Sunday, August 4, 2013

The Adventure ..

OK,aku memang kena tulislah,kalau tak lupa dah,dok ke-busy-an.Miyahahaha.
 Kat luar hotel aku duduk kat Casablanca nih,ada satu tanah lapang.Dan dari petang,ketika aku balik dari Hassan Mosque, sudah kedengaran bunyi music yang kuat dan kelihatan orang dah susun-susun kerusi etc.Aku kehairanan sebenarnya,sebab dari bilik hotel memang kuat.Ada party buka puasa ke?Bila aku tanya orang hotel, dia cuma cakap,"enjoy the music".Biar benar,kata hati aku lah.Sebelah tuh masjid terh.Lepas buka puasa bagai etc,aku plan nak rest awal lah malam ,sebab kepenatan sebenarnya.Dan aku rasa aku terlelaplah dalam pukul 9 malam.Sekalinya,aku terjaga,dek kerna music yang maha kuat tuh.Aku macam.."apa jadss ni?orang tak komplen ker?guest hotel ni tak komplen ker?".kuat gila,disertai bunyi bising suara orang ramai dan kanak-kanak,dan bila aku jenguk beranda aku,budak-budak main bola sepak lah,game lah,ada makan-makan etc.Tengok jam, 2.30 pagi! Ha?Aktifnya orang diorang ni at this hour??Ala-ala pesta funfair pun ada.Nasib baiklah,akhirnya benda tuh berakhir pukul 3 pagi gituh.Rupanya, memang budaya depa,siang hari berpuasa,you see nothing on the street,tapi lepas buka puasa sampai lewat pagi,mereka "berpesta".Amboiiihhhh.Kat Malaysia bazar ramadan sana sini,tapi sini lagi hebat youuuu.Dan oleh kerna berpesta bagai,ramai jugak yang tidak terikat pada jadual kerja,akan tidur sepanjang hari,kerna katanya,tidur di bulan puasa itu ibadah,bukan sesuatu yang asing gitu bagi mereka.Gitu ek?Perghh..Aku pun nak join ibadah tidurrrr itu jika boleh..hahah.

 Petang aku bertolak ke Rabat,menolak lah aku punya suitcase ke station Casa Port, 5 miniute jer dari hotel.Aku nak naik cab,tapi si Malik manager hotel cakap.."jalannn jer, 200% selamat",bila aku mcm skeptical dgn luggage bagai ni.Orang sini kan bawak kereta macam orang gila,terutama driver di Casa ,Marrakech.Kalo kena langgar macam mana?Touch wood sangat.Then dapat ticket ker Rabat Ville,perjalanan dalam sejam gituh.Hampir terturun salah station ko.Rabat Agdal dan Rabat Ville ,dalam announcement tuh kedengaran sama.Dahlah bila keretapi berhenti,tak nampak signboard nya.Tak jelas.Certain gerabak jer yang boleh nampak papan signboard nama station.Halussss jer..panic sekejap.Bila sampai Rabat,kemasnya bandar ni.Kalau Casablanca tuh ,berabukk dan berdebu jer aku rasa.Rabat ni nampak bersih dan tersusun?
  Kat pick up point tuh,dah ada a few volunteers yang menunggu di pick up point tuh.Sorang dari Australia,sorang dari Paraguay.Si L1ndsay dan Al3xis.Depa dah tercongok dari pukul 11 pagi kat situh.Tak baca e-mail punya hal.Ingat aku sorang jer blurrr.Dan mereka tak dpt contact si Salah( the guy incharge).Dah pukol 6 lebih sikit, muncul Mrs Saadiah yang bekerja dgn badan sukarela tempatan,local partner kepada satu international volunteer association.Dia yang aturkan pick up etc untuk kami semua.Yang sampai overland,termasuk aku ada 6 orang.Aku,Niki ( dari Texas USA),Lindsay( Paraguay),Alexis yang tinggi macam model(Aussie),2 orang lelaki dari Aussie ..
Satu-satu host family datang nak pick up kitorang.kebanyakkannya si emak dan anak perempuannya yang datang.Bagi host family lelaki 2 orang dari Aussie tu,si emak dan anak lelakinya yang datang.Semua dah muncul kecuali host family aku.Semua orang dah salam keluarga memasing..Aku?Mana nih?Jadi sedih aku.Hahah.Macam takde orang nak kat aku jer...kekekkee.terbuang rasa youuu.kkekkekkee.
  Tiba-tiba muncul satu lelaki handsome(ewah!mcm dlm drama aja.hero watak kena handsome loh! ) tinggi.Puan Saadiah(dia ni cikgu sukan di salah sebuah sekolah di Morocco,rupa memang cikgu sukan la..rambut pendek bagai) cakap....

"Ha Nora..ini Ibrahim.Awak akan tinggal dengan dia..",ceria dia bagtau aku.

