Sunday, August 4, 2013

Rindu Bertamu di Abu Dhabi....kahhhhhhhhhh...

  Meriahnya ruang menunggu untuk connection flight  dan ruang berlepas di lapangan terbang Abu Dhabi,walaupun sudah pukul satu pagi.Maklumlah,memang banyak penerbangan seterusnya berlepas dari sana.Etihad ,katanya adalaha syarikat penerbangan yang sangat berkembang pesat,wlwpun umurnya muda ~dalam 10 tahun gitu?jika di bandingkan dengan syarikat penerbangan gergasi lain.Kata salah seorang pramugaranya yang berbangsa Turki,walaupun Etihad dapat anugerah dari segi customer service ,layanan dan sebangainya,ianya masih belum dapat " The Best Leading Airline",sebab ada kriteria yang masih belum di penuhi,seperti mempunya 140 kapal terbang dan etc.
   Aku malaslah nak berebut-rebut board ke dlam kapal bila di arahkan berbuat demikian.Barisan penumpang yang beratur,panjang sungguh.Jadi aku tunggu saat terakhir.Apa yang nak direbutkan pun kan.Sampai ke tempat duduk aku,38A (kerusia tuh double seat),disebelahnya duduk seorang perempuan berbangsa Arab( aku agak saja dari segi rupa parasnya) yang sibuk memunggah atau mencari sesuatu dari dalam bag tangannya.Menyedari aku berdiri di situ,dia meminta maaf dan segera bangun untuk memberi laluan.Malah dia turut membantu aku yang rendah ni,untuk meletakkan bag aku ke atas compartment di atas kepala.Terima kasih banyak aku ucapkan padanya.Lepas itu,aku duduk maccam biasa.Tapi perempuan itu sibuk mengambil gambarnya sendiri,bukan main laaaagi dia berposing bagai.Haha.Aku rasa sedikit kelakar jugaklah sebab,ada jugak perempuan Arab yang vain,kekkeekkeke.Macam orang kat Malaysia tuh jugak..ekekeke...Sebukkk ambik gambar muka sendiri.Kebetulan kerusi kami ni adalah row last dalam kapal tu.Nak jer aku offer, "meh awak tak payah susah payah nak ambil gambar,mari saya tolong ambil kan, " gituh,tapi idak ler aku buat begitu.Memang style orang sekarang suka ambik gambar sendiri kan?Kan....Ekekekeke.Lepas tuh aku tak ingat apa dah.Kat Malaysia dah lewat pagi,so memang aku ni jenis lelap kong kali kong jer mata aku.Krohhhhhh krohhhhhhh krohhhh...Automatic aja youu...
   Beberapa jam kemudiannya,aku terbangun, dan rasa segar.Lepas makanan di hidang( aku pun tahu kenapa yer,kalau kita duduk dalam kapal terbang,kadang memang kita tahu,waktu itu dah malam buta ,lewat malam, lewat pagi etc, kita masih jugak makan apa yang di hidang).Macam satu tanggungjawab pulak.Kekekek.Tapi yerlah,kalo tak makan,dan rasa lapor,mana nak cekau makanan kat atas awan tuh.Makan jerlah.Laju sungguh jiran aku makan.Lapor agaknya.Aku slow aja,yerlah..kan ke sebelum tuh aku dah balun nasik lemak, mee curry dan cendol?Dan jugak di tambah dgn 2 meal dalam kapal menghala ke Abu Dhabi.Miyahahhaa.Tiba-tiba pramugari yang kehulu kehilir terlanggar tray jiran aku (sbb dia duduk belah aisle ),dan a few things yang terpelanting ka arah aku.Boleh?Lajuuu dia mintak maaf kat aku.Sebab masa aku rasa segar,kami pun mula berbual.Cantik orangnya.Rupanya dia perempuan Maghribi yang sudah beberapa tahun menetap di Dubai dan Abu Dhabi.But she likes Abu Dhabi better ,katanya.Seronok pulak aku berborak dengan dia,dapat berbual dengan perempuan Maghribi yang pandai berbahasa Inggeris dengan fasih.Rupanya,lamaaa dia bekerja di Tangier ( bandar di utara Morocco - you can go to Spain from that town by taking ferry) dalam industri pembuatan.Lama katanya dia bekerja dengan company yang ada kaitan dengan Zara,Topman , Manggo bagai,dan from humble start,dia di naikkan pangkat dan menjawat jawatan yang bagus.Tapi sekarang dia bekerja dalam bidang berbeza ,dalam bidang consultasi /training di Abu Dhabi.Dia menekan kan, bahawa,rezeki kita datang dari Allah dan kita tidak tahu apa kita akan dapat di hari esok.Dia sendiri tidak menyangka,akan bekerja di luar dari negaranya.Dia tahu siapa Dr M , pasal Muslim di Malaysia (ramai orang Maghribi yang aku jumpa ,memuji Muslim dari Malaysia,katanya " I heard Muslim dari Malaysia bagus-bagus dan baik-baik.)
