Sunday, May 19, 2013

Lughatulquran..

   Susah rupanya belajar bahasa Arab ini.Itu pada aku lah.Orang kata,belajar bahasa Perancis( French ) lagi senang,tapi dulu aku tidak percaya.Setelah percubaan belajar bahasa Perancis telah gagal big time, maka,tidak mengapa...kita makan saja roti Perancis,dan berfikir, apa bahasa lain yang boleh aku cuba....hmmmm...Beberapa tahun kemudian,maka terbuka lah hati untuk mencuba belajar lagi.Tudiaaaa...makan tahun nak fikir nokx.Of course bukan bahasa Perancis lah.Kita cuba pulak bahasa Arab pula yer puan-puan..
     Setelah timbang tolak bahagi, maka moh lah kita pi belajorr,walapun sungguh lah meragui potensi diri.Selalunya hangat-hangat taik ayam aja..tapi yang ini harapnya akan berpanjangan..aminnnnnnnnnn.Doa yer..doa...Oleh kerna belajar secara classroom,kelasnya untuk pengambilan sekarang sudah penuh,maka terpaksa lah cari private tutor.Aku akui,ini macam silap besar, sebab,mula-mula belajar lah basic di kelas dulu yer dak.Agak sudah agak bergerak otak ni,barulah cari tutor.Tapi tidak mengapa,kita cuba cara yang ini...
     Setelah hampir 2 bulan belajar maka kesimpulan aku, aku tabik sungguh dengan orang yang fasih bahasa Arab ini.Aku rasa,aku tak pernah belajar grammar sesusah ini.Malahan,tutor aku yang berbangsa Algeria ( Algeria is Al-Jaza'ir ,di dalam Bahasa Arabnya..Malaysia? oh..Malayziyya)dengan lancang molot telah berkata,bahasa Inggeris itu bukan lah bahasa,sebab tiada grammar atau tatabahasa.Eh?..Sedapp jer kauuu...kalo gituk,awatnya aku dulu selalu fail ah?..Hew hew hew.Berbalik semula pada topik bahasa Arab ini, memang tabik lah.Kerna,aku rasa grammar nya sungguh mendalam.Yang aku rasa,aku perlukan seratus tahun untuk fasih bahasa ini.Seratus tahun?Over tuuuuhhhhhh...Oleh kerna aku dah mengenal huruf dan menulis ,maka part itu telah di skip kan oleh tutor ku.Bagus.Moga cepatlah aku pandai berbicara..wahhhhhhh..tinggi kau cita-cita.Yerlah, dulu masa sekolah agama di Johor dulu,sudah di bekali dengan vocabulary seperti jumjumatun tengkorak, ainun mata :-)..Tengkorak kau ler...Aku silap rupanya,tidak semudah itu :-( .Kagum sungguh dengan non-native yang boleh menguasainya..terutamanya orang-orang melayu kita.Anda bertuah!
     Boleh menguasa bahasa Al-Quran,yang katanya, kalau kita faham akan isi kandung al-quran itu,kita akan menangis bila membacanya, dan hidup kita akan lebih banyak menangis dari ketawa.Tetkala aku di beritahu itu oleh tutor aku tentang hal itu,aku sedang ketawa terbahak-bahak dengan lawak buatan aku sendiri,lalu aku berhenti ketawa serta merta dan menelan kuih karipap yang tengah aku suap,sental dan telan.serta-merta.Heh!Katanya, terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa lain acap kali tidak tepat,dan kadangkala menyimpang.Jadi ,cara terbaik,adalah dengan mempelajari bahasa Arab itu sendiri.Namun ,aku mengakui,sebab musabab dan tujuan  mula-mula aku mahu belajar Bahasa Arab bukanlah itu.Errr...
..masa aku di Fes tempoh hari ,aku bertemu dengan beberapa pelancong Germany,yang tinggal di Guest House rakanku.Walaupun Germany,aku kagum sangat dengan kefasihannya berbahasa Arab,berdasarkan penggunaannya untuk berbual rancak dengan orang tempatan.Kagum!Sangat Kagum..Bila di tanya rupanya dia buat kerja sukarela di Casablanca dan Rabat untuk beberapa bulan dan mempelajari bahasanya, malah dia juga menggunakan Darija ( bahasa Arab tempatan Moroccan).
Aku macam tertampar.Kalau dia boleh,aku tak boleh ker???
  
  So,mari mencuba...cikgu pon sedikit handsome,jadi....yeahhhhhhh.............mari cobaaaa.

Saturday, May 11, 2013

CousCous and The Moroccan Tea


April

    Tadi lepas sediakan sarapan pada Guest,aku nak lepak kat tent.Bahagian paling atas Guest House ni consist of tent and terrace.Cantik tent ni,dan biasanya popular di kala waktu musim panas.Sangat cosy dengan sofá bagai..
Tengah aku panjat tangga naik atas,aku nampak CousCous  tengah hisap rokok kat salah satu kerusi di situ…

“Hi CousCous..what are you doing?”,tanyaku ramah.Dia ni pekerja baru menggantikan  Moha yang telah berhenti kerja beberapa bulan yang lepas dan pulang ke kampungnya di Rissani,satu bandar tidak jauh dari Merzouga,puncak gurun( dune) yang paling tinggi di negara Morocco ,6 -7 jam berkereta dari Kota Fes.Di sanalah banyak filem Hollywood di buat.Contohnya,Prince of Persia,Gladiator dan banyak lagi.Atlas Studio terletak tidak jauh dari situ....