"Ha? really?".See bodohnya respond aku kan.Ala-ala  terperanjat lah pulak.

"Of course with his family too", Pn Saadiah macam tau apa yang aku fikir.Haha.
Yerlah,takkan aku akan tinggal berdua dgn mamat ni.Kan?

Haram!

So,lepas bersalam etc,dia ajak aku ambil taxi nak balik rumah dia lah kan.Masa tu dah hampir pukul 6.45 petang.Sini buka puasa pukul 7.30 petang.

Rupanya,semua orang di tempatkan di dalam Medina di Rabat city centre,atau kawasan berhampiran ( banyak jugak orang yang dah start kerja volunteer diorang stay dgn host family stay situ jugak ).KECUALI AKU.Aku rupanya di tempatkan di Sale, bandar bersebelahan Rabat.

Hmmmm!

Takperlah.Nasib baik aku bukan di tempatkan kat celah gunung-ganang atau hutan rimba yer dak.Sila bersyukur.

Ibrahim bawak aku naik petit taxi-yang dalammnya dah ada satu penumpang(sini taxi main share-share gituk),untuk ke satu tempat,di mana kami kena ambil pulak Grand Taxi ,untuk sampai ke area rumah dia.Petit txi dalam bandar jer,Grand Taxi untuk destinasi jauh-jauh.Sampai jer petit taxi kami  ke area tuh,kami menyaksikan pergaduhan beberapa orang lelaki.Aku nak melangkah keluar kereta macam trauma pulak.Tapi Ibrahim dah heret luggage aku,so aku ikut jer.Rupanya, bukan kami saja yang nak nak grand taxi ,malah puluhan yang lain,di mana bila GT ( grand taxi) sampai jer, semua berlari mengejar taxi tuh dan sambil menyiku ,berebut bagai,mereka masuk dalam cab tuh.Tidak kurang berlaku aksi perebutan dan again,aksi pergaduhan dan maki-maki,siku menyiku,taxi belom berenti semua dah berkejaran sambil bercakap dengan kasar dan lantang,semua nada marah-marah,tak kiralah lelaki ,perempuan etc....Like it was surreal!Like...ha?????this is new to me...
.Heeeeee.....Macam aksi keganasan gila wehhhhhhhhhh.Dan semua taxi adalah di maksimakan penggunaan nya.Depan isi atleast 3 orang,belakang 4-5 orang.Ini memang aku tak pernah tengok.

Dah dekat 10 min Ibrahim cuba dapatkan taxi,tak berjaya.lagi pon,dia ada aku nak kena jaga,dan aku datang dengan satu luggage besar beroda,so nak main rempuh berebut adalah susah.Aku macam mati akal.Dah lah nak waktu berbuka dah.Ibrahim ni innocent look,cakap pon tak kasar(orang Arab kebanyakkan cakap kasar),bulu mata lentik( perlu kah aku sebutnya di sini?Haha!)..so aku cakap pada dia..

"Ibrahim, there is no way we could win this", aku cakap pada dia sambil tersengih.

"Don't worry,Inshallah ",kata dia .. which is aku worry ok.With this rate ,there is no way we can reach his home, before iftar,which is aku tak kisah,depan tu ada cafe,dan dia cakap,kalao tak sempat,kita makan kat sini aja.Tapi  bukan itu yang aku kisahkan.AKu kisah sebab hari makin gelap...rumah jauh lagi wehh...dan menyaksikan perebutan taxi yang maha azab,aku takut tak sampai rumah aja...

To cut the story short,after much menyaksikan perebutan taxi yang masih berterusan,lalu pulak ala-ala van yang besar.Ibrahim tanya aku.. "naik ini ok ker?".
Eh oklahhhh..apa yang tak ok nya..besarrrr van nih,suka I...sure comfortable,dari naik taxi share dengan 5-6 orang yang lain.Kan!or so I thought lah masa tuh.

"Ok tak?" tanya dia lagi.

"Ah ok!No problemo,lets go!",kata aku bersemangat gitu.