Banyakk kali dan bukan seorang berkata demikian.Aku sebenarnya tak faham kata-kata tuh.Yerlah,ianya datang dari orang Arab,yang beragama islam, dan tinggal di negara yang 99% penduduknya adalah muslim,dan kemana aku pergi pon,aku tengok,orang-orangnya tak kekok bersembahyang dalam keretapi etc..selamba jer..( Sembahyang dgn cara duduk ) ,dan lagi pula banyak tempat yang aku pergi sentiasa kedengaran alunan ayat suci Al-Quran.Dan dari pengamatan aku jugak,ramai yang baca mini quran yang kecik tuh dalam flight,keretapi.jadi bila dia ckp "orang Malaysia adalah Good Muslim",aku don't get it.Sekali tengok,mereka lebih "alim" dari kita.Tapi...dah lama-lama, aku rasa,memang betul jugak apa yang mereka cakap.Well,of course mana ada umat yang sempurna..tapi sekarang ni..dalam certain point,aku aggree jugak dgn kata-kata mereka.Kita dan mereka masing-masing mengikut sunni,tapi dari pengamatan aku,ada benda yang di lakukan berbeza.Contoh,sepetangan semalam aku habiskan masa di Masjid Hassan II ( Grande Hassan Mosque) di Sour Jdid ,Casablanca,Masjid yang terbesar dalam negara dan ke-7 terbesar di dunia..Dalam masjid ni siap ada escalator kooo.Di bina dengan cost $750 million,pakai duit rakyat...di katakan antara grand mosque paling hi-tech.Ada minaret tinggi yang ber-laser point,dan menunjuk ke arah Makkah Al Muqarromah setiap malam..
Orang sini tak sembahyang pakai telekung bagai mcm kita,mereka pakai jubah.Ok jer kan,memudahkan,asalkan tutup aurat.Tapi mostly takde pakai stokin pon,dan kaki depa semua terjulurr jer macam biasa..hmm..kalau kita kaki terjulur surenya dah batal dan kalo tak sengaja,kdg org tolong tutupkan lagi..but again,ilmu agama aku cetek,so aku taklah reti nak bahas lanjut....Kalau aku ada masa aku akan cerita benda lain jugak sedikit sebanyak.Tapi,perasan tak,banyak benda jugak samada di Malaysia atau di negara lain,yang lebih dibuat mengikut adat dari ikut agama..kalau tak buat karang,apa orang akan cakap?Gituh lahhh..
  Kalau you ols nak visit masjid ni,ada tour bagai,itu yang pelancong buatlah.Tapi pukol 10-11 pagi.Pusing keliling nya gituh jer,makan sejam katanya tour tuh.Entahlah,tak pernah aku join pulak.Kita muslim,datang jer waktu solat,ianya di buka dan boleh lah bersolat disana.Aku ingat nak buka puasa kat sana,tapi dah kerna kat tempat aku stay tuh insist suruh aku buka dengan mereka,aku iya kan ajalah.Darinya yang tadi  aku rasa macam,apa nak buka (iftar) yer karang,beli jerlah roti dan air dan mkn di masjid-aku tak cerewet pon(waktu siang mcm padang tekukur jer..tak nampak kedai bukak,so no idea sgt apa nak beli),kepada penuhh satu meja aku mereka kasik aku makan.Ada ikan di goreng tepung 2 ekor,udangg goreng, sotong ring(!!!yum!),roti ,tajin (ala-ala rendang lembu),then kemudiannya di tambah dengan another type of bread,dan of course Harira( bean soup!!I memang suka dish ini,sedappppppppppp ok),siap dgn hidangan teh bagai.Sempot nak habiskan.Itulah,kita jgn mengeluh dgn rezeki Allah,mungkin sekarang perut kita kosong,the next hour rezeki datang berkunjung tiba tidak putus.Segan tak habiskan sbb orang dah kasik.Alhamdullilahhhhh............
.
   Dan oleh kerana kami mempunya minat yang sama,iaitu melancong,maka rancaklah kami berborak.yerlah,perjalanan kan hampir 8 jam.Banyak yang kami saling bercerita dan berbincang.Dia minat sejarah,dan kalau ckp apa-apa,lengkap dgn tahun  bagai ..(ngeeee..gigit jari iiiiiii...ii sejarah fail lohhh).Dia cakap ,"saya suka orang Malaysia,ramai berpelajaran dan faham sejarah ",tersedak aku masa minum ayaq.Hampir tumpah.hehhehe.Taklah aku blur sgt,tapi definetely ,aku tak termasuk golongan itu.Dia even membandingkan era pemerintahan Dr M vs Mobarak di Mesir.Mereka mula memerintah negara masing-masing di tahun yang sama,dan lihatlah di mana Malaysia dan Mesir sekarang.Sungguh berbeza kan?katanya pada aku.Satu aku kagum,ialah,dia ni di lahirkan di satu tempat 700KM away dari Casablanca !!!Jauuhhhh gilaaaaaa.Ni nak balik rumah pon perjalanan di jauh sungguhh lah.Dan kat sempadan Algeria( 14km jer dari Algeria katanya),Wushdah nama tempat tuh(tak pasti ejaan) ,dan the fact dia keluar dari kampung dia,berpendidikan tinggi etc,kagum iiiiii..Sebab,kalau lelaki,ramai lah macam tuh.Tapi sebab dia perempuan,aku jadi sedikit kagum lah.
Aku di jemput ke rumah abang dia lagi 2 minggu(dia akan duduk di sana beberapa hari sebelum pulang semula ke Abu Dhabi ),beria dia mengajak.Kebetulan,aku tak pernah ke Tangier-4 jam naik bus dari Casablanca..kalo nak ke rumah parent dia,memang jauh gilaa..dari Tangier 12 jam naik bus..now tgh musim cuti,flight memang mahal sangat-sangat
.So,since aku pon tak tahu jadual kerja aku macam mana,aku tidaklah boleh berjanji.Insyallah,saya akan tengok schedule saya hari Isnin nanti when I found more about my work in Rabat,kata aku padanya.Malu jugak aku,dia siap top up kan credit phone aku ,hadiah dia kata.Bila aku nak bayarkan tambang taxi dia kemudiannya ( kami sama-sama ambil taxi dari Casa Vouyager ),mati -mati dia tak mahu..Berpeluk erat aku dan dia ,sebelum kami berpisah ke destinasi masing-masing...
Petang ,selepas waktu berbuka, dia ada hubungi aku di telephone..untuk pastikan aku ok,dan bertanya,bagaimana keadaan aku ,pasal iftar etc.Alhamdullilah,Allah pertemukan aku dengan orang yang baik-baik.

