Wednesday, August 7, 2013

Jet Ski dan Medina dan bitch..opss beach...

Ok,di kelas 12-17 tahun tu,sekarang di ajar oleh si Miki - Japanese American volunteer.Minggu ni minggu last dia kat sini.So,probably kalau lusa raya,esok last dia mengajar,dan aku kena sambung kelas dia.So,nak bagi senang kerja aku, kena check apa yang dia ajar.Aku semak beberapa student punya buku nota,dan roughly aku tahu apa yang mereka dah belajar ,so aku tak perlu lah nak ulang balik.Kalau ulang pon takat revision.Dan sebab sebelah petang Miki ada class French dengan private tutor dia,aku "ambik -alih " sekejap kelas tu.Bidang terjun.Tanpa persediaan.Bagi mereka belajar a few word.Tuh yang sampaikan ibu negara Australia jadi Sydney.Keji sungguh.
Aku cuba ajar pasal " What is my ambition?Or what I want to be?
Jawapan nya ada 3 jenis aja,dari 12 orang murid.Doctor,teacher,policeman.

Pagi ni pulak aku observe class dia.Join class dia sebagai pembantu.Oleh kerna hari ni "hari last" Miki(esok kalau raya),masak masa di habiskan untuk revision dan conversation class.Ada yang fasih,ada yang pemalu,ada yang pendiam.Budak lelaki seorang jer,itu pon datang lambat.
Di akhir class mereka tulis "love letter" untuk Miki.

Petang,kelas 12-17 tahun takde,so plan Miki nak pergi main jet ski...Aku yang patutnya mengajar budak 3-7 tahun ,telah di jemput join activity nya.Aku malas sebenarnya.Bulan puasa,panas terik,apa jads nak berjetski di sungai Rabat????????
Even so,entah macam mana,around 3PM,  there!!!,I was sitting in the cramped car with 4 boys,termasuk Brahim.Tapi,alhamdullilah,doa aku makbul kot,sampai tempat tuh,rupanya jet ski kat situh adalah private club sahaja.So tak jadiik lerr..penat jampi wehhh..Then ada satu lagi tempat,kat Tamara,jauhhh lah jugak dari Rabat.Tak kuasa iiiiiiii !!!!.Jadik bila ada yang tanya apa plan B ,lajuuuuuuuuuuuuuuuuuu aku bagi cadangan "Rabat Medina".
Cadangan di terima.
Gembiraaaaaaaa aku.So,berbondongan lah kami ke sana.Wlwlpon medina dia tak grand macam di Fes or Marrakech,jadik ler.....
   Tapi Ibrahim park kereta jauh sehhhh.Balik tuh lembik aku nak menapak ke kereta.Tak beli apa sangat ,takat fruits etc...
Miki ajak kitorang semua pergi swimming malam nih...to which,kami tak join.Dia kata jomlah lepak dengan host family dia etc,volunteers are allowed to socialise after work.Of course.Tapi aku tak tahu kenapa Brahim hesitate nak kasi kami join gang Miki.Aku tak jadi join purely sbb tak kuasa nak menapak ke rumah host family dia yang sebatu dari sini(dia hari -hari pergi balik kerja menapak!).Tak mungkin aku nak ask favour pada Brahim untuk hantarkan.Nehi.
Jadinya,aku text Miki ( idea Liza lah nih!that we have plan line up for us by the host family,so sorry tak boleh nak join).

Malam lepas iftar,gigih mengadap TV,nak tengok pengumumam raya.Laaaaa............tak raya rupanya...lusa baru raya.
Al-kisahhhhh.......bulan tak nampak youuuu...
Tapi ,sudah berduyun watsapps dari teman-teman dah family di Malaysia hantor gambar ketupat rendang ayam masak merah,lodeh  laksa,pasemborrrr,lemang,ayam kari.Keji u ols..buat I telan liur 80 juta kali.Pasrah.

  Gambar korang tengah bersembahyang raya,tak nak pulak ko hantarrr????
 
  Lepas isyak,Ibrahim ajak kami keluar.Plannya nak pergi swimming,tapi last-last,lepas Khadijah ( kakak dia ) drop kan kitorang kat tram station,ke Kota Rabatlah kami.Menikmati pemandangan malam Kota Rabat.Perghh..meriah!! Dan kat depan satu hotel tuh ada riot.Tak tahu hujung pangkal kenapa.

       After couple hours ,dan menapak ke pantai...perghhh..ramainya orang!!!Cool jer kami lepak pantai ,main air dan mendengar deru ombak ( by today, Sungai Rabat,lautan Atlantic di pantai Rabat,dan Tasik Suhul di Rabat dah diorang nih bawak aku jejak kaki.)...
Dah few hours lepak,kami nak pulang.Dan yang HORROR nya,sampai gigi pantai,what a small world lah kan? ..Miki was there,bersama the other 2 boys,dan tanya aku..

    "Whats going on man?".

1 comment:

kucing comot said...

Kantoiiii ngan Miki, lawakks der!
Wei aku tak whatsapp ko rendang bagai ya...