Sekali, bukak jer sliding door van tuh( yang tidak bertingkap  lansung),aku nampak,ianya sudah di modified.Memang bukan kerusi empok,tapi adalah bench kayu,mengelilingi ruang 4 segi dalam tuh.
Dan bila Ibrahim humban bag aku dalam tu, kami berdua naik.Dannnnnnnnnnnnnnnn..di ikuti oleh hampir 20 orang yang lain!Walhal,ruang tuh aku rasa boleh muat dalam 10-12 orang jer.Dah lah pulak,ada yang cacat bertongkat ,ada yang bawak masuk hasil belian pasar,ikan,makanan,kebanyakkan nya baju kotor,rupa comot,berpeluh,bercakap kasar,macam gaduhhhhhh ajaaaa.So,last-last aku kira dalam tuh,ada 25 orang!!duduk keliling dan berdiri,dan duduk atas lantai,dengan suit case lime green aku kat tengah-tengah,dannnnnn yang "paling best",bau ikan,ketiak busuk,peluh, bau makanan,bau baju pekung yahg koyak rabak etc..dan sebagainya,buat aku dizzy..pening,pusing.Sila bayangkan,takde tingkap,takde air ventilation.Cukop segala.
Paling hazabnya,bila berrhenti turunkan satu orang,2 orang penumpang baru pulak naik.I is mau pitam.Dan aku duduk memeluk suitcase aku dan bag sandang aku.Si Ibrahim ,mula-mula duduk sebelah aku,tapi oleh kerna dia berhati nan molia, dia dah bagi seat dia pada satu perempuan tua yang garang gila dan marah-marah dan bercakap dgn suara 2000 desible.Aku pulak dah terselit di antara seat..luggage ,dan penumpang yang berdiri.Tak boleh nak gerak dah.Dan bau ikan fishy tuh makin kuattttttttttttttttttttttttttt...................

To cut the story short,akhirnya kami sampai destinasi dalam 30 min kemudian or more?bila mana driver bawak macam orang gila(of course kat depan sana siap ada 3 orang duduk sekali).

Then aku tolak luggage aku (orang yang invent luggage bag beroda 4 memang genius!senang nak tolak!Tak perlu berpenatan),berjalan kearah rumah Ibrahim.Dia selamba jalan depan,aku kepenatan ( sbb sedikit pening tadi) sambil tunjukkan arah.Serious,aku tak tahu aku di mana..ibaratnya, masa tuh aku tanya diri aku.."what have I signed for?"..lalu jalan yang kotor berdebu,banyak sampah sarap...dan aklau aku ni anak dara yang nak lari dari rumah,sure tak tahu jalan langsung,sesat jln pulang..semua bangunann nampak sama,lalu alley,etc...Dah sampai area tak rata,dan nyawa nyawa ikan aku nak angkat luggage aku tuh,baru dia tolong angkat..Then sampai lah kami di kawasan rumah flat ,dan panjat tangga sampai tingkat 3?or 4 ?(takde number tingkat,sampai la nih aku masih confuse, floor aku ni tingkat berapa?HAHA),which later I got to know ,semua floor tuh milik keluarga dia,dah oleh kerna famili dia ramai,ada yang duduk tingkat atas,bawah etc.Atas sekali kat roof top tuh tempat jemur baju.Malam bolehlah tengok bintang kat situ kalau kau nakkkk.
Aku di tempatkan di tingkat 4 (tingkat sebelom roof top),sama tingkat dengan kitchen mereka.
Setiap tingkat ada toilet dan shower,ada style lama jamban duduk,ada yang style modern,semua adaaaa...bilik aku besar,ada 2 katil,dan sofa panjang.Rupanya,aku akan ada roomate..which is dia sampai di tengah malam buta,dari Rusia.Elisabeth nama dia,tapi panggil Liza jer.

Than,masuk jer aku dalam rumah tu,ada 4 lelaki Arab tengah menghadap hidangan berbuka dengan penuh sopan.Perempuan tak namapak bayang langsung!Aku akan duduk dengan 5 lelaki ker?Fikir aku.

Then Ibrahim suruh aku duduk,sementara dia humban luggage aku le bilik.Lepas tu dia tanya,

"You want to eat with lady or man?".

" Ahh?I ok with anything..", errr..jawap aku begitu.Yerlah,tak nak offend sapa-sapa.

"Ok..lets go there,dia tunjuk arah dapor".masuk jer,ada 2 budak (seorang lelaki,dan sorang perempuan),dan 4 perempaun dewasa tengah menghadap juadah, dan merenung aku.
Semua nya tak pandai berbahasa Inggeris ( ada sorang lah yang basic dia ok sikit...boleh laa dari takde..),so bermula lah sessi ayam bercakap dengan itik............
Rupanya, itu kakak-kakak si Ibrahim dan anak saudara dia dan seorang kawan kakak dia.
Khadijah( dia ni suka melawa..tengah malam buta sahur pukol 2-3 pagi pon,lengkap bermake up bagai,siap dengan maskara segala,eye shadow,pemerah pipi segala..ko mampu???), Izha ( dia ni lah yang pandai sikit english),then Maryam ,then Zainab, then budak perempuan tu nama Wi'am,budak lelaki tuh nama Wa'il.Emaknya Umi Fatimah muncul kemudiannya..
Dan lelaki-lelaki tadi tuh,adalah Ayah Ibrahim bernama Muhamad, abang dia yang tinggal di German, seorang lagi Abang dia yg tinggal di Bordeux ,France dan sedang bercuti sempena Ramadhan dan Raya..sebulan kooo depa tuh bercuti...

Bilik aku depan ruang makan lelaki-lelaki tadi.Segan akuuu....

No comments: