Sunday, May 19, 2013

Lughatulquran..

   Susah rupanya belajar bahasa Arab ini.Itu pada aku lah.Orang kata,belajar bahasa Perancis( French ) lagi senang,tapi dulu aku tidak percaya.Setelah percubaan belajar bahasa Perancis telah gagal big time, maka,tidak mengapa...kita makan saja roti Perancis,dan berfikir, apa bahasa lain yang boleh aku cuba....hmmmm...Beberapa tahun kemudian,maka terbuka lah hati untuk mencuba belajar lagi.Tudiaaaa...makan tahun nak fikir nokx.Of course bukan bahasa Perancis lah.Kita cuba pulak bahasa Arab pula yer puan-puan..
     Setelah timbang tolak bahagi, maka moh lah kita pi belajorr,walapun sungguh lah meragui potensi diri.Selalunya hangat-hangat taik ayam aja..tapi yang ini harapnya akan berpanjangan..aminnnnnnnnnn.Doa yer..doa...Oleh kerna belajar secara classroom,kelasnya untuk pengambilan sekarang sudah penuh,maka terpaksa lah cari private tutor.Aku akui,ini macam silap besar, sebab,mula-mula belajar lah basic di kelas dulu yer dak.Agak sudah agak bergerak otak ni,barulah cari tutor.Tapi tidak mengapa,kita cuba cara yang ini...
     Setelah hampir 2 bulan belajar maka kesimpulan aku, aku tabik sungguh dengan orang yang fasih bahasa Arab ini.Aku rasa,aku tak pernah belajar grammar sesusah ini.Malahan,tutor aku yang berbangsa Algeria ( Algeria is Al-Jaza'ir ,di dalam Bahasa Arabnya..Malaysia? oh..Malayziyya)dengan lancang molot telah berkata,bahasa Inggeris itu bukan lah bahasa,sebab tiada grammar atau tatabahasa.Eh?..Sedapp jer kauuu...kalo gituk,awatnya aku dulu selalu fail ah?..Hew hew hew.Berbalik semula pada topik bahasa Arab ini, memang tabik lah.Kerna,aku rasa grammar nya sungguh mendalam.Yang aku rasa,aku perlukan seratus tahun untuk fasih bahasa ini.Seratus tahun?Over tuuuuhhhhhh...Oleh kerna aku dah mengenal huruf dan menulis ,maka part itu telah di skip kan oleh tutor ku.Bagus.Moga cepatlah aku pandai berbicara..wahhhhhhh..tinggi kau cita-cita.Yerlah, dulu masa sekolah agama di Johor dulu,sudah di bekali dengan vocabulary seperti jumjumatun tengkorak, ainun mata :-)..Tengkorak kau ler...Aku silap rupanya,tidak semudah itu :-( .Kagum sungguh dengan non-native yang boleh menguasainya..terutamanya orang-orang melayu kita.Anda bertuah!
     Boleh menguasa bahasa Al-Quran,yang katanya, kalau kita faham akan isi kandung al-quran itu,kita akan menangis bila membacanya, dan hidup kita akan lebih banyak menangis dari ketawa.Tetkala aku di beritahu itu oleh tutor aku tentang hal itu,aku sedang ketawa terbahak-bahak dengan lawak buatan aku sendiri,lalu aku berhenti ketawa serta merta dan menelan kuih karipap yang tengah aku suap,sental dan telan.serta-merta.Heh!Katanya, terjemahan Al-Quran ke dalam bahasa lain acap kali tidak tepat,dan kadangkala menyimpang.Jadi ,cara terbaik,adalah dengan mempelajari bahasa Arab itu sendiri.Namun ,aku mengakui,sebab musabab dan tujuan  mula-mula aku mahu belajar Bahasa Arab bukanlah itu.Errr...
..masa aku di Fes tempoh hari ,aku bertemu dengan beberapa pelancong Germany,yang tinggal di Guest House rakanku.Walaupun Germany,aku kagum sangat dengan kefasihannya berbahasa Arab,berdasarkan penggunaannya untuk berbual rancak dengan orang tempatan.Kagum!Sangat Kagum..Bila di tanya rupanya dia buat kerja sukarela di Casablanca dan Rabat untuk beberapa bulan dan mempelajari bahasanya, malah dia juga menggunakan Darija ( bahasa Arab tempatan Moroccan).
Aku macam tertampar.Kalau dia boleh,aku tak boleh ker???
  
  So,mari mencuba...cikgu pon sedikit handsome,jadi....yeahhhhhhh.............mari cobaaaa.

1 comment:

siti maziah Baharom said...

Terbahak bahak saya ketawa baca entri ni.... Haha��