Oh yer..masa dalam kapal terbang,si Fatima Zahra ( cantik kan nama dia!Dalam keluarga orang Maghribi,mesti ada satu anak yang bernama Muhamad,bagi lelaki ,dan Fatima Zahra bagi perempuan),concern pasal bila waktu Sahur akan berakhir.Confuse,masih nak ikut masa sahur  Abu Dhabi ker?Kita ni musafir,tapi tak bolehlah jugak kalau nak amik mudah,kata dia..Tapi penerbangan dan hampir 5,6 jam berlalu.Kita bukan di Abu Dhabi lagi.So dia pun sibuk bertanya kan pramugara berbangsa Arab yang ada dalam tuh macam mana.Oleh kerna peramagura kata,kita sedang "berada di Egypt" sekarang,so ikut lah waktu Egypt.Dan di buat pengumuman selepas itu ( of course di dalam bahasa Arab,dan aku tak faham.Tapi dia terangkan pada aku ler..) masih ada lagi 40 min katanya,so lajuuu kami makan dates ,minum etc dan niat puasa...
Alhamdullilahh...Dan aku pon join dia sembahyang subuh dalam tu....

Alhamdullilah...

1 comment:

zahra said...

best kan, sesekali bertemu strangers..belajar tentang new culture..
penglaman aku, rata2 umat yg aku jumpa tak pernah memburukkan org Msia, semuanya bagus di mata mereka!
Noxs...jom gi Umrah ramai2...!!!