Friday, August 9, 2013

Happy Eid dari Al-Maghrib

Happy Eid Fitr...

Berlalu sudah Ramadan.Bagi aku,pengalaman berpuasa di Al-Maghrib adalah baru (again,bagi yang tidak tahu ..Al-Maghrib = Morocco).Dari segi ibadah,tiada beza.Cuma tuh lah,mereka ada routine "life style" berbeza time bulan Ramadan.Ramai tidur selepas sahur ( suhoor),dan macam yang aku cakap dulu waktu malam selepas berbuka sampai 2-3 pagi "berpesta".Tempat tinggal aku di Sale-Rabat ni tak jauh dari laut,memang kerja nya pergi laut sokmo.
Ops..dah melalut...

Raya...yer Raya...
Oleh kerna aku dah beritahu malam sebelumnya yang aku nak ikut sembahyang raya,Umi Fatimah ketuk pintu bilik aku pepagi.
Iaitu 5.30 AM!!! Cecepat aku mandi dan bersiap pakai jyalabah,jubah hok aku beli kat Dubai dulu tuhh..berguna jugak.Dan pukul 6 pagi bergerak ke masjid.Excited gitu kan.kami bergerak 3 orang ,Umi,Wa'il dan aku.Wa'il tuh Anak si Khadijah..alaaa..khadijah yang suka pakai make-up tebal 24 jam tuhh..Kalah Cek Ta!! 24 jam tegak jer maskara dia...Masing2 bawak sejadah.Sampai destinasi aku dok tertanya,mana masjidnya..sebab di hadapan aku adalah padang bola yang sangat luas...iyer...padang bola tanah dan berabuk bagai takde rumput tuuuuuuu......rupanya itulah ¨masjidnya"...Dah ada 3 saf masa kami sampai tu..Tertanya tanya jugak kenapa sembahyang kat situ,sebab kat sana masjid banyak gila..rupanya by 7.30AM,masyallah,ramai nya umat manusia yang datang.Satu pemandangan yang syahdu kalau kau tengok.Pendek kata,yang tua ,muda,kanak-kanak,lelaki,perempuan ramaiiii gila.Baik bahagian perempuan,baik bahagian lelaki,penuhhhhh.Yang capek datang bertongkat,yang berangkut,yang sihat walafiat,yang datang berpimpin papah..semuanya ada..yg lelaki kebanyakkan berjubah putih,yang perempuan pulak masa ni lah mereka melaram dengan jubah /baju baru.Sembahyang pakai baju tuh jugak takde telekung.So,colourfull ya amat lah saf perempuan.Kalau tengok dari atas tentu menarik.Ada "petugas" yang monitor untuk rapatkan saf.Dok cek suruh rapatkan,dan ada "pegawai" tukang bawak air masak kehulur hilir dengan cawan,bagi minum pada yang kehausan.Tak kurang jugak yang bawak bangku kecik,untuk sembahyang duduk sbb masalah kesihatan.Pendek kata,penuh.Sejadah tuh main bentang jer atas tanah.Umi pegang tangan aku kuat-kuat masa jalan ,takut aku hilang.Berlanggaran jugak lah masa jalan tuh.Merasa lah kau membayangkan keadaan di padang mashar kelak :-) di masa itu.Sayu dah syahdu rasanya,melihat betapa bersatu nya mereka ini,tak kisah kotor debu bagai...rasa nak menitik air mata pon ada ( well,partly terbayang hidangan ketupat rendang lodeh bagai nan-hado!)...bergema padang tu.Adalah micropon dan speaker di sediakan.Memang beribu-ribu lah orang ..Sayu aku si Umi ni,dia bentangkan sejadah dia melintang( nak share dengan aku I thought),so aku bagi tahu,saya pon bawak sejadah,so Umi bentang jerlah menegak.Rupanya, dia suruh bentang sejadah aku atas sejadah dia,,sebab takut sejadah aku kotor kena tanah.Nak nangis rasa dgn kebaikkannya.So,aku cakap,takper Umi,saya tak kisah ,kotor pon takper..
**Errr..perbualan di atas berlaku hanya dengan bahasa isyarat sahaja,sebab bahasa ayam itik pon cannot go.*** ngeeeeeeeeeeee.

Habis sembahyang,ada khutbah raya.Semua bangun dari sejadah, dan berkumpul ke depan..bertolak-tolak bagai.Sabor jer lah.si Umi memang pegang erat tangan aku.Honestly,kalau hilang aku dari Umi,memang enggak tahu jalan pulang dong.Nangis lah aku mengongoi kat situh ek.Khutbah dalam bahsa Arab,aku cuma faham 10% jer ...errr...

Sampai rumah,sarapan..
Dengan pelbagai manisan....kuih raya gituk.
Adalah few photo yang kami ambil beramai-ramai....
Banyak akward moment aja masa makan berkumpul.
Abdul Rahim- english sesikit boleh ( dia speak french + arabic)- dia ni duduk France kan..
Wife Abdul Rahim si Sandria(?),a French women,hanya speak French ,tidak byk cakap..mostly diam sahaja.
Ahmad - english sesikit,and he speaks Arabic + French ,and Dutch ( dok German dia nih).
Liza ,another volunteer yang kerja sama aku,orang Rusia,english fasih
Aku ? Aku speak jowo english sajork..
Dan yang lain-lain only Arabic with French..
Banyak kali masa sahur /meal ,memang senyum-senyum ajalah.Terlalu international isi rumah ni....kalau tak ayam bercakap ayam itik, ganti nya senyum-senyum aja...

Ok, lepas sarapan raya,banyaklah pulak tetamu yang datang.Aku rasa mereka ni pon dah sama aja dgn orang Malaysia,ada aja yang tak pergi berziarah,lebih kan tengok TV,gadget..

Petang,keKota Rabat lagi.....swimming......

No comments: