh mungkin nak bagi selesa,tak nak orang keluar dari rumah mereka/tetamu hungry.Aku sampai tak tahu macam mana nak bagitahu,yang aku ni tak lah makan nyer banyak.Meletop perot.Asyikkk kena suruh makannnnnn jer kauuuu.Memang tak terhabisssssss...Alhamdullilah.
  Then dalam kekenyangan,tidur.Bangun macam biasa,dan keluar rumah pukuk 8.30AM,dan waktu itu singgah"sekolah" yang aku nak kena mengajar.Laaaa....kat tingkat bawah jer..so,"office" aku kat 2 floor bawah ni jer.Dan masa tu baru aku tahu,sekolah ni di punyai oleh Ibrahim sendiri,yang ditubuhkan setengah tahun lalu,di bantu dari segi kewangan oleh abang-abangnya.
Masyallah,mulianya hati mereka ini,cuab membenteras buta huruf,dan menjadikan pendidikan accesible di kejiranannya.
   Kami nak taxi ke station tram.Laaaa....kat Sale ni ada Tram rupanya.Kelezzz kauuuu.Tapi memang kena ambil cab nak kesana.Lebih dari 20 stesen nak ke Rabat City center.Journey cab+tram sejam lebih..Then orientation + meeting dgn badan sukarela tuh,dalam 3 jam.Insight about the program etc,meeting others volunteers from other placement,discussion about certain cases and of course meeting some key people,important people,the bosses etc.Masa tuh ,dapatlah tahu masing-masing punya placement bagai..ada sorang tu med student,so dia dpt placement kat hospital etc...gituhlah..ikut kesesswaian.

Pointnya semua orang tinggal dekat sesama mereka berdekatan.Aku dengan Liza telan air liur jerlah menengokkan " ke-best-an " life mereka.
**Tapi now,aku tidak lagi mencemburui.Life I di Sale ( sebutnya SA-LE) lagi happening yeah.Hahah.

Then we were divided in to 2 groups,to venture into Rabat cities.Group aku,dengan Mr Salah,dan later Ibrahim join.Katanya nak ke Medina,tapi naik tram turun di suatu stesen,yang rupanya,sesi melawat monument ,historical site dalam bandar Rabat.Ha??Tengahari buta.Summer.Puasa.A lot of walking.Aku dah lah kureng bab-bab monument ni,tapi layan kan aja.AKu bayangkan pergi medina,dan aku nak shopping sakan.Ngeeeee....jadik lain pulak.Beria si Salah menerang segala,aku dah kehausan.Bebudak lain mana puasa,syok aja depa teguk mineral water.Dah dalam 2 jam berjalan kaki tengah panas ke sana sini,Ibrahim ajak aku dan Liza pergi tempat lain,dan Salah bawak lagi 2 orang ke tempat lain( I know they ols pergi medina lah kan,they live there....)
  Then Ibrahim ajak kami ke pantai( ini part of the lawatan which aku enggak faham dong,esok lusa tak bleh ker,aku haus gilaa...dalam kepala asyik terbayang juice oren dgn ice ketulan timbul-timbul),dengan aku dahlah menggonggong baga laptop yg berat gila...well..we see many beautiful site in the city,beach... ,which later we took a boat tu Sale side ( 2 dirham per-person!Gila murah,penat abang boat tuh mengayuh agaknya)..then walk for hours..We talk a lot,about many things,singgah money changer,spend time in the park lepaskan penat.Then sbb aku nak kenaa beli a few stuff like sabun etc,kami naik tram ke Marjane ( hypermart besar ,ala-ala careforu gituh).Aku nak beli ke kedai runcit jer,tapi dah dia insist nak bawak ke hypermarket besar,layan ajalah.
  Sampai rumah dah almost 6pm.Aku dah penat gila,dah macam kain buruk dah rupanya aku.To which, after mins rest,aku pergi mandi cold shower,legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila.
Afte rthe iftar feast etc, dalam pukol 9,aku tertidor.Tapi tetiba terdengar pintu bilik di ketuk.

"Nora!Liza...! "kedengaran suara memanggil.Aku terjaga.

Aku bangun,si Ibrahim kat luar pintu.Aku tengok jam..9.30PM .

"Yes?".

"Lets go to the beach ".

"Ha?"

"I told you earlier,we go after iftar,we go by car ,my brother will bring us ".

"OK !".

To be honest,I am dying to sleep ,sbb kepenatan,tapi sbb tak tahu nak menolak macam mana,kami ikut jerlah...to which,later,I never regret dapat pergi beach tu....

Then Liza dgn aku bersiap.Then berlima kami ke pantai dalam 20 min drive jugaklah..
Aku,Liza,abang Ibrahim 2 orang dan Ibrahim.
Then young ones ,3 of us ,main air kat pantai.Cuaca agak sejuk..BEST gilaaaaaaaaaaaaa....
Tak menyesal aku ikut.Ahhh..heaven....angin sejuk menderu...aku sukaaaaaaaaaaaaaaa.
Then Ibrahim fe-feeling romentik kah???simbah aku air laut.
Boleh???
Malam buta wehhh..kalau aku basah kuyup,dengan kau kau aku rendam dalam air ni karangg....
Burrrrrr...sejukkk....

Then we all have tea/coffee kat pantai tu....for an hour..
Ramai gila orang kat pantai time tu,ada yang picnic BBQ bagai....memang meriahhhhhhhhhh.

Then we left,and go to ANOTHER cafe which was so happening sbb ada music arab bagai.Penuh gilaaa ramai orangg....after having tea bagai....mata aku dah sayup mengantuk...

Then we left ,balik rumah..dah almost 2 AM.
Tak sedar diri nak kena kerja ni esoknya..tapi office I kat kat tingkat bawah aja?heaven kan????start pukol 10 pulak terrhh....

Then dalam aku nak terlelap..

"Nora!Liza..Come!..Sahurrr".....it was 2.30AM.

BIG FEAST !!

Eat for an hour..(they like to take time to eat )..then aku cuba tidor..

See?Good life tak?