Monday, August 5, 2013

Long Monday..But I am Happy !

Note: 
Oh yeah,masa aku rasa seperti menyesal datang sini tuh,sebab placement aku macam jauh dan entah di mana celah tah,tiba-tiba aku nampak laptop kat atas sofa tepi dapur.Then aku saja berbahasa basi dgn Izha "eh!laaaptop!"..
Izha ckp.."nak pakai ker?pakailah..sini ada wifi"..

di saat ittewwww,aku menjerit .."HA??!!!!ada wifi???!!!" ...terus semangat aku untuk hidup telah pulih kembali.wakakakakaka.

Malam sebelum tuh,aku dah tanya pada Ibrahim,pukul berapa nak bangun pagi esoknya.Masa tuh dah dalam pukul 11-12 malam gitu,lepas si Liza sampai dari Rusia.Aku ingat perjalanan aku dah jauh,rupanya,dia lagi jauh.Dia cakap,nak dapat tiket murah punya pasal,dari St Petersberg berkereta 5 jam ke Estonia airport,then terbang ke  Riga (Latvia),then terbang ker Paris,dan finally dari situ terbang ke Rabat.Tudiaaaa..Si Brahim ni cakap, pukul 9.30 nak kena ada kat headquaters,so pukul 8.30 nak kena keluar rumah.Ok,ana fahimtu.So,knowing nak kena bangun pagi,sebab nak pergi orientation,dan jugak bangun sahur,aku cuba tidur.Tapi tak boleh lelap.Adehh..rasa panas sangat.Ada kipas pon doesn't help.Kejap aku keluar kat living room,kejap aku masuk bilik.Adesssss......
Bila dah macam ok,lepas macam kucing nak beranak tuh,cuaca mcm dah sejuk ,aku masuk bilik.Baruuu nak lelap,tetiba kena panggil..
  "Nora ! Liza....come here..", si Khadijah panggil.
Aku tengok jam..pukul 2 pagi.So,kenapa yer ?
Keluar jer dari bilik,aku tengok makanan sudah terhidang atas meja,banyak gilaaaa...macam mak kau panggil suruh makan lunch.Tapi ini 2 pagi?Nak kata sahur,awal sangat.Takkan lah kan?
Tapi memang sahur.Macam pesta makanan.Aku fahamlah sahur tu apa,wlwpon masih dalam persoalan,ini lunch buffet ke sahur?Tapi si Liza ,yerlah,dia pon orang Rusia,wlwpon dia faham pasal puasa,dia laaaagi blurrr nak kena makan at that hours.Tradisi orang Morocco,hospitality dia memang tahap tertinggi lah.Kalau orang jawa(aku orang jawa) selalu jenis suka kasik orang makan etc,ini laaagiii tahap tinggi.So,everyday begini keadaan.Mereka takkan biarkan orang lapar,seboleh mungkin nak bagi selesa,tak nak orang keluar dari rumah mereka/tetamu hungry.Aku sampai tak tahu macam mana nak bagitahu,yang aku ni tak lah makan nyer banyak.Meletop perot.Asyikkk kena suruh makannnnnn jer kauuuu.Memang tak terhabisssssss...Alhamdullilah.
  Then dalam kekenyangan,tidur.Bangun macam biasa,dan keluar rumah pukuk 8.30AM,dan waktu itu singgah"sekolah" yang aku nak kena mengajar.Laaaa....kat tingkat bawah jer..so,"office" aku kat 2 floor bawah ni jer.Dan masa tu baru aku tahu,sekolah ni di punyai oleh Ibrahim sendiri,yang ditubuhkan setengah tahun lalu,di bantu dari segi kewangan oleh abang-abangnya.
Masyallah,mulianya hati mereka ini,cuab membenteras buta huruf,dan menjadikan pendidikan accesible di kejiranannya.
   Kami nak taxi ke station tram.Laaaa....kat Sale ni ada Tram rupanya.Kelezzz kauuuu.Tapi memang kena ambil cab nak kesana.Lebih dari 20 stesen nak ke Rabat City center.Journey cab+tram sejam lebih..Then orientation + meeting dgn badan sukarela tuh,dalam 3 jam.Insight about the program etc,meeting others volunteers from other placement,discussion about certain cases and of course meeting some key people,important people,the bosses etc.Masa tuh ,dapatlah tahu masing-masing punya placement bagai..ada sorang tu med student,so dia dpt placement kat hospital etc...gituhlah..ikut kesesswaian.