 “Tired…”, kata dia,sambil buat muka orang yang tengah keletihan sesangat gituh.Dan asap rokoknya berkepul-kepul.

   As usual..”tired” ni keluar dari mulut dia..selalu tau…kadang aku hairan,apa aja lah  yang dia penatkan?angkat beberapa helai pinggan?pergi beli sarapan?.Aku bangun lebih awal dari dia.Malah most of the time,MB yang kejutkan dia pagi-pagi.( Most of the time, dia tidur dalam tent ).Famili dia Fassis(people who living in Fes),tapi dia malas kot nak balik rumah,so rasanya 24 jam dia ada di guest house.Tapi kadang-kadang dia hilang ( MIA) tak beritahu MB.Tuh MB hangat hati jer kadang-kadang.Kau kerja buat cara kerja lah kan.Nak pergi mana-mana bagitahu…bukan MB tak kasi pun..tapi entah,aku dapati orang diorang ni ada sikap yang kadang aku kurang fahami,tapi terpaksa jugak fahami.Salah satunya ialah,tidak memberi penjelasan di atas sesuatu perkara yang berlaku.Aku ingat aku jer yang tidak memahami sikap yang ini.Tapi,bila aku baca buku “The Caliph’s House” tulisan Tahir Shah (Anglo-Afgan) ,perkara ini pun ada di sebutkan.So,bukan aku salah pandang lah kan...Contohnya, kalau lambat masuk kerja,kalau kita lah kan,sure sebelum boss kita tanya,dah kita explain panjang lebar dulu dan bagi alasan kenapa kita lambat.Tak kiralah alasan tu betul ker,tipu ker.... kan?Yang penting,explain.Kan? Yer dak?..
  Tapi kalau diorang ni,selamba badak aja…tiada explanation,malah kadangkala(or most of the time?) tiada kata-kata maaf pon...macam tidak ada apa-apa berlaku.Seperti tidak bersalah.Malah kalau yang lebih traditional,dia ambil sikap “ itu kuasa Allah,saya hanya merancang.Tapi kalau dah di takdirkan saya tidak dapat datang on time,apa boleh saya buat.Allah punya kuasa.”.OK I geddit.Aku faham…tapi….a sorry and little explanation won't kill right?

So,instead aku membebel kat dia kenapa dia MIA from work  that day ,aku diam aja.OK,OK..aku  ada tanya,tapi tuhlah..dia cuma cakap..” I went to see my father “.
OK,kau  mungkin akan fikir dia akan sambung kata-kata dia “ aku pergi jumpa ayah aku,dia call aku ada kecemasan,kucing aku mati kena langgar lori ikan , adik aku gaduh dengan jiran sebelah ker...itu yang aku pergi keluar tak cakap tu..dan aku kena jumpa dia selesaikan masalah dia bla  bbla bla…."

  TIDAK!!..Tak, dia tak cakap sebegitu.
Cuma “I went to see my father”, FULL STOP.

  So,bila dia cakap dia letih,padahal apa aja yang dia buat pon,aku pon malas nak tanya ‘WHY??”.Instead,aku ajak borak aja.Lama-lama dia ni ok jugak.Aku ingat dia tak pandai bersocial dengan guest.Tapi dia not bad.Pandai jugak lah dia melayan guest,layan borak.
   Yerlah,,kalau ikutkan,aku rasa,si FZ ( Fatima Zahra) tuh buat kerja lagi berat dari dia.Pagi-pagi datang terus prepare breakfast,kemas semua bilik dalam guest house ni,mop floor,basuh lantai,tukar cadar sarung bantal segala,cuci toilet,menyapu,cuci semua cadar ,tuala,semua lahhhhhhh.yer,mesin basuh yg cuci,but still hard work....you know, hotel stuff?semua benda nak kena tukar hari-hari kan..serious a LOT of work and she do it alone, every single day!!Aku try to avoid her having to wash my clothes.Selalunya aku basuh sendiri jer,wlwpon kdg2x MB hairan why I do that...aku bukan apa,I think she has too much thing in hand already..and sometimes she cook for us too..once she made us beef and prune tajine.Delicious!
  

“Do you like working here?”,tanya aku casually.
“Yeah…I do..Its been 3 months I am here…Its good..”,kata dia.
  Aku angguk-angguk aja sambil perhatikan keadaan dalam tent yang kemas tersusun.
“But,If I don’t like something,I just go.”sambungnya sambil menghembus asap rokok..
“Really.You will just quit??”,aku kunyah biskut aku perlahan-lahan.
“Yeah..CousCous,if he don’t like something,he will just go.But so far I like here”,kata dia...sambil hembus lagi asap rokok dia dengan kuat..

Erkk…begitulah kaedahnya diorang ni kan...hmmm..satu benda yang kadang sukar jugak untuk aku fahami orang diorang nehhh...*will write them on separate entry     


     Aku ada permintaan pada CousCous untuk ajar aku menyediakan teh Morocco,sebab aku percaya dalam sehari adalah dalam 20 kali dia kena jerang teh,dan dia dengan sabarnya mengajar aku.Dia selalu mulakan dengan perkataan “ Look !”.
  Teh moroccan ni bukan masak air ,curah teh and done….hmmm….Dan teh ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan social di Morocco.Setiap kali orang datang,tidak kiralah pagi petang siang malam,esok ,lusa, tulat,Winter, summer, spring,fall, makanya teh lah yang dihidangkan.Some of them called it  “Berber Whisky”.


Look !!..kata CousCous
2 benda di perlukan.Cerek tu untuk boil the water.Teapot,we need it after that..
Gula.Untuk teapot besar tu,kita perlukan 3 setengah cube.
Bila air dah mendidih,tuang air tuh ke dalam teapot.masukkan 3 setengah cube gula,dan daun green tea.He don't have exact messurement,just.."about this much.." gituh...Dan kalau suka,masukkan juga dried mint leaves.
Dried mix green tea leaves
Then,nyalakan api untuk teapot tu,bring it to boil,and stop the fire.Lepas tuh,tuang teh tuh dalam gelas, dan tuang balik isi gelas tu dalam tea pot.Ulang step itu 2,3 kali.Itu katanya untuk mix the tea mixture really well...        
                                Tea anyone?Moroccan tea I mean...

Skillfull Moroccan way...tea anyone?   Kalau aku yang buat gitu,angkat teapot tuh yang berat tuh,di takuti tea tu jirus aku pulak...hahaha                                                                                        
                                         Thank you !!For the tea lesson..

Untuk yang suka mint tea, kami akan letak fresh mint tea leaves, sejambak dalam gelas tuh,sebelum tuang teh tuh.kat pasar tuh,7 dirham dah boleh dapat one bag plastic besar ha daun mint tuuuuhhhh....**katanya,org berasal dari desert tak suka sgt mint sangat..

    Kalau kita,kadang kita hidang sirap,juice,teh,kopi..tapi mereka..teh teh teh teh  tehhhhhh.The only choice is,with mint leave or without.To be honest,I would rather choose the one without  mint.
  Lepas aku learnt a couple times, aku cuba prepared the tea myself , aku hidang pada MB.He was working on his company website…
”Come on..take a break,taste this tea.I prepared them.”,I poured the tea from the tea-pot yang maha berat tu.Then I hand him one cup and look at him like  “I am the new tea expert here.My tea should be good” that kind of look.
When he took the cup from me, I grinned.
    ‘Really?”,tanya dia balik macam tak percaya.
“Yes,she made herself”,kata Couscous memberi aku moral support.
“Let me try…”,dan MB cuba minum.           

   I was waiting there,for the verdict.Rasa macam menunggu Chef Joe atau chef Adu  untuk komen masakkan aku jer…berdebarrr gitu...

And….

“This is…the best Moroccan tea I ever tested.”,kata MB sambil tersenyum lebar..
.
“You seeeee..I have talent.”kata aku kegirangan,and pour him another cup .. :-)

Thursday, May 9, 2013

live your life..?

   OK,tajuk ini mungkin tidak ada kena mengena dengan apa yang aku nak tulis.Aku penat.Penat sangat-sangat hari ni.Kerja bertimbun.Semua kes yang menggunakan akal dan sumpahan ,bos lambak kat aku.Taklah.Aku tak komplen.Kelas aku mula 5.30 petang.Pukol 5.10,aku masih bergelumang hal kerja.Hmmm.5.11PM, aku pecut berlari ke SMU ( Singapore Mgmt University).Pelari Olympic pun mungkin boleh kalah,begitu lajuunya aku tergesa-gesa ke sana.Tudiaaa..Olympic terhh....

"Ana fi Attariq..",text aku pada Al-Eid.( saya dalam perjalanan).

Penattttt sangat-sangat.Sampai termengah-mengah.Aku lambat.Of course penat( di ulang lagi).Dah rasa macam berpusing kepala.Sampai kan bila AL- Eid betulkan kesilapan aku ,aku rasa sesentap.Padahal aku memang silap.Dia buat kelakar pon aku tak rasa kelakar...

  Last-last dia tanya aku .."awak marah ke kalau saya tegur kesalahan tatabahasa awak,atau ejaan awak?",tanya dia.

"Eh,taklah.Of course saya tak kisah ,dah memang patut kena tegur pun.Sebaliknya,saya frust dengan diri saya,benda kecil pon saya tak boleh ingat..",jawab aku perlahan....
Aku tunduk sambil cuba menulis...dan tunduk lagi.Aku diam 2,3 minit...Al Eid diam juga...

  "Ya Noura, nak belajar,memang kena sabar,insyallah, awak akan pandai..slowly slowly.." kata dia cuba mengubah suasana senyap itu.
    
"Na'am, fahimtu.saya kena bersabar." jawab aku.(Yer,saya faham..).

 Ok,sampai rumah,dah rasa macam kain buruk dah aku....


Monday, May 6, 2013

Life in the medina....shopping????

     Aku terbaca satu blog ( Matt in Maghrib ) bercerita tentang shopping perabot.
Yer,shopping perabot :medina-life-buying-furniture
Lepas baca pengalaman Matt tuh,aku tersenyum.

    Hari tuh, aku menyaksikan suatu pengalaman yang hampir sama..well, almost.Hahah.Tengah aku duduk menikmati teh ( well, teh teh teh.....itu jer minuman yang ada noks, selain orange juice ) dan cuba menghabiskan bacaan ku , The Caliph's House ,MB tanya pada aku"do you want to go out?Lets go to the new town".
  "YES!!",jawab aku pantas.Look,I do like medina life,but I want to go out and see outside world as well.Haahah.
    " We will do some shopping.Some furniture for the new Guest House",kata dia tanpa aku menanya, semasa kami berdua tengah bersiap.Aku layerkan a few shirt,sebab kat luar tuh masih sejuk.
     "Wah,sounds fun," aku mengiyakan saja.Tak pernah aku beli benda lain yang serious selama ini.Beli perabot ni macam serious business jer.Kekeh.Excited aku gitu.
     "Aziz will join us ." Kata MB menambah.Terus lemah kepala lutut aku mendengarnya.
     "Why our life always revolve around Aziz?", aku bertanya semula padanya sambil gelak-gelak...Errr...aku serious bertanya tuh,tapi aku taknaklah kecilkan hati dia.OMG,aziz ni bukan orang jahat ok, tapi tahap annoyance dia tu,kadang tahap gunung Everest.kalau dia bercakap,dari 2 km kejauhan kau dah dengar suara dia.kalau bersuara,MESTI ada hadith dan ayat Quran segala.padahal???...Kalo dia kat tingkat 1,kau yang kat tingkat 4 pon boleh dengar bijik butir perbualannya.Lepas tuh nak menang aja...dan kadang tiba-tiba jer dia bercakap(tak reti dok diam noks).... " a lot of people nowadays are fake!",eh tetiba jer.Cakap depan aku pulak tuh.Kau ngata aku ker ????Hahaha.Yer,aku menyampah kat kauuu...kekkekekkee.
Lepas tuh cakap nak besar aja.Kau aja lah paling best,kau ajalah paling handsome, kau aja paling unggul...Tapi????Aku tau  dia cuma nak beborak dan layan dia berbual,yang kalau di layan,sampai tahun depan belom tentu habis topicnya.Lepas tuh hadith segala,tapi hakikatnya.....????errr...nan-hado.Tak perlu pura-pura depan aku tau tak....Tapi,mcm aku cakap tadi, dia bukan orang jahat.Cuma, err..jangan annoying sangat boleh tak?Baru ni,dia cakap pada aku,dia nak sambung belajar,nak ambil English Literature.Wahh...bagus lah aku cakap,aku sokong jer.Dan dia cakap dia nak hire girlfriend dia( ONE OF HIS girlfriendssssss) ,kerja tolong uruskan Guest House dia.Dan dia dah repeat " I want to further study " tuh untuk kali ke-seribu kot pada aku ,untuk the following few days tuh.Bila aku cerita dengan eager nya pasal niat baik Aziz pada MB,MB gelak-gelak."He already said that to everybody since last year.". Hah!Its soooo sooo very very him lah.OK,he is not bad guy,,,,but....he is just super annoying.Before we go out,we told CousCous to man the port.
     OK, we met Aziz at the Bab Bou Jleoud.Kitorang naik taxi pergi ke new town, Jalan Muhammmad V.Kalau kita ada IKEA,mereka ada KITEA.Ahhh..kagum jugak aku dengan kedai tuh,bertingkat-tingkat dan semuanya perabot modern.Lama jugak kami di situ.Aku biarkan aja Aziz dan MB membuat urusan mereka.Jelasnya mereka regular kat sana,so rancak lah mereka berbincang dengan manager nya.Aku pulak gembira turun naik atas bawah KITEA tu.Banyak jugak home accessories,barang dapor,barangan hiasan macam candle holder,lampu ,senduk dan sebagainya, selain set bilik tidur ,ruang tamu etc.
     Lepas habis urusan mereka,kami ambil cab ke the "mellah" ,the old Jewish quater,yang menjual perabot antique.Si Aziz,being him of course lah dia yang sibuk jadik negotiator.Tapi dia akan tanya pendapat aku tentang corak, color,design,that kind of stuff.Banyak kedi yang kami masuk dan keluar.Aziz ni macam baran sikit.Tak setuju dengan harga,dia akan counter the shop manager.Of course sepatah haram aku tak faham, tapi nada dia macam nak berperang gitu kan.MB ,always cool.Kemudiannya,kami meninggalkan "mellah", dan ambil another can to another place.Aku lupa apa nama dia,tapi kat situ banyak kedai jual barang second hand.Dan banyak jugak bazar jual baju dan sebagainya.OK, kat sini,mereka nak beli sofa untuk Dar R@bha.Baguslah.Finally,kau sedar yang sofa yang ada sekarang tuh hodoh ya Aziz...hiks.Aku tak faham kenapa dia letak sofa hodoh tuh kat receiption,dan opposite nya pulak,sofa ala datin-ish.Takde ciri Moroccan langsung tau.Mak setujuk tau.So,ke hulur ke hilir dalam tuh,dia tanya pendapat aku untuk beli sofa,yang plasticky.aku cakap.."Ya aziz,lebih baik kau spend duit lebih sikit tapi puas hati.Dan aku strongly suruh dia amik sofa yang Moroccan ciri cirinya,sepadan dengan tiles, hiasan dinding,pintu yang dah cun dan mempunya ciri-ciri Moroccan yang tinggi.Serious,guest house dia cantik.Tapi awat nak di hodohkan pula?OK,dia setuju.MB sokong aku sebenarnya,tapi sbb dia dah tahu perangai aziz yang stubborn tuh,dia pon malas nak cakap apa.OK,dah jumpa yang Moroccan, dan dia suka,so dia tanya aku tentang color.Aku pon cakap secara detail yang,kalau aku jadi dia,aku bawak plan floor dan ukuran dan jugak gambar color dinding,floor .Seriously,in Morocco,tiles mereka cantik cantik sangat!!!!!!Bercorak-corakk!..OK...Seingatt aku floor dia biru.Sofa tuh ada color purple, merah, biru.
Kalau ambil merah,memang contras lah,dan naik warna nya, dan cantik.OK,dia setuju.Bila aku cakap,kalau aku sure aku akan balik rumah,cehck balik ukuran, check balik color,sesuai ke tak sesuai,dan membuat beberapa visit lah ke kedai perabot tu dan barulah akhirnya beli.Terusss Aziz cakap .."ahhhhhhh!!! we man, don't shop like woman!".EHhhhhhhhhhhhh..sedap dia melaser aku kan...
     So they paid ,cost them 3500 Dirham..then ,aku dan MB balik ikut lori perabot tuh.Hmm..naik lorii nok balik rumah,sbb nak tunjuk jalan kat driver lori tuh.Kami duduk depan ,bersempit 3 orang.Aku,MB,driver lori..first time ni dalam hidop aku.
  
Sofa ni ada 3 seater, 2 seater dan single seater.Yang 3 seater tuh agak panjang.So,memikir kan entrance masuk ke DAR tuh,aku dok pikiaqqq....macam mana nak bagi sofa ni masuk dalam rumah hah??..Boleh ker?aku suarakan pada Aziz sbb dia yang beria beli.kalau DEY lainlah.Entrance dia lurus terus menuju ruang tamu....tuan kedai dan aziz dua-dua cakap "no problem, INSYALLAH". okkkkkkkkkkkkkkkkk.
Tapi dalam perjalanan pulang tuh ,aku sibuk memikir tau..masih belom lagi dengan kemusykilan ku,bagaimana nak masukkan perabot ni dalam rumah????Ini sofa bukan boleh kau bukak ker.kecikkan ker...hmmmmmmm...
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

Hmmmm..anyway..ianya dah di beli..
 
kecikkan pintu rumah ni...macam mana nak bawak masuk dude?????????How...Howww???


Mula-mula ada masalah nak bawak masuk.Aku lah bagi cadangan soh tonggengkan sofa tuh hok gini hok gituk.Mula-mula tak berjaya.AKu dah fikir...alamak...akan adakah adegan terpaksa memulangkan balik sofa ni ke kedai?Dan tuan kedai tidak setuju,dan tidak akan pulangkan duitnya,dan adakah Aziz yang panas baran itu akan memulakan adegan tumbuk menumbuk???????dan berlaku lah pergaduhan.....
Adakah?????Adakah ianya akan berlaku??????????

                  Ahhh...alhamdullilah,setelah mencuba pelbagai gaya,bagai magic ,sofa tuh semalam masuk dalam rumah.Phuhhhhhhhhhhhhh......seriously,rasa macam tidak percaya.....dengan "insyallah tuan kedai yang kurang meyakinkan tuh,aku dah terbayang jer kami dengan muka tebal pulangkan sofa tu...hahahah!!!!..tapi....alhamdullilahhh...

It was so impossible pada mulanya...

              Sempit ok ...dari entrance terus ada dinding dan kena corner ke lorong sempit ni sebelum jumpa ruang tamu....Dalam rumah ni,ada banyak perabot besar besar,katil king & queen size ,wardrobe, sofa yang kat terrace tuh lagik.I still wonder how do they brought those into the house???????
                                            Legaaaaaaa dah masukkkk.......ok now..its deco time....eleh...si Ajis ni muncul bila semua tuh dah selamat masuk dalam rumah....hmmmmmmmmmmmmmmm..........

                              I love the high ceiling......I think Aziz did a good job on his Guets House interior..I love walking on each floor ,and I did complement him,on his taste choosing the curtain,the bed sheet..i loikeeee them....



Sabtu, Oranges dan Hammam


     
Lena betul aku tidur malam semalam.Keletihan perjalanan dari Casablanca.Cuaca pulak sejuk.Musim sejuk masih belum melewati Kota Fes.Bersweater,berselimut dengan gebar dan toto ,memang nikmat.Tak tahulah aku tidur berdengkur ke tidak.Tapi memang tidur semacam kayu mati dan bangun pagi rasa segar betul.Bila aku regangkan badan ,keluar dari toto,rasa seperti satu perasaan nyaman.Dan terus aku keluar ke terrace.Pemandangan yang kalau tidak masih sama, semakin indah rasanya dari kaca mataku.Mataku menerawang kejauhan..Di hadapanku tetap pemandangan luas yang indah dari atas medina ( Old fes) ,membuatkan aku rasa seperti aku bebas.Bebas dari hiruk pikuk,bebas dari stress, bebas dari rutin harianku.
Bebassssssss…..!!!!!!!!

MB muncul di sebelahku,menyandarkan dirinya pada palang besi.
“Saba Al Khayer..”, sapanya.
“Saba Al Khayer”,jawabku senyum,tapi mataku tak lepas dari memandang kejauhan.

“What are you looking at?”,tanyanya.

“Freedom..”,jawabku ringkas.

Nak jer aku jawab,my freedom,my future,the life…tapi macam overlah pulak kan bunyi nya???
Yer dak?

Keadaan masih sunyi.Belum ada kelibat guest yang bangun.Aku turun ke ground floor,dan menuju ke dapur.
“Saba Al Khayer…”, sapa satu perempuan cantik,dari ruang dapur.
 “Saba Al Khayer”,jawabku.
  “English OK?”,tanyaku padanya.
“NO.Arabic and French,dako!”.Jawabnya sambil senyum simpul.
Aiseyman..dia ni baik sikit lah dari Salwa..Salwa u reti cakap arab jer.Dia ni French pon boleh,tapi masalahnya disini,I speak non of them!
“Ana Nora, wa anti?Ma is muki”,tanyaku dengan my limited Arabic yang aku tahu lah.
“Ana Fatima Zahra”,katanya memperkenalkan diri.
Tasharofna...

 Senyumannya menawan,tapi tangannya tetap ligat buat kerja.Potong buagette,potong a few things,letak jam dalam pinggan kecik,jerang air…that kind of stuff.
Aku di beritahu semalam,yang Salwa dah tak kerja di sini.Dan Fatima Zahra inilah pengganti dia.Tapi MB tak cerita kenapa.Dia memanglah,susah nak dengar dia bergosip dan sebagainya.
Salah satu sikap orang Morocco ni,adalah..mereka…hmm……..eh!Tentang ini,I will write it in another posting….

Bila aku cuba bertanya,MB Cuma cakap,Salwa sekarang kerja di Dar Ar R@bha ( DAR ),satu lagi guest house milik business partner dia, Aziz,tidak jauh dari sini.Aku pernah ke sana satu waktu dulu,masa ianya baru nak dibuka.Masa tu, masih dalam proses “restoration”,dapur pun belum siap,masih dalam keadaan sedikit "huru –hara"

TOK TOK! 

  Kedengaran pintu depan di ketuk.Aku cepat-cepat pergi buka pintu tuh...
Si CousCous rupanya.Tangan dia kiri kanan penuh dengan bag plastik.Penuhhhh dengan buah orange kiri kanan.
Di ketika itu jugak muncul 2 orang Spanish di ruang tamu dengan bag besar.Nak check out awal.
MB muncul dan beritahu CousCous untuk pack some breakfast.Benda yang mudah-mudah jer,macam roti,croissant,baguette..benda-benda macam tu.
“They are leaving early,so I get them bring some stuff”,kata MB.
Sarapan pagi sepatutnya di hidangkan pukol 8.30AM-11.00AM.Tapi kalau ada guest leave early ( nak catch up early train/bus untuk ketempat lain ker..atau trip ke desert yang biasanya van atau kereta akan pick up diorang pukol 7.30AM) ,MB akan bekalkan sesuatu untuk mereka makan dalam perjalanan.

(pengalaman aku sendiri semasa di Marrakech lama dulu :Trip ke desert( gurun Sahara) aku bermula pukol 7 pagi.Seseorang akan jemput aku di loby hotel ~ 7AM.So,aku beritahu pada Adil –the night shift guy yang jaga hotel tu tentang hal itu.Esoknya,pukol 6 lebih dia dah bangun dan sediakan sarapan kat aku..tu diaaaaa…bagus betul.Mereka ni bertimbang rasa dengan customer mereka.Mereka tahu,perjalanan jauh,belum tentu ada tempat nak beli makanan weh kat celah gunung-ganang tuh dek non!Nak pi kedai runcit pon pagi sangat.Belum bukak yer cik Kiah!Aku cuma beli beberapa botol mineral wáter jer untuk di bawa sebagai persediaan pada hari sebelumnya.Tapi,yerlah hal-hal macam ini mereka dah biasa hadapi.Small matter aja.Cuma,aku kagum lah dengan hospitality mereka. )

Melihat mereka sibuk dengan tugas masing-masing,aku offer diri untuk kupas orange,sebelom di perah untuk buat jus.MB serahkan pisau kecil pada aku.CousCous perah orange yang dah di kupas secara manual.Takdenya mesin –mesin electrik nok.Tapi bagus lah mesin manual tu ,simple aja,tapi cepat.Cuma perlu sedikit kederat jerlah nak tekan benda alah tu.Aku pun,cakap..
“Couscous,awak keluar dulu,nanti bila yang di kupas ni dah banyak,saya panggil awak”,saran aku padanya.Ruang dapur ni kecil.
 “Alright Ya Noura “,kata dia.Dia ni boleh berbahasa Inggeris.Alhamdullilah!!! Malah,seperti MB,dia jugak boleh berbahasa Perancis, Italy,Sepanyol,selain dari bahasa Arab.Aku pun mulakan kerja aku,bila mana…
 ““Wo wo wo my lady…..if you do it that way, we won’t be able to finish it until tomorow.",MB menegur aku separa gelak, separa serious.
  Dah kenapa pulak????Apa yang tak kena?Sentap karangggggg……………………
Dia ambil pisau aku dan tunjukkan cara.
OHHHhhhh…cara aku pegang pisau tu la.Orang kita kan dah biasa,kalau mengupas guna pisau,kita pusing arah luar.Si MB ni pulak, jenis pusing ke dalam.Sama macam mat saleh tuh laaaa…macam yang dalam TV tuuu…
  “This is the right way,and faster,” ajar dia.Memang pon, sekejap jer dia buat kerja.
“But,I can’t do it that way.I tried before,its not work for me..”,terang aku padanya.
Kekok lah!Tak reti..Aku pon cakap,aku nak buat cara aku jer, dan bila dia tengok kerja aku pun cepat,dia pun tak cakap apa dah….Well,it was fun.Orange nye  pon segarrrrr..masih ada daun lagi kat tangkai-tangkai nya!!
Simple task.BUT,Little did I know,ada 10 kilo ( !!!!!!) yang menunggu untuk  aku kerjakan.Si CousCous cakap,kalau aku penat,tak perlulah aku buat.Dia boleh buat.Fatima Zahra dah sibuk dengan plate-ing kan sarapan,buat the,coffee…takkanlah aku yang buat simpl task macam ni nak mengeluh yer dak?Aku pon habis kan lah.Dan  bila aku kupas orang yang terakhir, CousCous reward aku dengan satu gelas besar jus orang yang dia baru perah!!...ARRGHhhhh….sedapnya….Segar !!!!!! Nyaman di tekak ku.Dia ambil satu lagi gelas untuk diri dia..dan…

  “cheers !!!!!, both of us hantukkan  each other gelas dan minum….Arghhh..nikmat.
.
Afterwards, lepas guest semua dah siap sarapan ,dah siap kemas pinggan mangkuk,dapur pon dah clear MB suruh dia buat special breakfast untuk kami.So,he made us scramble egg ,and then there were criossant ,laid on the table with some olive,  honey ,butter, milk, and of course orang jus.That was the best breakfast I if I were to compare them with the  quick bite that I always had in the office,every morning.

Alhamdullilah !!

Petang pun takde plan apa.Hari berehat sedunia gituk.Tapi aku dah beritahu MB,yang aku nak book Salwa ,untuk bawak aku pergi Hammam.Aku pernah pakai service dia.Puas hati.Dan dia sajalah “rakan” perempuan yang aku ada pun.Susah lah nak cari kawan perempuan local.Kebanyakkan tak pandai cakap english.So,aku dengan Salwa ni macam ayam dengan itil bercakap jer.Anak dia comel.Selalu aku belikan si Du’a tuh coklat.Mak dia pun baik.Aku pernah di bawa kerumah dia.Salwa tinggal dengan keluarganya di dalam Medina ni jugak.Dapatlah kesempatan aku tengok macam mana orang local ni hidup dalam Medina, macam mana keadaan rumah mereka.Oh..sama saja macam kita..ada peti sejuk,TV dan sebagainya.Yerlah,kehidupan dalam Medina ( Old fes)  ni orang kata macam kau kembali hidup di zaman lampau.Di katakan Fes El Bali ni adalah Medina yang paling besar dan “facinating” di seluruh Morocco.Di medina ni penuh dengan lorong-lorong lebih kurang 9000 alley,tiada kereta atau kenderaan bermotor.Barang-barang yang tidak mampu di angkat oleh kederat manusia, semua di angkut dengan menggunakan keldai dan kuda.Cuma bezanya, kalau zaman dahulu kala,keldai dan kuda ni agaknya hari hari kena angkut sayur,buah,rempah ratus,kayu kayan untuk kedai pertukangan dan sebagainya,Tapi di zaman sekarang,selain yang di sebutkan tadi,mereka ni kadang-kadang angkut tilam bantal, mini-fridge,flat screen TV,barang-barang make up,accessories untuk peniaga-peniaga di Souk.Jauh lebih besar dari Medina di Marrakech atau anywhere else, Fes El Bali ini...
 Tepat pukul 3 petang,Salwa muncul.Di Waktu dia dah habis kerja lah kan.Perantara aku dah tentu-tentu si MB.Dia kata si Salwa ni now dah popular,ramai nak pakai khidmat dia.So,kalau nak pakai khidmat dia,kena beratur.Tapi ,demi aku,”she will always make herself available” kata MB sambil ketawa.
Iyer lah tuuuu……….
Kami berpelukkan dan mencium pipi kiri kanan .Dah berbulan tak jumpa dia.

Jom!kata dia.Aku pun masuk bilik,pergi ambil tuala,dan pakaian persalinan,letak dalam bag sandang.Excited aku nak pergi menyental daki bagai ni.Heheh.Salwa jalan lajuuu..sambil berkata sesuatu pada aku dalam bahasa Arab.Aku geleng-geleng tanda tak faham.Kami singgah beli sabun( sabun ni traditional sungguh bentuknya.Color hijau ke hitaman ,yang kalau salah tengok, macam….hmm…hmmmmm….tahi lembu.),then beli kain kasa,yang di jual dalam bentuk  macam glove 4 segi ,senang untuk guna(yer,kain kasa ni yang akan di gunakan untuk menyental badan..),dan shampoo paket kecik-kecik tuh.To be honest,aku memang susah nak ingat jalan.OK,aku ni memang begitu.Dalam bahasa jepun,orang macam aku ni di gelar ‘Houko onchi”, dalam bahasa melayunya, “juara sesat jalan”,atau “juara otak tak boleh ingat jalan”.So,bila si Salwa ni bawa aku dari satu lorong ke lorong,pergi kedai runcit beli barang ,dan sempatlah jugak kami beli cake dan makan kat situ(cake quick bite?),aku sepatah haram memang tak ingat jalan atau lorong mana yang telah di tempuh.Berbelit-beli,berputar-putar.Yerlah,jalan raya kat KL, Singapore ,JB pon aku ingat,ini yang  dengan hampir sepuluh ribu lorong dalam tuh?Pendek kata kalau Salwa tinggal aku dalam lorong-lorong tu ,mengongoi  melolong menangis remuk redam lah aku kat lorong tuh tak jumpa jalan pulang.Hiks.
  Kami pergi ke publik Hammam.Ada dua jenis yang kita boleh pergi.Public Hammam atau pun private Hammam.Kalau dalam translation Bahasa Arab, Hammam ni adalah “bathroom”,Turkish bath.Masuk dalam tu,bayar entrance fee, tukar baju(bukak semua,kecuali seluar dalam) simpan baju kasut bag, ambil baldi,masuk dalam.Kat public Hammam ni, bila anda masuk,lepas bayar entrance fee, anda akan di beri baldi besar 2 bijik dan gayung,dan barang-barang anda boleh jer serahkan pada tukang jaga.Bilik Hammam ni terbahagi pada 3 bahagian.Sejuk, sederhana panas dan PANAS.Biasanya Salwa bawak aku kat bahagian sederhana panas jer.Ala-ala sauna gitu.Dan biasanya,kalau public Hammam ni dia terbahagi kepada 2 waktu penggunaan.Siang untuk kaum perempuan dan waktu malam pulak untuk kaum lelaki.Macam mana bilik tuh boleh panas?Dia ada system pemanasan ,ok,ini aku nak cerita pon tak pandai,tapi ianya melibatkan kayu kayan di bakar untuk memanaskan air dan stim tuh di alirkan melalui paip ke Hammam.Dan di katakan juga ,biasanya dedekat Hammam ada bakery.sebab menggunakan facility system pemanasan yang sama gituh la…..
 OK,now kita dah ada baldi,dah duduk kat bilik sederhana panaskan?Salwa pergi ambil air di bilik sejuk,isi dalam kedua-dua baldi tuh setengah jer.Lepas tuh dia pegi ke bilik paling panas,ambil air dari sana, then tuang ke dalam baldi air yg berisi air sejuk tadi.Nak cipta air suam lah..Kenapa aku tak pergi ambil sendirik?Eh?Mak dah bayar dia jadi assistant I youuuuu….dan aku kenalah duduk jaga baldi-baldi kitorangkan.Takut orang songlap tauuuu…Dalam public hammam, RAMAI orang tauuu..Berpuluh-puluh orang dalam tuh,ada budak kecik, orang muda,ada orang tua.kadang-kadang baby pun ada.Dan kadang-kadang ada jugak kaum ibu yang bawak anak lelaki yang kecil, bawah 3 tahun gitu,di benarkan.Hmmm…ok..tapi kalau dia letak budak tu dalam baldi ,kat depan aku,dan budak tuh tenungggggg jer aku,aku pun suspen kan?Nak jeling budak tuh aku tak berani,mak dia dok situ maaaa….
  Suhu air “suam aku” dan “suam Salwa” rupanya  berbeza.Suam dia..PANAS hokey!Baru dia nak siram aku,terus aku buat sign “NO NO NO ¡!!!”.Aku cakap, HOT HOT HOT ¡!!!!pada dia.Nasib baik lah jugak dia faham.Remember,she don’t understand english.Kalau tak jadiklah aku ubi separa masak kan?Aku pernah lah dulu belikan dia buku untuk belajar english.Tapi, sampai la nih, sama jer ,takde improvement langsung.Sayanglah gitu kan……………

Then bermulalah sesi sental menyental.Prosesnya:-
1.      Sabun,sental,stretching badan,baring pandang atas, berbaring ke bawah
2.      Bilas
3.      Ulang step #1
4.      Bilas
5.      Shampoo rambut
6.      Massage badan
7.      Stretching +massage
8.      Bilas badan

Step 1 dan 3 tu lama .Si Salwa asyik cakap ..”spaghety!!” bila dia nampak daki daki hitam keluar dari kulit aku…Dia ni tangan dia kuat gila,kalau belasah orang sure pengsan.Berbaloi aku hire dia kan.
Untuk massage  pulak ,habis dia lipat bagai badan aku.Dah macam aksi akrobatik dah pulak.But overall,it was good…semua tu amik masa lebih 2 jam.

SO, keluar dari Hammam tuh aku rasa diri aku glowinggggg sangat tauuu!!!

I am one happy customer !!!!!


Fakta penting:
Rupa-rupanya, si Salwa ni ada brother ,yang handsome.Irasnya macam pelakon Philipine dalam cerita telenovela  Pangako Sayo,yang bisa membuatkan hati saya dup dap dup dap.
Kami berkenalan masa wedding cousin Salwa tempoh hari.heeeeeeeeeeeeeeeee…….
Aku sempat menghadiri Moroccan wedding tempoh hari.banyak aku terbaca tentang wedding diorang ni happening.Tak pulak aku terfikir aku dapat menghadirinya.Terima Kasih Salwa ,untuk pegalaman yang tidak dapat saya lupakan.Terima Kasih…..
I will do another posting for the wedding…