Pointnya semua orang tinggal dekat sesama mereka berdekatan.Aku dengan Liza telan air liur jerlah menengokkan " ke-best-an " life mereka.
**Tapi now,aku tidak lagi mencemburui.Life I di Sale ( sebutnya SA-LE) lagi happening yeah.Hahah.

Then we were divided in to 2 groups,to venture into Rabat cities.Group aku,dengan Mr Salah,dan later Ibrahim join.Katanya nak ke Medina,tapi naik tram turun di suatu stesen,yang rupanya,sesi melawat monument ,historical site dalam bandar Rabat.Ha??Tengahari buta.Summer.Puasa.A lot of walking.Aku dah lah kureng bab-bab monument ni,tapi layan kan aja.AKu bayangkan pergi medina,dan aku nak shopping sakan.Ngeeeee....jadik lain pulak.Beria si Salah menerang segala,aku dah kehausan.Bebudak lain mana puasa,syok aja depa teguk mineral water.Dah dalam 2 jam berjalan kaki tengah panas ke sana sini,Ibrahim ajak aku dan Liza pergi tempat lain,dan Salah bawak lagi 2 orang ke tempat lain( I know they ols pergi medina lah kan,they live there....)
  Then Ibrahim ajak kami ke pantai( ini part of the lawatan which aku enggak faham dong,esok lusa tak bleh ker,aku haus gilaa...dalam kepala asyik terbayang juice oren dgn ice ketulan timbul-timbul),dengan aku dahlah menggonggong baga laptop yg berat gila...well..we see many beautiful site in the city,beach... ,which later we took a boat tu Sale side ( 2 dirham per-person!Gila murah,penat abang boat tuh mengayuh agaknya)..then walk for hours..We talk a lot,about many things,singgah money changer,spend time in the park lepaskan penat.Then sbb aku nak kenaa beli a few stuff like sabun etc,kami naik tram ke Marjane ( hypermart besar ,ala-ala careforu gituh).Aku nak beli ke kedai runcit jer,tapi dah dia insist nak bawak ke hypermarket besar,layan ajalah.
  Sampai rumah dah almost 6pm.Aku dah penat gila,dah macam kain buruk dah rupanya aku.To which, after mins rest,aku pergi mandi cold shower,legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila.
Afte rthe iftar feast etc, dalam pukol 9,aku tertidor.Tapi tetiba terdengar pintu bilik di ketuk.

"Nora!Liza...! "kedengaran suara memanggil.Aku terjaga.

Aku bangun,si Ibrahim kat luar pintu.Aku tengok jam..9.30PM .

"Yes?".

"Lets go to the beach ".

"Ha?"

"I told you earlier,we go after iftar,we go by car ,my brother will bring us ".

"OK !".

To be honest,I am dying to sleep ,sbb kepenatan,tapi sbb tak tahu nak menolak macam mana,kami ikut jerlah...to which,later,I never regret dapat pergi beach tu....

Then Liza dgn aku bersiap.Then berlima kami ke pantai dalam 20 min drive jugaklah..
Aku,Liza,abang Ibrahim 2 orang dan Ibrahim.
Then young ones ,3 of us ,main air kat pantai.Cuaca agak sejuk..BEST gilaaaaaaaaaaaaa....
Tak menyesal aku ikut.Ahhh..heaven....angin sejuk menderu...aku sukaaaaaaaaaaaaaaa.
Then Ibrahim fe-feeling romentik kah???simbah aku air laut.
Boleh???
Malam buta wehhh..kalau aku basah kuyup,dengan kau kau aku rendam dalam air ni karangg....
Burrrrrr...sejukkk....

Then we all have tea/coffee kat pantai tu....for an hour..
Ramai gila orang kat pantai time tu,ada yang picnic BBQ bagai....memang meriahhhhhhhhhh.

Then we left,and go to ANOTHER cafe which was so happening sbb ada music arab bagai.Penuh gilaaa ramai orangg....after having tea bagai....mata aku dah sayup mengantuk...

Then we left ,balik rumah..dah almost 2 AM.
Tak sedar diri nak kena kerja ni esoknya..tapi office I kat kat tingkat bawah aja?heaven kan????start pukol 10 pulak terrhh....

Then dalam aku nak terlelap..

"Nora!Liza..Come!..Sahurrr".....it was 2.30AM.

BIG FEAST !!

Eat for an hour..(they like to take time to eat )..then aku cuba tidor..

See?Good life tak?



1 comment:

zahra said...

Bitch...beach sungguh, syiok la wei...